Ahad, 18 Disember 2011

Pre match : Manchester City vs Arsenal.


Setelah mengetahui keputusan undian UCL yang agak sukar-sekali lagi diketemukan dengan AC Milan- Arsenal meneruskan cabaran berliku dengan melawat Etihad Stadium malam ini.AC Milan, ya dalam banyak2 calon lain, AC Milan yang diangkat lebih berprestij berbanding 6 pasukan runner up lain disebabkan nama dan sejarah yang dibawa.Namun itu tidak bermakna Arsenal perlu gementar dan terlalu hormat, kita dah melakukannya di san siro pada 2008, tak ada sebab untuk kita tak dapat ulangi result tersebut.Pada ketika ini mereka mungkin tengah bersaing tinggi di tangga ketiga seria A dan mempunyai nama2 yang mampu mengujakan , Robinho Zalatan, Pato, Cassano, Thiago Silva, dan ramai lagi tapi tunggu bulan February bila mana kejohanan ini disambung semula , bagaimana form ketika itu dan siapa yang available. Sekarang adalah masa untuk kita tumpukan terhadap persaingan liga.

Malam ini bakal menyaksikan pertembungan antara prinsip dan kekayaan. Itu sahaja yang anda boleh cakap bila tiba nama manchester city, segalanya tentang duit. Cakap2 Wenger dalam rematch PC jugak dalam nada orang pasrah, "kita tak mampu dah nak simpan player2 star kita lama2 hingga 8/9 tahun..susah dah nak bersaing dengan ada team gila Paka Man telo labur sana sini suka hati macam gini". Itu reaksi orang kecewa, kecewa kerana prisnip yang cuba ditanam ke dalam jiwa2 pemain muda yang dibentuknya seperti nasri telah memakan diri apabila dia memilih untuk debit kad yang lebih tinggi limit value nya. Ok kita tak mampu berbuat apa2 tentang senario itu tunggu sahaja financial rule UEFA yang bakal dikuatkuasakan, tapi setakat ini, sebelum tunggu dan pasrah sahaja lebih baik kita tumpu pada aspek teknikal dan semangat keyakinan betapa kita mampu mengatasi apa jua halangan. Kuasa wang bukan seagalanya. Buktikan. Ya mereka menang di Emirates dalam piala liga tapi jika tidak kerana ketumpulan barisan hadapan masa itu, gua rasa ceritanya dah berbeza dengan Mancity nampak tak mampu menyaingi tempo kita.Orang mungkin kata ahh itu skuad lain, itu skuad kedua(yang dibarisi pemain ternama) jadi sama lah jugak dengan Arsenal malam itu yang rata2 pemain muda dilontarkan bagi mengutip pengalaman. Tiada beza antara corak dan style of play yang dipraktikkan Wenger, bezanya 1st team kita lebih praktikal dalam melaksanakan taktikal.

Mereka terhumban ke saingan Europa league, baru tumpas kepada Chelsea yg memecahkan rekod tanpa kalah mereka sebanyak 14 perlawanan. Sekarang ini pemerhati mesti nak tengok bagaimana karektar man city menerima berita kekalahan ini.adakah mereka mampu bangkit. Kerana orang akan membandingkan impak kekalahan Arsenal kepada United setelah rekod unbeaten dikecewakan, ternyata kita agak terkesima sejak malam di Old Trafford dan mula keciciran mata yang tidak perlu sehingga akhirnya melepaskan title. Jadi sama ada period yang sesuai atau tidak Arsenal bertemu dengan Man City sekarang ini hanya akan terjawab ini malam.

Selain Nasri, bekas Gunners, Kolo Toure dan Clichy kini turut berada dalam skuad City. Cuma Clichy kini tak dapat beraksi sebagai lubuk di sebelah kiri mereka akibat penggantungan perlawanan, manakala Kolo bukan lagi pilihan CB utama di belakan Kompany dan Lescott.City jugak bakal turun tanpa Kolarov. Arsenal selain dari kecederaan teraru Santos, masih kekal dengan muka2 lama yang menginap di bilik rawatan. Ada sinar sedikit apabila Carl Jenkinson diberitakan bakal menjalani test kecergasan lewat sebelum game.Tapi sama ada Wenger bersedia menurunkannya aku tak berapa konfiden. Nampaknya Mael masih terpaksa di sebelah kiri dengan Kos dan PM menjadi nadi CB. Johan sekali lagi diberi peluang di RB. Ini mungkin lubuk dan boleh menjadi tumpuan Mancini yang pasti meletakkan pace Johnson, Nasri atau Silva untuk memberi tekanan pada bek kanan bidang terjun kita. Di bahagian serangan seluruh mata tertumpu pada RVP yang ingin mengejar rekod kelab dan kalau sempat rekod BPL sekali. dia berada 1 gol di belakang Henry dan 3 di belakang Shearer dalam menjadi penjaring  jumlah gol terbanyak dalam satu tahun.

---------Szczesny----------
Johan---PM---Kos----Mael
-----------Song-------------
----Rambo-----Arteta------
--Theo----RVP----Gervinho-

Skuad yang hadir  ke Manchester bukan skuad yang sama 3 bulan lalu. Kini defensive dan maturity kita tampak lebih solid dengan adanya pemain2 berpengalaman jadi aku konfiden tragedi massacre itu takkan berulang lagi malam ini. Nak ditambah keyakinan, daripada rekod, Mancini belum mampu menjaringkan gol liga ke atas Arsenal. sama ada 0-0 dan kali terakhir kita bertemu mereka di Etihad, sebagai underdog kita pulang dengan kemenangan bergaya 3-0. Ulangi pencapaian itu dan tambah derita mereka yang terlalu overkonfiden.

Astro 817/831 12:00am. Ref : Phil Dowd. Manchester City 2 - Arsenal 3

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: