Rabu, 14 Disember 2011

Sambutan 125 dengan jayanya + gosip

Dengan result awal pagi Selasa nampaknya kita hanya dapat merasai sebentar sahaja kedudukan dalam top 4. Tapi kekalahan Mancity tempoh hari jugak menjelaskan, betapa sukarnya untuk kekal unbeaten lebih2 lagi satu season seperti mana yang kita pernah lakukan dulu.Tiada yang hampir2 pun, musim lalu United tewas di tgn siapa, Wolves, kali ini perjalanan tak sampai separuh, masih belum ada contender yang benar2 mampu mencabar rekod kebanggaan lagenda2 kita.Hari di mana kita merayakan kelagendaan 125 tahun kelab, kita menewaskan Everton dengan satu gol yang cukup marvelous, dan mampu  diingati hingga ke beberapa generasi. Alex Song yang seakan pasti hampir dikerluarkan diganti dengan double substitution Rosicky dan Arshavin, telah melakukan hantaran lob cantik ke dalam kotak penalti, RVP yang berjaya melepasi markernye merembat kencang satu volley cukup menarik menggunakan kaki kiri sekaligus menggegakgempitakan Emirates Stadium. Satu unity celebration ditunjukkan oleh kapten Arsenal dengan sambutan ke bench. Tapi Ini bukan kes buat2 seperti yang dilaporkan media The Sun terhadap AVB dan anak buahnya.Gol yang ,meletakkannya 1 gol sahaja lagi untuk menymai rekod 34 gol satu tahun oleh Thierry Henry yang duduk khusyuk menyaksikan dari atas. Alan Shearer memegang rekod top flight division dengan 36 gol. Dengan baki 3 perlawanan sebelum kalendar tahun baru, diharap RVP boleh teruskan form.

Sebut nama2 lagenda ni, Sebelum game ini jugak para peminat dapat meraikan lagenda2 Arsenal ,all-time greats yang diraikan di atas padang sebelum sepak mula. Yang tambah touching mereka terdiri dari pelbagai lapisan generasi. bermula seawal tahun 60 David Court dan Terry Neill , 1971,pemenang Double pertama Bob Wilson, Frank McLintock, John Radford, Sammy Nelson dan Charlie George.Lepas tu pemain serta pengurus Arsenal yang berjaya era 90 George Graham's dengan barisan skuadnya Alan Smith, David O'Leary, Anders Limpar, Paul Davis dan Ian Wright. Tidak boleh terlepas , kehadiran pemain2 era Wenger, Jens Lehmann, Lauren, Lee Dixon, Ray Parlour, Robert Pires dan Thierry Henry. Mereka diberi penghormatan untuk melakukan guard of honor ketika pemain2 sedia ada sekarang masuk untuk sepak mula. Howard Web dengan syiling sixpence non the richer nye, dan melihat generasi Danskin , founder Arsenal comel2 sihat walafiat membawa matchball bermakna warisan itu masih diingati dan dihargai.

Tak ada cara lain lebih bagus untuk sesebuah kelab sambut hari jadi.'One Nil to the Arsenal' merumuskan sejarah dan segalanya. Tapi ketika Arsenal meraikannya, kita jugak dilanda khabar kurang enak apabila mendapat berita Andre santos terpaksa menjalani pembedaan di pergelangan kaki menyebabkan dia bakal terlepas aksi selama 3 bulan akan datang. Ini sudah tentu satu tamparan buat Arsenal yang sudah kehilangan3 lagi fullback sebelum ini, Sagna, Jenkinson, Gibbs tapi ketiga2nya mungkin bakal kembali menjelang tahun baru . Kecederaan di Arsenal umpama roller coaster.

Tak boleh tidak menyentuh tentang transfer ketika bulan Januari semakin hampir. Seperti yang sedia maklum, Arsenal bakal melepaskan Gervinho dan Chamakh untuk berjuang menjadi prajurit negara masing2 sempena Piala Afrika.Namun awal2 lagi Wernger memlilih jawapan selamat dengan mengatakan kita bukan dalam situasi tergesa2 nak memberli terutama di bahagian serangan. Alasannya kita ada Oxlade, Arshavin dan Pak Cu. Bukanlah suruh membeli pemain semahal 20M Torres yang mahu dilelong bulan depan, tapi jika kita sekali lagi dilanda kecederaan, mampukah kita mengharapkan pada pemain yang belum mendapat form ketika kita sekarang dalam landasan yang terbaik untuk kembali mencabar. Ini  pasti sedikit sebanyak  merosakkan plan kerana mengharapkan pemain2 ini pulang(Gervinho dan Camak) , mereka skurang2nya memerlukan waktu rehat selepas itu. Itulah sebab kita sering dikaitkan dengan Mario Gotze dan kadang2 Podolski. Ada jugak yang kelakar bila org menyebut tentang Drogba, seperti yang kita ketahui dia tak ubah seperti Le Sulk, yang kini mengumpul harta kekayaan di China. Teringat lagi aku ketika dia baru sahaja berpindah dari Bolton ke kelab itu, "This is my last club"..muahahaha cukup susah untuk mencari pemain yang cakap serupa  bikin sekarang ini..sesuailah tu dengan gelaran nama yang diberi. Tapi mengharapkan pemain baru , datang, masuk terus ke dalam pasukan ketika di tengah2 musim jugak adalah satu gamble. Ada dua penyelesaian sahaja jika masalah limited option ni timbul, sama ada internal atau external. Kedua2 mempunyai risiko tersendiri.


0 ulasan: