Khamis, 2 Februari 2012

Post match : Kehambaran transfer disusuli dengan kehambaran keputusan

Tergaru2 kepala gua awal pagi tadi melihat Arsenal mempersia2kan peluang2 gol yang akhirnya hanya terpaksa akur dengan keputusan hambar seri tanpa jaringan di Reebok Stadium. 1 mata daripada 4 game dan kita kini terlucut ke tangga ke7 membiarkan Liverpool dan Newcastle memintas.Sekali lagi syang kita tak dapat mengambil kesempatan atas nasib malang Chelsea yang jugak berjaya mendapatkan 1 mata menyelamatkan diri dari last2 minit dari kekalahan kepada Swansea.Melihat kepada kedudukan liga tak hairan sangat ,kerana ia umpama reflection terhadap apa yang berlaku dalam transfer windows.

Ketika skuad kita struggle dan dipenuhi masalah kecederaan, Wenger hanya memilih untuk berdiam diri dan tunggu dan lihat .Di awalnya beliau memancing Henry sebagai satu excitement bagi menutup kerisauan para penyokong agar melupakan seketika yang kita berada pada kedudukan agak parah, dia berjaya mengalih perhatian. Dan di akhirnya beberapa jam sebelum tingkap perpindahan ditutup, Arsene hadir dengan typical unknown youth signingnya kali ini Thomas Eisfeld dari Borussia Dortmund ketika rata2 gooners ketagih sangat nama yang lebih established Mario Gotze. Alasan Wenger, budak ini ada bakat dan berguna untuk masa hadapan, satu alasan yang biasa kerana bakat dan potensi bukan lagi asing di Arsenal. Oleh kerana lambakan bakat jugak, pemain sayap Jepun Ryo Miyaichi terpaksa dipinjamkan ke Bolton bagi mendapat pendedahan dalam BPL. Agak pelik kerana anda membeli seorang pemain yang asing, kemudian, anda loankan seorang lagi pemain dalam kelas yang sama.Kedua2 ini tidak boleh membantu sekurang2nya untuk kempen m usim ini maka para penyokong memilih untuk tidak berapa ambil kisah akan minor signings yang dilakukan. Kita nyaris kehilangan Arshavin apabila diberitakan kelab kayo Russia, Anzhi sudah membuat rundingan untk membawa kapten Russia itu pulang dari mimpi kurang enaknya di Arsenal tapi entah mengapa,tiada apa2 yang berlaku, gua pun tak tahu apa hasil rundingan , mungkin terbatal, mungkin tertangguh untuk summer ini. It's a dull January transfer berbanding musim lalu, rata2 di seluruh Eropah, ni mungkin terkesan akibat faktor kemerosotan ekonomi Dan gua nak tengok macam mana pulak bila polisi baru Uefa akan diguna pakai nanti.


Berbalik pada game tadi, walaupun kita gagal menjaringkan gol kita jugak sebenarnya gagal memperagakan persembahan terbaik apabila membiarkan Bolton lebih bernafsu di separuh masa kedua. Apa yang kita gagal adalah create clear cut chances, gol takkan datang selagi peluang tidak dicipta dan sekali lagi tengah kita gagal berfungsi. Gua concern dengan aksi Rambo, bukan dia tidak bagus, tapi dia masih belum bersedia untuk menggalas cabaran seorang diri tanpa rotate, mengisi kekosongan midfield yang ditinggalkan duo. Rambo baru sahaja baik dari kecederaan yang boleh memusnahkan kerjaya dan Wenger meletakkan role yang agak berat di bahunya tatkala umum sedia maklum ia patut dikongsi bersama Jack Wilshere. Dan dari berita yang diterima ada desas desus mengatakan Wilshere bakal terlepas aksi hingga hujung musim kerana ada setback dalam setback. Rambo tidak terdaya melakukannya secara konsisten. Sudah tiba masanya die memerlukan rehat.Begitu jugak si yoyo theo. Wenger harus lebh berani dalam mencuba taktikal lain , tanpa Theo, Gervinho dan Rambo. Mungkin berbalik kepada asas 4-4-2 dengan Rosicky Arteta Yossi serta Song membantu RVP Henry mahupun Ox. Oxlade sekali lagi bermain dengan baik semalam mencipta gerakan dan peluang terutama pada Theo yang gagal menyudahkan one on one dengan Bogdan. Alasan fatigue sukar diterima sebenarnya, tapi lagi sukar diterima apabila dah tahu player fatigue tapi tak mahu ubah strategi dan tiada plan B. Arsenal perlukan kesegaran dan pagi tida jelas, kita kurang segar.

RVP 2 kali dikecewakan pertama tiang kedua palang. Yang palang tu kalau masuk memang puas hati.dalam game sebelum2 ini musim ini ada jugak sekali dia cip bola sama style macam tu dan endingnya tetap sama mencium palang.Daha kalau RVP pun tak jumpa harinya, maka memang bukan rezeki Arsenal malam tu. Oxlade dikeluarkan dan dimasukkan Henry tapi tiada boo lagi kedengaran kali ini biarpun di away. Berat untuk mengatakan, tapi kemasukan Henry tidak membawa apa2 erti kerana pemain lagenda itu jarang mendapat bola dan terlibat secara minima. Adalah satu dua moment yang cuba menaikkan semangat dengan niat trackback dan intercept tapi pertahanan Bolton terutama David Wheater jelas simpan Henry elok2 dalam poket. Si Marwan dikhabarkan akan pulang hujung minggu ini apabila Maghribi menamatkan saingan Piala Afrika mereka lebih awal. tapi secara jujurnya, no offence to Chamakh, Arsenal lebih memerlukan khidmat Gervinho ketika ini. Larian dan directness yang disumbangkan sebenarnya memainkan peranan besar dalam serangan Arsenal terutama ketika period on form kita dulu. Kita bernasib baik sebenarnya pulang dengan 1 mata jika tidak kerana ke-ngok-kan N'gog yang jugak gagal menyudahkan beberapa peluang dan kontroversi di saat2 akhir apabila Bolton mendakwa, Kevin Davies dijatuhkan Szczesny dalam kotak penalti. Melihat kepada ulang tayang mungkin ada sekelumit sentuhan jari szczesny pada bola kerana pengadil,Chris Foy betul2 berada di depan tu jadi tak boleh nak kata apa.Arsenal mungkin terselamat kali ini tapi sampai bila dan siapa pula yang mahu menyelamatkan kita dari segala permasalahan ini??


Kita mungkin gagal mengambil kesempatan dan bermain buruk tapi peluang bagai masih menanti kita apabila jurang perbezaan antara tempat keempat masih lagi rasional. Jangan putus berharap.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: