Jumaat, 20 Januari 2012

Shaqueel : Why So Serious?

“But it’s not as serious as Arsenal wanting to sign him - the Club just gave us the option to have a look, because they’ve seen and heard a couple of things about him. It’s true that he’s doing well and has good timing, but like any kid of his age he enjoys a lot of different things."-RVP
 Kecoh sebentar dalam media tentang Arsenal dikatakan cuba memancing anak kapten vantastic, adik Shaqueel untuk menyertai Arsenal youth academy setelah melihat bakat semulajadi yang tak kurang hebat macam bapaknya jugak.Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke mee kari. Media saja2 mensensasikan cerita sebenarnya kerana mereka tahu ketika ini RVP masih lagi belum sign kontrak, jadi kononnya Arsenal dikatakan desperate menggunakan budak umur 5 tahun sebagai pancingan untuk kapten itu terus kekal.Dan bila keluar cerita RVP nak tunggu hingga hujung musim di mana baki kontrak tinggal 12 bulan, dan jugak cerita RVP menafikan Shaqueel nak sign dengan Arsenal, terus depa bawak keluar cerita, kedua2 anak beranak ini telah mereject Arsenal! Itu mainan secara halus pihak2 kaki putar alam ini.

Yang sebenarnya, Arsenal hanya menawarkan peluang buat Shaqueel bermain dalam sesi latihan, beriadah bersama2. Lagipun budak2 ni kalau dah minat jangan dilarang. Nak pula yang ada bakat dan mewarisi darah bola milik bapanya. Ke mana hala tuju budak ini biar dia dan orang2 terdekat yang tentukan sendiri. Nak sign di mana2 kelab, itu terpulang.Arsenal tidak pernah memaksa.
“It’s far too early to say that he’s a special talent or anything like that; for me, the main thing for both of my children is that they enjoy whatever they are doing, whether it’s football or something else. I saw a couple of newspaper articles talking about him but trust me, it’s nothing that serious!”
 Kalau satu hari nanti ditakdirkan jodoh anaknya mewarisi legasi bapanya di Utara London, maka apa salahnya.Siapa tahu.Lagipun Shaqueel bukan sahaja berbakat dalam bola sepak, malah sukan yang turut digemari adalah golf yang aku sendiri pun tak reti! Tapi bagi RVP, masih terlalu awal, dia hanya mahukan yang tebaik untuk anak2nya dan buat masa ini, apa yang terbaik bagi budak adalah "yang penting kita enjoy!"


0 ulasan: