Malam tadi waktu tempatan, air mata emosi seorang lelaki jatuh bergelinangan tanda perasaan terharu dan cinta yang mendalam terhadap Arsenal FC. Thierry Henry hadir ke majlis perasmian tugu 3 lagenda tersohor yang masing2 telah mencipta milestone tersendiri. Di hari yang berangin ketika winter kian tiba, perkarangan Emirates dipenuhi ramai penyokong2 media dan orang2 kuat Arsenal FC, bersama Hill-Wood, Wenger dan Henry sendiri ,tidak mahu terlepas peluang terlibat pada hari yang bersejarah ini. Sayangnya Abang Tony tidak dapat hadir dan hanya sempat sampaikan salam perantauan pada para hadirin melalui Pengerusi Arsenal.
Hill-Wood dan Wenger masing2 berpeluang memberi kata2 pengantar, serta ucapan pernghargaan bagi setiap tugu .Apabila tiba giliran tugu Henry dipersembahkan, ketika menyampaikan ucapan penghargaan buat kelab yang telah memberi peluang beliau mencipta nama dan menjalinkan kasih sayang tak berbelah bahagi, dengan scarf merah putih kebanggaan, Henry tidak dapat menyorokkan perasaan bangga , terharu dan touchingnya apabila terpaksa berhenti beberapa saat menyapu air mata seraya namanya dilagukan oleh penyokong2 setia yang datang memberikan sokongan! Gua respect sama lu! Henry mungkin sudah merasai pelbagai kejuaraan dan kucupan piala dan mungkin ada jugak nama2 pemain lain dalam dunia bola sepak ini yang berpeluang dan bernasib baik sepertinya tapi tak ramai yang mampu diletakkan setaraf dengan classnya sebagai seorang ikon profesional yang wajar dicontohi.Henry adalah seorang model profesional, atlet berkelas dunia, a true class footballer.Dia sememangnya sudah menjadi lagenda dalam hati semua gooners, ditambah pula dengan penghargaan Arsenal, tugu ini, ia hanya mengesahkan bahawa kelagendaannya akan sentiasa kekal ke memori walau berubah generasi. Sign him up! Sign him up! Sign him up! sebulan pun jadi laa bos....
"once a gooner always a gooner"-Thierry Henry
0 ulasan:
Catat Ulasan