Ahad, 29 Januari 2012

Arsenal harus all out!

Tinggal lebih kurang sejam lagi untuk Arsenal kembali menyepak bola setelah tragedi yang berlaku di Emirates seminggu yang lalu.Aston Villa menjadi penghalang untuk kempen piala FA kita musim ini. tewas 1-2 kepada united minggu sudah pun aku masih belum sempat update. Sampai demam2 aku terbawak2 kepelikan kesilapan taktikal Wenger.Minta maaf atas kekosongan entry yang agak lama dari biasa, banyak jugak perkara luar padang yang berlaku, kesuma dewa dan pak joko pula MIA.haha namun kitata tetap setia mengGunngers, tak begitu?


Ok menyentuh sedikit tentang 'taktikal ' angkuh Wenger tempoh hari, kesilapan itu dah satu hal, tapi boo itu?? Agak sedih dan kesian , hari yang tidak mahu diingati oleh Arsenal. tak pasal2 terasa bahang dan tempias adalah Arshavin.Arshavin dan Arsene memang tak perform malam tu. Adalah hak untuk penyokong mengkritik dan tak bersetuju dengan apa yang mereka bayar tapi ketika match sedang berlangsung, ia seakan boleh membunuh mood pemain dan menganggu momentum pasukan. Boleh dilihat pada ketika satu point, kitaseaakan2 boleh meneruskan rentak sebaik gol penyamaan tetapi sebaik sahaja kejutan Ox dikeluarkan, RVP, buat muka terkejut, satu stadium bagi cas negatif dengan perasaan tak puas hati, team performance kite terus drop. United bijak menyerap tekanan dan mngambil kesempatan. Walaupun Arshavin boleh dikatakan antara culprit untuk gol kemenangan United, namun Mael jugak ada saham. Mael yang baru kembali dari kecederaan, terus start. Memang kehadirannya menjadi penawar tapi kedua2 gol United itu hadir dari belah kiri di mana jarang2 mael alpa dan leka dengan positioningnya tapi malam itu dia agak lambat pickup.Theo dan Rambo yang sepatutnya awal2 disub jugak mempunyai game yang entahapehape.  Pasal sub itu dan alasan Wenger ia memang agak aneh tapi antara dirinya dan pat rice sahaja yang tahu. Mungkin mereka cuba mengelakkan Capello yang hadir malam itu membawanya 'berjalan2' sebelum misi Euro nanti. Kita bernasib baik pada saingan minggu sudah ekrana keliling kita rata2nya drop points. Impian memecah tembok top 4 masih ada tapi kalau dibiarkan terus sebegini semakin jauh.

Berita tentang kecederaan pulak ada 2 versi baik dan buruk. Berita baiknya Sagna telah kembali menjalani latihan bersama2 skuad utama dan akan kembali beraksi tidak lama lagi. Namun yang malangnya Jack Wilshere menerima setback dalam perjalanan recoverynya.Ini bermakna target untuk seawal bulan depan dia kembali ,terpaksa ditangguh. bagi Wenger, berita ini amat mendukacitakan Arsenal dan Wilshere sendiri berada dalam keadaan stress. Untuk melihat dia kembali akhir Februari ini pun belum pasti. Sebentar, hari ini dah 29 Januari? masih tak dengar apa2 lagi tentang transfer??? sangat2 mengejutkan dan menyedihkan, kerana Arsenal seakan tak serius dan tak bernafsu nak mencabar kejuaraan. Sudah teruk sebegini-bukan aku yang bagi istilah ini kerana Wenger sendiri mengaku adalah satu disaster jika Arsenal gagal ke UCL musim depan.- namun tidak ada apa tindakan susulan dari kelab.Kita masih ada saingan UCL dan FA cup yang terbuka dengan big guns masing2 dah terkeluar dalam kedua2 kejuaraan. United , City telah sah keluar dari 22 piala maka tidakkah kita rasa piala2 tersebut ditakdirkan untuk kita sendiri yang berusaha mendapatkannya musim ini? Arsenal perlu pukul habis dalam setiap game, dalam setiap kejuaraan. Jadi jika ada sebarang  cara, usaha atau kesempatan untuk memperkuatkan skuad yang agak tempang ketika ini, adalah satu lagi jenayah management jika kita tidak menggunakannya.

Berita yang baru masuk, untuk starting lineup sebentar sahaja lagi:

-------------Fabianski--------------
Coqueling----PM--Kos-----Mael-
---------------Song---------------
-------Rambo--------Rosicky----
Walcott------RVP-----Ox------

Arsenal 2- Aston Villa 0

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: