Jumaat, 20 Januari 2012

Injury atau perang Psikologi?

Gol liga terakhir Henry di Emirates. Arsenal 2- United 1 /06/07

Dan bila seorang otai legend dengan merendah dirinya sanggup meminta maaf kepada seorang penyokong setahun jagung mentah kerana takut menyinggung perasaan individu tersebut, anda tidak boeh rasa lain selain bertambahnya rasa hormat terhadap Thierry Henry. Semua orang hampa, gutted dan devastated terhadap kekalahan kedua away berturut2 yang mengejutkan itu termasuk Henry sendiri sebagai peminat dalam masa yang sama pemain yang membuat kemunculan kembali dalam arena BPL .Dan hak budak belasan tahun itu untuk mengekspresikan emosinya walaupun sehingga mengundang rasa senang di kalangan pemain yang merasakan mereka telah mencuba sebaik mungkin ketika rata2 penyokong2 lain telah umpama pasrah termakan doktrin palsu Wenger dan Peter HillWood terutamanya-tak dapat Champions league tak apa. Suasana malam itu menimbulkan ketegangan baik di kalangan fan mahupun pemain maka adalah boleh difahami mengapa Henry bertindak sedemikian rupa lebih2 lagi provokasi itu datang dari generasi baru yang mungkin hanya sempat melihat aksinya di ruangan history channel mahupun youtube.Bagi sesiapa yang mengenali Henry, setiap kali menyarung jersi Arsenal , he played with his heart..sekali saja aku nampak Henry tidak bermain sepenuh hati, itupun dalam jersi Barcelona, ironinya , ia berlaku ketika match bertemu Arsenal di Emirates beberapa tahun sudah, membuktikan hatinya kekal di Arsenal.

Dan betapa pentingnya untuk pemain2 ini menyerahkan segalanya all out dengan hati yang ikhlas.Memahami erti menyarung jersi merah putih bukan sekadar dalam big matches sahaja, ia harus dipraktikkan setiap minit yang berharga di atas padang. Setiap detik dalam 90++ adalah penentu, sesaat switch off mampu mengundang malapetaka.Fokus 100% adalah wajib dalam setiap jenis perlawanan. Itu yang jarang kita lihat ketika ini.Itulah sebab game Ahad ini tak pasal2 makin bertambah beban tekanannya. Menang bermakna jurang yang jauh dapat dikurangkan dalam masa yang sama Spuds dan City jugak bertembung antara satu sama lain. Apa yang mampu sekarang ini adalah keep pace dengan Chelsea di tangga keempat yang kini berkelebihan 4 mata. Untuk itu game bertemu United Ahad ini adalah pembinaan semula momentum.

United membuktikan mereka boleh kalah game. Vidic out, Jones out, Smalling doubtful, mereka kelihatan ketandusan di depeartment pertahanan dengan hanya Rio dan Evra menjadi taruhan. Kecederaan Fletcher , Anderson dan  Cleverley menyebabkan mereka terpaksa memanggil semula Pak Cik Scholes keluar dari persaraan. Lebih kurang sama kes Arsenal dengan Henry yang dipinjamkan kembali sebentar untuk cover kekurangan pemain .

Jadi kecederaan yang bertimbun bukan lagi alasan bagi Wenger kerana Ferguson boleh coypaste ayat itu melihat kepada senarai wad sakitnya. United mungkin bolos luar biasa musim ini tapi jumlah clean sheet mereka adalah yang terbanyak berbanding pasukan2 lain. Kemampuan mereka jugak boleh score dari pelbagai sudut dan department.Valencia dan Nani di bahagian sayap akan memberi tugas sukar buat Johan dan Miquel. Itu yang gua sukar nak nafikan walaupun kita bukanlah one man team tapi segala penudah 17 gol datang dari RVP. Kata Arteta, jangan harapkan RVP seorang sahaja, sila try sendiri masing2 tapi kadang2 kita terover play dengan corak Wenger Ball yang menginginkan bola digolekkan ke dalam jaring. Sudah tiba masa pemain2 lain seperti Arteta sendiri, Walcott, Rambo, Arhsavin dan Song untuk step up berkongsi beban tanggungjawab score goals dari RVP. Kemasukan semula Henry secara psikologi akan membantu walaupun ada kata2 nista berhubung konflik keegoan yang disyaki akan timbul.

Mari mengharapkan agar berita kecederaan Henry hanya diperbesar2kan sempena perang dingin. Kita jugak mengharapkan kepulangan Arteta sebagai general midfield bagi memberi keseimbangan. Paling positif pastinya impak kemunculan Verminator sebagai jantung di bahagian defence. Dia juga merupakan senjata rahsia kita ketika serangan.Gua mahukan lebih dari Walcott dan Arshavin.Off ball positioning adalah penting sama ada ketika close down , counter attack mahupun serangan. Kebijaksanaan dalam menggunakan pace dan tricky pass serta larian harus dimaksimakan untuk memerangkap kekemasan serta disiplin United. Mereka mungkin hadir dengan taktikal yang sama setiap kali bertemu Arsenal, dengan lambakan di midfield bagi menghalang Arsenal daripada bermain.Ini semua kerja Park Ji Sung, Anderson dan Fletcher tapi yang 2 orang tu dah terkorban, orang lama seperti Giggs dan Sholes akan masuk. Gua mendambakan satu open game yang menghiburkan dengan kedua2 team dapat memenuhi full potential, mungkin jugak pesta gol. Yang pasti, 2-8 tidak akan berulang lagi...

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: