Ahad, 22 Januari 2012

Pre Match : Arsenal vs Man United

"Arsenal vs Manchester United is big as Eva Mendes ...ops..ever"- Arsene Wenger.

Walaupun kini agak berbeza kedudukan dalam table tapi match malam ini masih lagi dalam kelas tersendiri antara dua musuh tradisi .Revolusi demi revolusi dari setiap generasi ke generasi, pertembungan 2 kelab tersohor England daripada dua bandaraya popular ini adalah suatu yang dinanti2 dan diperkatakan seluruh dunia.Biarpun boleh melupakan seketika kedudukan 2 tempat teratas sana, dengan keputusan2 yang berlaku semalam, Arsenal harus mengambil peluang keemasan ini bagi merapatkan jurang dalam masa yang sama menjarakkan diri. saingan2 paling rapat ketika ini, Chelsea, Liverpool, Newcastle kesemuanya keciciran mata semalam. Manakala keputusan  City bertemu Spuds boleh diketahui sebelum sepak mula kita.

2 kekalahan away berturut2 sedikit sebanyak memang mengganggugugat perjalanan kita dalam mendaki ke atas. Ada yang dirasakakan satu kerugian , terutama tewas kepada pasukan newly promoted, Swansea dalam style yang agak malang.Oleh itu Arsenal seboleh2nya ingin mengelak dari kekalahan ketiga berturut2 malam ini dan menambah derita United, kekalahan ke 3 daripada 4 perlawanan. Telah disahkan daripada trio injury, Arteta confirm out. Henry masih doubtful dengan kecederaan calf manakala yang seakan boleh pun mungkin Mael seorang sahaja tapi masih ada risiko di situ.Sementara United pulak ada berita baik dengan kembalinya 2 defensive unit mereka Jones dan Smalling.

Arsenal perlu bangkit dan sedar akan taktikal Ferguson yang akan mengcompactkan midfield dan mematikan passing2 kita dengan harapan agar kita tak boleh nak main game kita seperti  biasa, Itulah sebab aku rasa penting plan B. Apa yang merisiaukan Arsenal terlalu bergantung harap pada RVP manakala kemampuan 2 wide player kita tak dioptimakan. Umum sedia maklum, Arshavin lebih berbisa dan menjadi apabila bermain di bahagian tengah di belakang CF.Itu adalah tempat asalnya, manakala untuk Walcott yang dah berapa kali Wenger berjanji namun masih belum convert2 jugak ke tengah.Walcott jarang cut in dan bila cross kebanyakan ke laut. Mungkin Arsenal perlukan sesuatu yang unik lain daripada lain dan pelik daripada biasa.Tanpa kelibat Henry, may be  PakCu sebagai fox in the box dan RVP serta Arshavin di belakangnya boleh mengejutkan! Wenger masih tidak berani keluar dari kepompong yg  selesa baginya tapi frust di mata orang lain.

------------Szczesny-------------
Johan----Per----Kos-----Miquel/Mael
------------Song------------------
----Rambo------Yossi/Ros------
---Walcott---RVP----Arshavin

Apa jua outcome ingatlah bahawa dalam match2 besar apa jua boleh berlaku.Menang, kalah, score besar kalah besar jangan sesekali lompat kapal. Terutama kita di Malaysia ini berhadapan dengan gerombolan merah yang begitu besar pengaruhnya, jangan cepat melatah. Kita hidup menyaksikan tragedi di Old Trafford dan kita masih kekal sehinggi ke saat ini dengan meriam di dada. Itu adalah suatu yang dibanggakan. Astro SuperSport3 12am.  Arsenal 2 Manchester United 1.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: