Jumaat, 24 Februari 2012

Membentuk semangat menghadapi NLD


Mungkin masih ramai yang tak  mampu menerima kenyataan akan situasi yang melanda kita ketika ini. Kekalahan 0-2 kepada Sunderland Sabtu lepas memperkuatkan lagi teori sumpahan 7 tahun Arsenal bakal ketandusan piala. Segalanya umpama dejavu ketika musim lepas kita hilang segalanya dalam tempoh 2 minggu, skrip yang sama berulang kembali. Cuma kini peluang dilihat nyawa2 ikan dalam kejohanan Eropah.Kita hanya perlu tajam menggila pada hari tersebut tapi dalam masa yang sama mengharapkan syndrom penyakit Arsenal berjangkit pada Milan bila tiba hari perlawanan. Itu sahaja cara untuk turn around result.

Sebelum sibuk2 dengan sekelumit harapan, kita perlu bangkit, lawan dan terus berjuang demi maruah terutama dalam NLD di laman sendiri hujung minggu ini. Kasihan dan malang jika kita tidak yakin dan memberi sokongan terhadap pasuka yang kita cintai. walaupun dah berulangkali dikecewakan, talian hayat bagi sesebuah pasukan adalah penyokong. Mungkin ada di atas padang sana pemain2 so called profesional tapi 'plastic' yang tak memahami betapa besar ertinya NLD dengan semberono sarung jersi merah putih hanya sepak bola kehulu kehilir. Tapi tugas kita untuk konsisten mengeskpresikan atmosphere dan jiwa rivalry. Kita mungkin tak ada peluang dalam liga tapi ini NLD, at least sila memberi najis..dan lumurkan terutama sekali pada Spuds. Satu musim mereka tiba2 konon lebih baik dari kita, mana mungkin kita boleh hilang terus nafsu dan semangat tiba2?! skrip ini lebih kurang sama gua rasa macam 05/06 di mana kita bersaing rapat dengan Spuds untuk tempat UCL, bezanya kita ke final pada tahun tersebut, tahun ini masih ada sendal pada pintu UCL. Dan kalau kita boleh ajar si jiran busuk itu yang berbangga dengan ada bahan untuk diperkatakan tentang Adebayor dan Gallas mereka, persaingan akan sengit sehingga ke penghujung dan lebih manis sekiranya mereka tersingkir di last day of the season, Totteringham Day aka Selamat Duit Wilshere Day akan disambut di seluruh jalan2 utara London.

Bunyinya semacam kita terlalu berpuas hati dengan target yang hanya sebegitu? Namun itulah yang realistik ketika ini. Realitinya kita belum cukup bagus. Sedangkan Wenger sendiri tidak berapa yakin akan pasukannya bila mana dia menurunkan pemain2 yang sama gagal deliver ketika menentang Milan, masih lagi diberi chances untuk game Sunderland. 2 game cup, away dalam tempoh 3 hari, memang anda boleh gunakan alasan fatigue tapi sepatutnya anda ada plan B dan backup skuad yang mampu step up ketika saat yang memerlukan. Tapi adakah nak dikatakan, pemain2 backup ini cukup bagus untuk ganti? mampu menang kah atau 2x5? Tapi sekurang2nya anda telah mencuba dan anda trust pemain2 yang dibawa masuk sendiri oleh anda. Jika anda boleh masukkan Fabianski dan badut seperti Johan, di mana keadilan pada Park, Yossi, Chamakh, dan Arshavin. Nasi sudah menjadi bubur. Orang mungkin menganggap penyenaraian pemain2 senior ke dalam match reserve bertemu Norwich seperti Chamakh Arshavin Yossi Park merupakan satu insult kerana rata2 mereka adalah kapten skuad kebangsaan masing2. Bagi gua tidak, kita ambil dari sudut positif. Mereka lack match fitness dan game time.Jadi untuk sanggup turut serta membantu skuad Neil Banfield, pemain2 'sisihan' ini menunjukkan sikap profesional. Malah kemasukan pemain2 senior ini membantu skuad simpanan liga kita membelasah Norwich dengan kemenangan 5-0. Arshavin score 2 bijik, Park 1, Yossi 1 cuma malang bagi Chamakh , terinjured. Satu lagi berita baik apabila Carl Jenkinson turut serta dan dapat 45 minit aksi.

 Arsenal harus mengkaji semula game plan. Wenger terutamanya perlu back to basic dan sudah tiba masanya mengakui corak 4-3-3 bukan lagi terbaik untuk kita.Gua bukan cakap berdasarkan keputusan kita kalah 2 game terbaru. Tetapi cukup jelas, 4-3-3 yang diwar2kan selepas pemergian Bergkamp dan Henry ini adalah berpaksikan Fabregas. Hanya dia sahaja yang mampu cope sebagai enjin free flowing football yang menjadi brand Arsenal. Akuilah ketika ini, kita bukan sahaja tidak bermain dengan baik, malah tidak lagi secantik dulu. Segalanya dari flank dan wide area.Gua rindukan through2 ball2 dari tengah yang sempoi, bola seperti RVP kepada Chamberlain dalam perlawanan menentang Blackburn harus diperbanyakkan lagi. Itu adalah Arsenal yang sebenar! Tapi tak bermakna kita tak boleh bermain dengan baik dan mendapatkan result yang terbaik, jika Wenger mengoptimakan kemampuan dan kelebihan pemain di posisi yang sepatutnya, gua yakin kita ada skuad yang mampu bersaing sebaik2nya.Cuma dia perlu tahu dan kurangkan delusinya.

 Rambo bukan fabregas, Rambo adalah Rambo the kapten of wales dan dia boleh menjadi pemain yang hebat suatu masa nanti cuma jangan diabayangkan dia dengan role Fabregas, dia mesti dibiarkan bermain dengan natural instinct dan buat ketika ini dia memerlukan support terutama dari orang yang lebih berpengalaman sebelahnya. Bukanlah main buruk pun kalau pakai 4-4-2 sekalipun. Nak malu apa kalau tak boleh main macam Barcelona? Gua pun taknak team kita digelar Arselona kerana cuba jadi wannabe. Depa dengan cara depa kerana depa ada pemain yang mampu, kita ubahlah cara ikut kemampuan, itu sahaja. Dengan pemain yang ada dan kualiti yang ada, itu dilihat formasi paling afdal. Kalau nak convert2, Gervinho ada bakat main flank, bukan lagi Rosicky, Arteta, Walcott?? dah  6 tahun Theo duduk bersama kita, tak berkembang, masalah utamanya tak konsisten. Dari hari pertama dia sign, Wenger membayangkan dia sebagai pengganti Henry dan menjanjikan tempat central forward baginya satu hari nanti. Tapi masalahnya dari Saint di adalah striker, masuk Arsenal dia jadi winger tapi sayap tetap tak berkepak jugak dan bila masanya dia nak diconvertkan jadi striker seperti Henry hanya Wenger yang tahu. Wenger hanya mengambil kesempatan ke atas pace2 pemain, laju siket bagi main wide, tapi otak dan kekreatifan mereka adalah no 2. Bawak2 bola sampai dekat dengan line padang nak langgar advertising board, tapi tak tahu nak buat apa.Itu masalah berlaku apabila pemain kerap sangat dikerah bermain di luar posisi. Arshavin nampak hidup di zenit dan Russia tapi diberi label flop di Arsenal. Adakah itu kebetulan? Cuba beri a run of game baginya di belakang RVP, anda akan dapat lihat perubahannya.Ada ura2 Zenit sedang membincangkan untuk meminjam Arshavin hinnga ke akhir musim, berita lanjut belum dketahui dan bagi Arshavin sendiri pasti terpikir2 option yang ada. Mungkin ada yang kata aku jugak delusional tapi sekurang2nya tak salah untuk cuba berhijrah.

Satu lagi masalah daripada formasi ini ialah ruang yang terdedah. Kita hanya mampu clean sheet 12/40 daripada game musim ini. Tukarlah pemain pertahanan manapun tapi jika sistem tak mengizinkan kita masih menghadapi masalah besar ini. Arsenal kerap kali bocor akibat counter attack dari lawan. Ia berlaku di Milan, Sunderland baru2 ini  dengan gol kedua pembunuh mereka jugak counter attack. Belum lagi diungkit tang yang dulu2. Defending Set pieces itu satu masalah, counter attack adalah barah ketika open play. Pemain2 flank yang kurang kualiti defending gagal support fullback kita yang dikerah overlapping. Itu harga yang terpaksa kita bayar apabila memperjudikan high line defense. Dan gua nak sentuh satu lagi , apabila hanya 3 slot pemain tengah sahaja yang boleh diisi, perasankah anda siapa yang paling selamat? Song! Sudahlah kita tak ada DM backup, Frimpong dipijamkan dan injured. Song umpama boleh main suka hati, baik atau buruk performancenya, posisi sebagai satu2nya DM tanpa sebarang pesaing dah jadi bagai satu lesen untuk dirinya dalam kesebelasan utama.Paling tidak kita memerlukan persaingan yang sihat untuk pemain push up agar tidak terlalu selesa dan take it for granted. Dengan 4 slot di tengah, Wenger mungkin ada lebih banyak pilihan kombinasi antara pairing2. Di situ dia boleh sumbat, Arteta, Rosicky, Coquelin, Yossi, Eastmond mungkin(telah dipinjamkan ke Wycombe) atau juga Lansbury ( baru2 ni jadi keeper untuk West ham #cleansheet). Boleh , kita boleh lakukannya!Tak kisalah Reformasi ke Transformasi ke Hijrah ke..Arsenal surely is better than this!

Ini hanyalah minggu yang buruk dalam lumrah bola sepak. Arsenal akan bangkit di NLD. Itu hadiah yang istimewa bagi para penyokong.Home win adalah wajib! Kita mesti kekal unite sebagai satu kelab. Bak kata wenger sejurus tamat game Sunderland " We have to stay together ". Belum campur lagi amanat yang ditinggalkan legend cukup profesional, sanggup terbang ke Amerika demi tanggungjawab walaupun hati masih melekat pada meriam. Sayang betul tak dapat melihat aksinya sekali lagi di NLD, tapi itu tidak adil untuk New York RB yang dah cukup bermurah hati pada kita.
For years we have been used to being on top of Tottenham, by a mile, and now it is the opposite. But this is the derby, which you don't want to lose, and we need those three points massively. Hopefully it will be the derby that can spark the players, the fans, everybody at Arsenal Football Club. We'll see.- Thierry Henry
 Jangan putus harapan, jangan cepat melatah menggelabah tengok jiran beli sofa baru pakai perabot baru.Tiap2 kali raya kita masih dapat tiket balik kampung ketika mereka asyik meroyan kempunan. Sekurang2nya sejarah dah membuktikan kita dah jauh ke depan ketika mereka claim konon baru nak catat peristiwa baru yang belum pasti berlaku.Perasaan dengki dan iri hati itu adalah sifat mereka sejak azali. Jangan pula kita terikut2 dengan rentak mereka kalau tidak mahu dikatan menjadi mereka. At least kita sedar ada kitaran yang sedang berlaku, dan kali ini mungkin kita berada di bawah.Tapi kitaran itu tetap tidak melibatkan mereka sebenarnya kerana mereka berada dalam roda dan kelas yang berbeza. Kita mungkin di bawah tapi mereka akan berada lebih bawah lagi!!



 Support this club through thick and thin. Kalah, menang kelab ini terus kekal unik dan istimewa. Hanya satu kelab sahaja di utara London!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: