Jumaat, 9 Disember 2011

Arsenal 125



Minggu ini Arsenal akan menyambut hari kelahiran kelab yang ke 125! Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan sejarah serta nostalgia mendalam. Segala pahit manis selama lebih seabad ini akan dimemorikan dalam satu upacara sambutan pada hari match day esok bertemu Everton di Emirates Stadium. Dan sebagai simboliknya, Pengadil besok, Howard Webb telah besetuju untuk menggunakan duit syiling sixpence sebagai lambungan. sebelum sepak mula. Ini sebagai memperingati sejarah penubuhan Arsenal FC, di mana 15 pekerja/buruh kilang Woolwich Arsenal Armemant Factory( salah satu dari 3 The Royal Arsenal yang utama pada ketika itu) pada 1886 di Woolwich sanggup melabur sixpence setiap seorang demi menubuhkan satu pasukan bola sepak yang pada ketika itu dikenali sebagai Dial Square sempena tempat kilang itu didirikan.Dan selepas itu dari Dial Square FC, nama ditukarkan The Royal Arsenal sehinggalah pada 1891, ia dijenamkan semula dengan nama tempatan, Woolwich Arsenal.

Sixpence atau six pennies kini bersamaan 2 setengah pennies, untuk toss coin esok

Kilang senjata - Woolwich Arsenal

Selain dari persembahan orchestra dan pancaragam dari pasukan tentera diraja di luar perkarangan Emirates, kehadiran2 lagenda2 serta diberi guard of honor, lambungan syiling sixpense , Arsenal jugak pada matchday esok akan memberi penghargaan kepada Nottingham Forest. Jadi apa kaitan Nottingham Forest dengan Arsenal sebenarnya? Ya segalanya bermula di sini..

Siapa dia antara 15 orang tadi? David Danskin (esok cicitnya akan diberi penghargaan bawak match ball ke padang), dari Kirkcaldy memang pekerja asal Kilang Arsenal di Woolwich, berbangsa Scotland tapi cuba membawak pengaruh sukan sepak bola di tempat yang lebih terdedah kepada ragbi dan kriket pada masa itu.Dia diabantu 3 orang lagi kawan Elijah Watkins, John Humble dan Richard Pearce untuk melaksanakan impiannya. penghijrahan ke Woolwich oleh 2 pemain Nottingham Forest Fred Beardsley, Morris Bates,menambahkan lagi semangat Danskin untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak tempatan sendiri.  Frederick William Beardsley adalah anak jati kelahiran Nottingham dan berkerja di sebuah kilang di sana dalam masa yang sama merupakan penjaga gol untuk Nottingham. Oleh kerana minat yang mendalam teramat sangat terhadap bola sepak, si Beardsley ni selalu laa mengular amek MC ponteng la segala bagai semata2 hanya kerana nak main bola sehingga dia hilang punca pendapatan akibat dipecat dari kilangnya. Tragedi itu membuatkan dia memilih untuk berpindah mencari kerja di Woolwich bekerja di sebuah gudang senjata. Di sinilah dia bertemu Danskin dan Humble serta mengutip derma kilat dari 12 yang lain membentuk sebuah team bola dengan nama Dial Square FC.

 Beardsley sendiri menjadi penjaga gol dalam perlawanan pertama bagi kelab ini bertemu Eastern Wanderers dengan kemenangan 6-0. Result yang gemilang untuk membuka lembaran sejarah bukan? Dalam masa yang sama, oleh kerana pada masa itu status masih lagi pemain amatur, Beardsley sempat jugak kadang2 beraksi bersama pasukan kampungnya Nottingham Forest. Ulang alik punya ulang alik inilah pada ketikanya dan kesempatan Beardsley untuk 'meminjam' jersey2 merah gelap/maroon? Nottingham Forest pada ketika itu untuk dipakai pula oleh Arsenal untuk peralawanan bola. Orang dulu bukannya senang, sekarang jek dah boleh beli jersey gred AAA kat Rantau panjang atau Padang Besar buat jadi jersi team futsal. Haa itu pasal lah kaler kita dulu merah gelap, kalau ingat sewaktu musim terakhir di Highbury 2006 dahulu, warna ini telah dinaikkan semula sebagai warna jersey bagi menghormati sejarah. Kira Encik Berdsley  ni boleh dikatakan ahli komiti Arsenal yang sangat aktif pada waktu itu dan jugak boleh dikatakan merangkap pengurus Arsenal pada akhir 1890 an. Pada waktu inilah Dial Square ditukar ke Woolwich Arsenal yang selepas itu disambung legasi pengurusanya oleh  pengurus2 lain  seperti Jack Humble, Sam Hollis, Bill Par ,Tomas Brown Mitchell,George Elcoat dan Harry Bradshaw. Selain Beardsley, ada jugak beberapa pemain /buruh kilang yg berhijrah membawa pengaruh2 Nottingham Forest yang menular sehinggga tertubuhnya Arsenal.  Beardsley kalau tak silap yang pakai topi dalam gambar di bawah, masa ni dia dah tak main dah.

Skuad 1888 Geng abang misai kacak bergaya 

Seterusnya Arsenal di bawah nama2 pengurus di atas meneruskan pembinaan namanya sehingga akhirnya berjaya menyertai divisen kedua pada 1913. Dan setahun selepas itu bermulalah era baru Arsenal apabila setahun selepas itu kita berpindah ke Highbury dari Manor Ground  di bawah Henry Norris.Norris bersama2 William Hall sibuk bersusah payah mencari tempat baru untuk Arsenal , kerana dengan penghijrahan sahaja kata Norris, Arsenal mampu diangkat ke next level. Mulanya Arsenal diberikan option untuk bertapak di Battersea dan Harringay tapi tak memenuhi ciri2 yang diperlukan. Norris mahukan satu tempat di mana mampu menarik jumlah penonton dan  boleh membina satu fan base yang besar. Mereka cuba untuk mengelak supaya terlalu dekat dengan satu lagi pasukan tempatan , Tottenham Hotspurs, tapi prospek yang begitu menarik dan strategik adalah terlalu sukar untuk ditolak lebih2 lagi ia berdekatan dengan salah satu underground station di situ maka bersetujulah untuk Stadium baru dibina di situ.Suatu situasi yang menimbulkan perasaan dengki, amarah dan kurang senang di kalangan penduduk tempatan terutama mereka yang menyokong Spuds yang pada ketika itu bergandingan dengan satu lagi kelab tempatan Clapton Orient memfailkan bantahan di mahkamah. Tapi apakan daya, peguam pendakwaraya mereka mulut lebih kurang sama dengan fan2 mereka, cakap saja lebih isi atau fakta tadak, maka Arsenal dengan mudah menang kes tersebut dan dibenarkan terus kekal di Highbury. Perlawanan rasmi pertama Arsenal di Highbury berjaya dibuka dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester Fosse. Sekali lagi Satu cara terbaik untuk memulakan akaun di tempat baru. 

Skuad 'The Arsenal' 1913


Norris pada setahun selepas itu sudah mula mendapat hasil, 125,000 pound telah berjaya diperolehi untuk dilaburkan hasil dari tarikan penyokong ke stadium. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu membayar hutang sebanyak 20k setahun dalam tempoh 21 tahun. Jadi nampak tak cycle yang berlaku di sini, penghijrahan dari Manor Ground ke Highbury tak jauh beza situasi dengan hijrah dari Highbury ke Emirates! Moga kita mampu mencari yang tersirat dari yang tersurat.Ini memungkinkan kelewatan Arsenal untuk 'lambat panas' di atas padang walaupun wang bukan faktor segalanya. Kegemilangan Arsenal bermula agak lewat selepas itu hanya pada era 30 an di bawah pengurus  Herbert Chapman. Namun Chapman telah mencetuskan pelbagai revolusi hingga membawa kepada Apa yang Arsenal ada pada hari ini.Kalau tidak masakan , dirinya diangkat sebagai lagenda tersohor ketika tugu dirinya, Adams serta Henry bakal dirasmikan besok hari.


Itulah serba sedikit sejarah ringkas yang mampu aku coretkan tentang sejarah penubuhan Arsenal hinggalah ke era Highbury di mana satu padang yang penuh dengan nostalgia dan memori pahit manis sebelum kita berpindah ke Ashburton Grove dengan satu nafas baru.Kalau ada yang tersalah fakta atau nak dikongsi bersama, silalah tolong betulkan. Banyak lagi sumber2 di mana kita boleh mengkaji kelab kesayangan kita yang satu ini.Tak kira lambang selalu bertukar, pemain datang dan pergi, pengurus silih berganti, Arsenal tetap membawa semangat meriam. Kalau di sini namanya, MeriaMalaya!!

Gua tak sabar tunggu match esok!!!

Agi idup agi mengGunners!!!!


0 ulasan: