Tidak ada cara lain lagi untuk memenangi kembali serta memujuk hati peminat kecuali dengan aksi phoenix bangkit yang dipersembahkan Ahad lalu. Lepas 3 kekalahan berturut2 dalam liga, Stadium masih lagi dipenuhi dengan ribuan penyokong yang mendambakan apa jua kejuaraan tapi permulaan yang kurang memberangsangkan berlaku apabila semua yang menontonnya sekali lagi terasa bagai ditikam dari belakang oleh pemain2 melihat kepada score board menunjukkan Aston Villa mendahului Arsenal dengan 2 biji tanpa balas.Boo kedengaran di separuh masa, anehnya bunyi itu bagai sudah lali dan tidak asing lagi di ashburton groves, namun muka tebal tembok wenger ada ego tersendiri, pastinya dah siap2 ayat berapi bagi membakar semangat melawan anak buahnya.
Jangkaan tepat, entah macam mana di separuh masa kedua Arsenal berubah wajah dari pasukan yang tak tahu mengapa mereka kene sepak2 bola tanpa arah kepada sebuah pasukan yang lebih organized. 15 minit pertama di separuh masa kedua adalah mengujakan. Tak putus2 pressing, close down Aston Villa sehingga mereka tiada ruang, kita melajukan tempo dengan Rosicky menjadi general bahagian tengah, antara game terbaiknya musim ini.dalam masa 8 minit kita memperoleh 3 biji gol, itu adalah hasil apabila kita berusaha keras, itu adalah hasil apabila adanya self belief di samping mempercayai antara satu sama lain. Tiada solo performance malam itu, bagi aku satu teamwork yang positif. Masing2 memainkan peranan tersendiri walaupun pada awku di separuh masa pertama Rambo seharusnya dikeluarkan. Kredit kepada Wenger yang masih berdegil, Rambo mendapatkan sepakan penalti pertama yang membuka laluan kepada kebangkitan Arsenal.
Verminator menganggap kemenangan ini sebagai catalyst bagi kebangkitan semula Arsenal untuk kempen kali ini. Lebih baik katanya2 itu jadi kenyataan kerana departmentnya yang selalu mengundang kengerian. Tak tahu kenapa bukan kita bermain seteruk itu pun 1st half tapi score yang menungjukkan 0-2, nak diburukkan lagi gol2 berpunca dari symptom2 lama , setpieces dan counter attack.Menyentuh tentang cara pemboosan kita, agak naif dan malang melihat kepada jumlah pemain di dalam kotak penalti kita sewaktu sepakan sudut, 8 orang ya 8 lebih sekali ganda dari Villa yang hanya ada 4 susuk tubuh tapi Richard Dunne asih mampu memenangi tandukan sterusnya menjaringkan gol. Anehnya daripada 8, tidak langsung organized, tiada siapa nak jaga post, entah siapa mark siapa, dan tiada 2nd defender support Rambo closing down untuk block Keane dari melakukan cross.No mans land. Mungkin kerana less commanding goalkeeper kita pada malam itu iaitu Fabianski. Gol kedua sekali lagi menggariskan kelemahan high line defense kita yang terperangkap. apbiala 2 vs 3 kita lihat yang di bawah adalah Coquelin, Song dan Ox, seorang pun daripada mereka tiada natural defending instinct jadi masing2 seperti tak dapat nak mebaca pergerakan agbonlahor dan Bent. Tak ada apa yang mampu dilakukan Fabianski walaupun dia dah menyelamatkan rembatan pertama Bent cuma Bent bernasib baik bola itu muntah sekali lagi di kakinya walau sudut yang sukar. Arsenal, seharusnya melihat kembali rekod2 pembolosan dan mengkaji jalan terbaik agar ia tidak menjadi astro yang berulang2!
Paling syok adalah menyaksikan subs apabila trio pemain ini kembali dari kecederaan. Sagna, Arteta dan Henry. Kesemua nama berpengalaman ini masuk memberi calmness dan cool kan sedikit game. Sagna perlukan lebih banyak game time untuk mendapatkan match fitness. Arteta yang menggantkan Rosicky nampak tenang dan bersedia, mungkin dah tiba masanya Wenger rehatkan Rambo dan menggandingkan Arteta serta Rosicky.Rosicky tempoh hari memberi kelancaran pada pergeraka bola dan sering pick up the right pass, paling penting adalah control ball nya di kawasan ruang2 yang limited ada sahaja jolokannya. Henry hampir menambah gol FA Cupnya di minit2 terakhir tapi dia terpilih untuk change body direction pulak. Sayang..
Siku buruk, buruk siku, siku menyiku. Kecoh seketika , habis riuh sekampung apabila Alex McLeish mengungkit2 insiden Carlos Cuellar mencium siku RVP dan meminta FA bukan sahaja siasat malah ambil tindakan. Padahal insiden itu berlaku betul2 depan pengadil, takan la si pengadil tu tak nampak sama ada sengaja atau tidak RVP atau sekadar body blocking.Semalam Shebby dalam Monday Verdict kata klip menunjukkan RVP sempat memandang ke arah Cuellar maka ada niat di situ?! kepala otak hang shebby abis takkan dalam game takkan tak boleh nak aware positioning lawan? Daya yang dikenakan jugak nampak minima, melalui replay hayunan pun tak nampak direct. Alex MecLeish, inilah orang yang sama mengatakan si Mat taylor tak buat apa2 pun terhadap kaki Eduardo jadi mengapa perlu percaya orang sebegini?! ada hipokrasi di situ. Ga lega kerana masih ada individu2 rasional dalam panel penilai FA apabila RVP disahkan tidak bersalah.
Ada saja mende nak spoil mood kemenangan. Kita baru sahaja menang, menang dengan style setelah form yang busuk, jadi just enjoy the moment. lawan yang menanti di saingan FA Cup nanti sam ada Boro atau Sunderland 18/19 Februari dengan kita sebagai pelawat. Arsenal mungkin berpeluang untuk ke suku akhir tapi itu pikir nanti dulu. Awal pagi lusa ada kerja penting bertemu Bolton.Awal pagi esok transfer tutup. Peluang masih ada berjam sahaja lagi tapi tiada tindakan susulan dari pihak pengurusan nampaknya. Sama ada mereka percaya kita dah cukup bagus untuk menghabiskan kempen ini dengan player yang ada atau kita memang kekurangan sumber dana] atau sikap ego Wenger. Aku tak nampak ada nama2 established yang akan dibawak masuk straight ke dalam pasukan dan mengubah nasib kita walaupun sedia maklum, masalah kecederaan menghntui begitu jugak dengan setback dialami Wilshere Diaby dan Gibbs. Tapi sila cakap di mana logiknya untuk membawa pemain belasan tahun yang hanya mampu memberi sumbangan limited ketika kedudukan kita di liga agak terancam. Ini berdasarkan berita terbaru sama ada rumors sahaja atau tidak di mana Arsenal bakal menyambar budak 19 tahun dari Borussia Dortmund. Ini bukan nama yang anda harapkan bukan Gotze 25M tapi Thomas Eisfeld 475K yang hanya membuat 12 kemunculan dengan Dortmund U19 dan meledak 6 gol. Jika ia benar, maka ia hanyalah satu pelaburan jangka masa panjang dan signal tentang nasib pemain2 seperti Diaby yang mungkin di hujung tanduk dan sama2 kita harapkan dia bukanlah seorang lagi Amaury Bichoff. Sepanjang gua menyokong Arsenal inilah transfer period yang paling aku tidak pernah meletakkan harapan dan pasrah.Tapi boleh dikatakan, transfer january kali ini adalah antara yang paling sunyi sepi, mungkin ada kejutan di last2 minit.
Aku cuma mengharapkan pemain2 ini akan step up dan teruskan momentum. Balas balik kepercayaan membabibutatuli oleh Le Prof yang enggan menambah skuad kerana percaya akan kudrat pemain2 sedia ada. Bertuah dan beruntung sebenarnya pemain2 ini kerana layanan 'kelembutan' Wenger.Kalau bukan untuk Wenger, lakukanlah untuk penyokong dan kelab.
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan