Selasa, 20 Disember 2011

Post Match : Tewas tipis yang merugikan

Kesugulan wajah Arsene Wenger menceritakan segalanya. Frustrated memang frustrated lebih2 lagi kita tahu jurang pemisah antara kita dengan city tak jauh mana. Mereka hanya bernasib baik mampu menyudahkan satu peluang manakala kita gagal melaksanakannya. sayangnya ketika kita lebih memerlukan mata, kita hanya mampu pulang dengan kebanggaan melihat para pemain memberikan segalanya hingga wisel penamat. Jikasemua pemain 100% dan tak ada penumpang dalam pasukan, City yang mungkin teruk dibedil media sekarang. Mungkin ada ruang yang dipisahkan dengan nilai wang berjuta, dari segi finishing..tapi pemain2 telah tunjuk bahawa kita mampu bersaing walau tak dieri peluang bernafas.


Keterpaksaan untuk reshuffle bahagian defend jelas memberi kesan direct ketapa stability defends yang membawak kepada gol Manchester City. Johan starting sebagai RB, dia tak beraksi cemerlang tapi sekadar ok untuk standardnya di mana umum sedia maklum memang pertahanan sukar untuk mengawal pemain selincah Nasri dan Silva.1st half lebih kepada kegagalan City menyempurnakan peluang2 dan ketangkasan SzcSAVEny menyelamatkan kita untuk terus kekal dalam perlawanan. Arsenal jugak ada peluang untuk lead, sepakan Gervinho dari sebelah kanan ditampan Joe hart yang merupakan tembok pemisah Arsenal dengan mata tempoh hari.Daripada sepakan sudut, Ramsey melakukan rembatan lencong sekali lagi diselamatkan oleh Hart. City kembali dan mendapat peluang terbaik sepanjang perlawanan tapi libasan Mario dengan slumber diterpa oleh Szczesny. Peluang terbaik Arsenal sepanjang perlawanan muncul lepas setengah jam, RVP ada option dengan Gervinho di sebelah kiri namun disepaknya terus ke tengah kedalam kotak penalti tapi sayang Rambo yang tengah on the run tak dapat nak cuit siket jek bola tu alih2 datang bulldozer Kolo Toure. Sentap hati Wenger.Tengok akhir2 2nd half itu, Johan dah mula struggle, kecederaan groin membuatkan dia kelihatan terhincut2.

Masuk 2nd half, aksinya tidak lama. Johan terpaksa dikeluarkan sesudah hanya 2 minit di atas padang.Dan diberitakan dia bakal terlepas aksi selama 3 minggu. Ini memaksa pertukaran posisi dan strategi.Pemain muda Miquel dimasukkan mengambil posisi bek kiri menolak Mael kembali bergandingan dengan Mertesacker manakala Kos ke bahagian bek kanan. Walaupun pertukaran dilakukan, ia masih lagi 4 CB! Ini disebabkan kecederaan kepada semua natural fullback kita.Suatu yang harus Wenger beri perhatian serius.Ketika kita baru nak regroup, 5 minit selepas itu City dah datang bawak malapetaka. Hantaran through ball ke sebelah kanan memerangkap posisi Kos. Bola yang tiba ke wide area dikerjar Balotelli dan Song jugak hadir cuba menutup ruang.Masalahnya di sini, Song dah kena kad kuning, jadi takut untuk challenge, dia hanya berdiri tegak memberi masa untuk Mario berfikir tindakan seterusnya.tiadanya 2nd defender jugak tak membantu.Mana perginya positioning Mertesacker pada ketika itu yang hanya melambakkan entiti dalam kotak penati tapi tidak berfungsi. Ruang yang diberikan kepada Mario adalah satu jenayah! Mario merembat/menghantar dari sebelah sisi berjaya ditepis Szczesny dan bola muntah sempat ditanduk Mael sebelum sempat si Kun bertindak tapi malang singgah di kaki Silva di far post dan pemain paling konsisten bagi City sepanjang musim ini mudah menolak masuk.Itu jek, simple tapi sebenarnya mampu dielakkan. Dan malam tu Joe Hart memang bikin panas,umpama magnet, segala rembatan dan asakan kita mesti straight ke arahnya. Itu yang bikin lagi frust. Mael last2 minit menunjukkan nafsu kerbaunya.. menyondol ke atas dengan rembatan tandukan freekick segala bagai tapi Hart tetap setia dengan sakanya.

Ada beberapa pemain yang diharapkan untuk produce malam tu mengecewakan termasuk Theo. Walcott sangat senyap kurang cross, tak shoot, tak create. Dia dalah link utama dengan RVP kerana kebanyakan gol RVP diassist olehnya. Namun kepantasannya di sebelah kanan tak mampu melepasi Zabaleta yang hanya duduk diam kerana dia tahu dia tak sepantas Walcott. Kalau letak Clichy aku rasa ceritanya pasti berbeza kerana lubuk itu sudah tentu syok sendiri overlapping ke atas meninggalkan posisinya.Penggantinya Arshavin. Hurmm.. pasti ramai yang kritikal terhadap pemain Russia ni yang dah mula nampak hilang sengat. Bagi aku, Arshavin hilang konfiden. Dah lah jarang dapat game, setiap kali diberi peluang, dia seakan try so hard to impress sampai kadang2 nampak struggle dan merapu  umpama main dalam tekanan. Aku rasa kalau dia lebih relax dan tenang dan percaya gamenya akan datang sendiri ikut flow, dia boleh buat lebih baik dari itu. Seorang lagi Chamakh. Ada beberapa game lagi sebelum dia berangkat ke benua Afrika. Masuk ketika saat2 genting tapi tak mendapat support. Aku tak nampak pertukaran strategi ketika dia dicampakkan untuk memberi lebih fizikal di bahagian atas.Kita jugak jarang main long ball dan cross ke dalam kotak penalti, tak ada apa yang mampu dibuat oleh pemain Maghribi yang semakin low confidentnya sama kes seperti Arshavin. Sayang kita tak bijak mengoptimakan peluang dan resource yang ada.

 Antara persembahan terpuji malam itu selain solid work dan effort ingin aku berikan kredit kepada Arteta dan Mael. bukan senang dalam trio midfield seorang pemain mampu generatekan bahagian tengah menyaingi nama2 seperti yaya Toure,Barry, Silva dan Nasri tapi Arteta membuktikan sebaliknya. Link up antara midfield dan wide serta midfield dan defend tampak stabil malam itu. Dan Mael, sebut game mana yang hancur, all out habis dia bagi. Nafsunya last2 minit tu betul2 membuatkan peminat tak berasa hanya kita keseorangan yang ambil berat dan sayang terhadap Arsenal.

Encik Daud? handball depan mata dalam kotak penalti pun boleh buat dek anda nilaikanlah sendiri. Keputusan tu dah boleh ubah result game. Tapi itu semua 'kalau' tak ada guna dah.Beza 12 point atas kertas tapi atas padang tak jauh mana. Diharap kekalahan ini tak ganggu momentum.Kita hanya perlu teruskan game macam biasa,layan semua team sama rata dan kutip mata sebanyak mungkin.Gua percaya kalau effort lebih ditunjukkan dan kita lebih clinical depan pintu gol tak ada sebab untuk kita tak mampu kembali bersaing. Gooners, tak perlu malu dengan kekalahan ini, we'll keep fighting till the end!!


0 ulasan: