Khamis, 8 Disember 2011

Kamon You Gunners!!



Terlebih dahulu mohon maaf atas ketergendalaan blog disebabkan kepadatan beberapa hari ini. Rindu aku nak menulis tetap ada tapi masa benar2 mencemburui. Setelah kita menang besar tapi kurang bergaya 4-0-dikatakan kurang bergaya disebabkan lebih kepada awful defending Wigan sebenarnya- awal pagi semalam kita tumpas 3-1 dalam meaningless but shame performance kepada Olympiacos dalam perlawanan terkahir kumpulan F. Arsenal walaubagaimanapun telah turun dan berakhir sebagai juara kumpulan belum pun sepak mula dilakukan. Di tengah2 antara 2 game itu beberapa berita dan cerita2 lain muncul . Antaranya ketiadaan wang saku transfer bagi summer nanti apabila Emirates Cup tidak akan dilangsungkan dengan kehadiran Sukan Olympic di Britain. Dan oh.. ia bukan lagi piala Syok sendiri apabila NY Red Bull pun dah boleh menang di gelanggang kita. Kita jugak telah diundi bertemu Leeds United pada pusingan ketiga piala FA. Dan gosip2 tentang pembelian pada Januari nanti walaupun Wenger cakap 'tak mungkin' dia akan menambah penyerang biarpun Chamakh dan Gervinho akan balik kampung. Antara nama2 yang terhangat diperkatakan adalah Neymar?(hahaha), Gotze dan Podolski. Aku rasa Wenger ada mengintai beberapa pemain untuk beberapa posisi, mengenali dirinya tak ada makna dia nak mengaku akan membeli.Manusia yang penuh dengan kejutan.

Berbalik pada game awal pagi tadi segalanya macam tak kena dari starting lineup yang diturunkan. Bukan masalah reserve atau 2nd team kita tak cukup kuat la bagai, ada yang mampu memberi saingan ada yang berpotensi memang ada. Tapi ada jugak yang mmg tak up to standard dah berkali2 tapi masih lagi diberi peluang beraksi dengan jersi Arsenal. Ini jenayah. Melihat Squaillaci dan Johan membadutkan diri hilang arah ketika gol pertama menambah kebengkekan di dada melihat telatah Flappyhandski yang terburu2 keluar.Mael pun nampak tak syok bermain dengan barisan pertahanan yang digandinginya malam tadi. Dan kemudian penjaga gol yang memasang impian untuk beraksi di Euro itu injured. Masuklah si Italian yang bajet dirinya Buffon. Gol kedua memang satu kesilapan bangang jugak sebenarnya kalau nak dikira.


Memang benar tak adil untuk menyalahkan dia seratus peratus kerana dia telah berani mengambil risiko menyuakan kepala untuk menanduk keluar dan lagi2 dia hanyalah penjaga gol ketiga dan jarang2 dapat beraksi. Tapi adalah tidak adil jugak bagi kita untuk tidak boleh mengkritik kesilapan budak sekolah bagi seorang penjaga gol profesional yang sepatutnya aware positioningnya bila masa boleh pakai tangan bila masa kena pakai kaki. Jadi sebenarnya tak cukup bagus untuk pemain yang merungut atau mengugut untuk blah kerana tidak mendapat aksi kalau level konfiden sebegini yang ditunjukkan. Arsenal bakal parah kalau kita kehilangan Szczesny walaupun penjaga gol Poland itu masih dalam peringkat pembelajaran tapi sekurang2nya dia konfiden dan kadang2 overkonfiden. Aku suka characternya, ada campuran Lehman sket.Penjaga gol memang perlu ada gila2nya. Cuma Arsenal rasanya memerlukan seorang lagi penjaga gol baru bagi menolak Fabianski dan Vito bersaing sebagai pemegang glove , sekurang2nya orang yang sudah lebih berpengalaman. Gol ketiga, tunggu masa jek nak datang dan sekali lagi lack of communication memakan diri.Laci dan Manone were in no man's land pada ketika itu.Barisan depan pulak kita tampak flat, sehingga Yossi yang terpaksa mengajar cara untuk menjaringkan gol sudah cukup menceritakan segalanya.Clean strike.Naka harapkan Chamakh? hurmmph....pintu gol terbukak pun passing belakang balik kut. Tiada orang nak step up amek responsibility. Arteta, Wenger semua dah cakap kita tak boleh nak harapakan Robin seorang sahaja tapi kalau dah bagi peluang macam gini pun, masih macam gitu, apa ceritanya. Kamon You Gunners!Semagat Siket!!!


Malu la kat bintang2 lagenda teradahulu. Sekarang Arsenal.Com sibuk memperomosikan sejarah kelab dengan review2 tentang history sejarah 125 tahun kelab. Mereka menceritakan dari satu era ke satu era perubahan revolusi dari warna jersey , nama, corak permainan dan our home-stadium tapi yang kekal dan tetap setia adalah meriam di dada. Dan ingatkah anda, sekrang ini di stadium, mereka cuba sedang giat membina tugu penghargaan kepada lagenda2 Arsenal. 3 individu telah terpilih dahulu namun identiti mereka dirahsiakan. Namun kini, telah terdedah, difahamkan 3 nama yang tidak asing pastinya adalah Chapman, Adams, dan Henry.Sayang Wenger penuh dengan falsafah dan reformasi ,kerana kalau tidak pastinya nama dan wajah beliau turut disemadikan di hadapan Emirates. Cuma mungkin kerana tekanan dan perasaan bercampur baur akibat kemarau piala, mereka masih belum bersedia meletakkan Wenger sebaris dengan trio tersebut walaupun 'kepala'nya sudah ada bersama Chapman sebelum masuk ke pintu stadium tour. Atau ini hanya untuk orang2 yang telah 'tiada'. Biasalah amal dunia, bila dah tiada disanjung2.

Aku percaya suatu hari nanti Wenger akan diberi penghargaan jugak sama seperti mana mereka.Biasanya orang akan ingat siapa pemenang piala itu atau piala ini tahun itu atau tahun ini, orang tak akan ingat siapa naib juara .Itu lumrah bukan? tapi dalam kes Wenger, hampir setiap tahun mereka ingat , dan masih ingat dan membilang berapa lama Wenger tak dapat cup, itu yang mereka bilang sangat maka pasti ada sesuatu yang istimewa pada si Le Prof ni. Jangan terlalu taksub, ini bukan pasal Wenger, ini pasal Arsenal yang lebih penting..dia dibayar untuk membawa Arsenal ke satu prestij yang lebih tinggi, dengan apa yang dilaburkan 15 tahun yang lalu, ia berbaloi. Namun kita tidak pernah dibayar untuk menyokong pasukan ini  ,jua bukan mudah untuk kita lari meninggalkannya.

Agi idup agi mengGunners!! COYG!!!

Hujung minggu ini..bukan Arteta vs Everton, tapi Arsenal.


0 ulasan: