Untuk pusingan seterusnya dalam UCL, siapa yang boleh bakal kita ketemu? Napoli, CSKA, Basel, Lyon, Leverkusen, Zenit atau Milan. Sebagai wakil England, semua team lawan ,runner-up setiap group ini available kerana tiada lagi rakan senegara. Aku rasa kita akan dapat Lyon. Napoli dan Milan,2 pasukan Italy yang tengah bersaing kat atas serie A, lebih kurang kita unpredictable kadang2 on form, kadang2 off. At least kita dah ada rekod baik di San Siro. Zenit dan CSKA Moscow, tempoh perjalanan dan jarak yang terlalu jauh boleh bagi effect dan fatigue. Basel, kelab Swiss yang penuh dengan kejutan, giant killer.Tapi sekurang2nya mereka bukan Baselona. Leverkusen? team German semangat lain macam siket bila bertemu kelab England terutama bila kalah mati macam gini. Jawapannya baka diketahui lewat petang ini ketika undian pusingan kedua bakal dilangsungkan.
Kah3.. Berita kemenangan dalam duka Spuds menceriakan hari ini buat para gooners. Menang 4-0 ke atas Shamrock tapi tak mampu untuk layak ke peringkat seterusnya Europa League. Itu pun ada hati nak menang BPL pulak tu dengan alasan nak tumpu pada liga. Small club mentality. Dah tau jarang2 dapat peluang, jadilah profesional, pergi all out. Inikah objek yang dicanang2 bakal pengganti Capello sebagai pengurus England lepas Euro? tak ada semangat sebelum berjuang, tak ada winning mentality.Hancor! Konon nak tiru style Arsenal, copycat jiran tapi tak kenal beza medan piala liga, Europa dan UCL.Aku nak tengok tiba bulan May nanti ketika mereka sekali lagi tersungkur dari mimpi, apa pulak kata2 nista yang dilemparkan. Mungkin seawal bulan April lagi kut kita dah sambut Totteringham Day, siapa tahu!
Jumaat, 16 Disember 2011
Undian pusingan kedua UCL hari ini
9:29 PG
Gunners & Roses
"gua nak merayu musim depan UCL bagi 5 slot, baru gua boleh mencelah"
0 ulasan:
Catat Ulasan