Sabtu, 10 Disember 2011

Pre Match : Arsenal vs Everton

Arsenal perlu memastikan party sambutan ulangtahun ke 125 malam ini tidak tercemar dengan sebarang keputusan yang boleh merosakkan mood. Party2 seronok2 jugak, tapi sebaik sahaja sixpence dilambung oleh Howard Webb, kedua2 pasukan mengambil tempat, wisel permulaan ditiup, Arsenal perlu layan kunjungan Everton secara serius.3 mata adalah target wajib malam ini bersesuaian dengan suasana sepanjang hari.

"I am always more focused on the future than I am on the past. We would like to be at the level of the history of the Club tomorrow but history is one thing, performance on the day is another."- Arsene Wenger
Kemenangan away besar 4-0 harus menjadi tonik terbaik setelah kita kecewa pada Fulham, kali terakhir home game kita. Result game Olympiacos secara jujur boleh ditolak ke tepi. Jika menang malam ini Arsenal akan kembali ke top 4 buat kali pertama untuk musim ini, walaupun bukanlah suatu yang begitu membanggakan tapi sekurang2nya memberi satu saguh hati dan boleh tarik nafas sekejap sempena keraian hari ini. Jika City menumpaskan Chelsea esok, Arsenal akan kekal di situ seminggu tapi pada ketika ini keputusan yang diharapkan pada situasi ini seelok2nya mereka berdua seri.

Everton kini berada di tangga kesepuluh. bukanlah dalam form yang begitu memberangsangkan. 3 kekalahan daripada 5 perlawanan. Everton tidak pernah menang away di Arsenal hampir 15 tahun. Kali terakhir mereka hampir melakukannya beberapa musim lepas di mana Rosicky muncul penyelamat dengan gol saat2 akhir. Mereka jugak mengalami starting yang agak lembap gara2 ketiadaan enjin tengah yang telah disambar ke Arsenal, Arteta. Malam ini adalah kali pertama Arteta akan berhadapan dengan pasukan yang telah memberikannya peluang mencipta nama di BPL.Pembelian saat akhir Arsenal itu disifatkan Wenger sebagai tindakan bijak kerana kehadiran pengalaman Arteta memberi kestabilan pada bahagian tengah yang kehilangan tonggak utama di samping Wilshere dan Diaby pulak mengalami kecederaan.Everton terpaksa turun tanpa Jack Rodwell akibat hamstring.

Arsenal akan turun tanpa kelibat 4 fullback Gibbs, Sagna , Jenkinson dan terbaru Santos yang terkehel pergelangan kaki ketika match bertemu Olympiacos.Kita jugak bakal turun tanpa 2 penjaga gol simpanan bermakna Almunia akan kembali ke ke bench setelah baru sahaja pulang dari pinjaman ke West Ham. Dalam Pre match PC, Wenger mengesahkan Mael akan ditolak ke bahagian LB memberi peluang satu slot CB diisi untuk bergandingan dengan Mertesacker. Sama ada Koscielny akan kembali ke posisi yang dilihat mantap, atau Laci akan step up kerana Kos di RB pun so far sangat ok.Jadi jika Kos di tengah , kemungkinan besar Johan akan diturunkan sebagai RB.Di bahagian serangan Arsenal pasti mengharap pada trio RVP Gervinho dan Theo untuk menjana gol.

--------------Szczesny----------------
Johan-----PM----Kos--------Mael
---------------Song-----------------
---------Arteta-----Rambo---------
--Theo-------RVP------Gervinho---

Astro 817.11PM. Arsenal 3 Everton 0.

We'll Gunner Party all night long!!


0 ulasan: