Selasa, 29 November 2011

Pre Match : Arsenal buru impian ke Separuh akhir


Suku akhir Piala Liga 2012. Lawannya; Manchester City. Kalau di peringkat ini musim lepas, aku sedang teruja meneruskan pengembaraan dari Bayswater menaiki underground Tube ke Arsenal Station.Kota London sangat asing bagiku, namun kugagahkan jua demi Arsenal. Setibanya di malam matchday aura bedilan meriam kian terasa dengan setiap perhentian yang disinggahi, berpusu2 mereka yang naik dengan scarf merah putih dan jersey2 tertera lambang Arsenal dari pelbagai musim mensenariokan segala evolusi. Turun sahaja di destinasi, kakiku tak jejak tanah bagai di awang2nyangan semacam tak percaya benarkah aku kini berada di perkarangan Emirates yang dari jauh nampak tersergam indah ditambah pula waktu sepak mula piala liga pada masa itu lewat petang.745pm, suasana gelap mengkontrakan lagi pantulan cahaya dari Rumah Arsenal itu membuatkan adrenalin membuak2. Marching on bersama para gooners lain dari pelbagai bangsa kelihatan ternyata membuatkan ketulan2 ais yang mula turun, cair dengan kehangatan sokongon2 tuan rumah. Sejuk beku kuredah jua. Sampai pada satu tahap ketika sedang asyik merakam video perjalanan dan persekitaran, alih2 rakanku terlanggar skittle yang diletakkan sebagai penghadang lalu lintas kenderaan, nyaris tergolek dibuatnya, mereka yang ada di sekeliling hanya ketawa riang bukan dalam bentuk mengejek, melemparkan senyuman , semuanya dalam suasana harmoni penuh bersemangat bagi menyaksikan kejayaan pasukan kesayangan untuk melangkah ke separuh akhir. Aku bertuah kerana pada malam itu jugak Wenger menurunkan barisan yang hampir 1st team kerana kedudukan kita pada ketika itu. Malam itu Wigan menjadi mangsa 2-0. Satu ekspidisi yang berbaloi.Itulah sebabnya aku agak terkilan kerana kita gagal mengucup piala tersebut di Wembley, kerana kalau tidak bolehlah aku ceritakan pada cucucicit, bahawa atuk mereka sebahagian daripada sejarah perjalanan skuad piala Liga 2010/2011.



Genap setahun telah berlalu, namun memori indah itu akan terkenang sepanjang hayat. Ia akan menjadi satu malam yang diingati. Tambah pula bila raya setiap kali menonton cerita Drogba & Rooney lakonan Jozan memang teringat beb! Dan awal pagi besok, ceritanya pasti lagi berbeza dengan lawan yang datang kini bukan lagi calang2. Suasana build up match jugak pasti lebih menarik dan eksklusif.Membuktikannya adalah tiket tidak dijual dalam kategori 'open for sale' sepertimana aku berpeluang mendapatkannya musim lepas.Dan ia telah pun sold out! Bukan sebab Nasri, bukan sebab Clichy, bukan sebab ia Man City. Tapi sebab Arsenal, ini adalah Arsenal dan kita mahukan yang terbaik buat kelab kita. Beraksi di gelanggang sendiri harap dapat dijadikan satu advantage untuk kita meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir.

Memang benar tak boleh lari daripada cerita2 jajaan media tentang kepulangan Na$ri Nasri mahupun Clichy atau Toure sendiri yang hanya baru buat 3 kemunculan musim ini setelah tamat penggantungan kes dadahnya. Tapi bagi Wenger apa yang penting adalah respect. Hargai apa yang ex-player buat pada kita. Itu aku tiada masalah, respect. Ya. Tapi sama ada benarkah seseorang pemain itu bermain untuk kita, Arsenal atau bermain semata2 untuk wang dan kepentingan individu. Ada perbezaan dari situ. Kita boleh menghormati pemain dan menghargai mereka, itupun sekiranya mereka juga melakukan yang sebaliknya. Jadi aku tak berapa nak kisah sangat tentang cara fan2 ini esok nak 'menyambut' kehadiran Nasri terutamanya, kerana apa yang lebih penting adalah result di akhir perlawanan. Sama ada Arsenal mampu meneruskan journey yang ketaksampain musim lepas atau sebaliknya. Bagi pemain2 seperti Koscielny dan Szczesny , mereka mungkin rasa ada hutang yang perlu dibayar tapi Szczesny seakan tidak akan diturunkan kerana statusnya sebagai penjaga gol utama dan Wenger pasti mencampakkan Fabianski untuk diberi peluang.Berbeza dengan Koscielny, ketika bertemu Fulham telahpun direhatkan, dengan fullback kita yang agak limited, jadi besar kemungkinan Koscielny akan menjadi tembok tebal kita. Sama ada partnernya Squaillaci itu tak boleh  nak predict.

Nama2 yang telah dipetik oleh Wenger dalam PC adalah seperti Oxlade Chamberlain yang dikatakan satu pembelian yang bijak dan pemain muda yang mula meningkat naik.Walaupun tak dapat banyak aksi tapi pendedahan ketika bekerja dalam training bersama rakan2 lain dikatakan sedikit sebanyak memberi pendedahan berguna. Begitu jugak Yossi kata Wenger tidak mendapat jumlah game yang sepatutnya.Start kesemua game Piala Liga sebelum ini, dia mungkin bakal mendapat satu lagi peluang esok pagi. Berdasarkan nama2 yang dipetik tadi , kita boleh agak pemain2 ini hampir pasti mendapat peluang dan menjadi pertaruhan Arsenal. Namun tak semena2 Wenger tiba2 menyentuh tentang Owen Hargreaves.Bekas pemain United 4 musim itu membuat kejutan dengan memilih berhijrah ke Manchester City musim panas yang lalu. Suatu yang tidak disenangi oleh para peminat merah khususnya.Tapi disebabkan faktor kecederaan , Hargreaves baru sahaja membuat berapa jek kemunculan bersama pasukan barunya. Ironinya di sini, pendedahan Wenger tentang dia hampir consider nak beli Hargreaves sewaktu dia menjadi prospek Eropah dan hangat di Piala Dunia 2006 bersama skuad England. Tapi price tag di musim kontrak terakhir membiarkan United sahaja membelinya dengan 17M.Musim ini ketika kehilangan duo, Wenger sekali lagi terpikir untuk menaruh harapan tapi pikir2balik dia lebih rela memperjuangkan nasib pemain2 muda dan yang sedia ada. Satu keputusan bijak. Bukan menidakkan keupayaan Hargreaves tapi senarai list kecederaan kita dan bil2 rawatan pun belum habis terbayar tak perlu susah2kan diri lagi. Walaubagaimanapun, besar kemungkinan City akan menurunkannya untuk aksi esok berserta pemain2 so called bintang mereka yang terperap di bangku simpanan.


Arsene Wenger menghantar mesej bahawa pemain2nya mungkin menghadapi burn out jika terus digunakan tanpa rehat atau dengan maksud tersiratnya, rotation terpaksa diperbanyakkan terutama bagi RVP Rambo dan Theo Walcott.
"It will be easier for you to pick the Man City team because you can look in the stand and on the bench (against Liverpool) and you will see who plays on Tuesday. We have red alerts on a few players but I will pick as strong a team as I can.'I believe that some players are on the fringe of being really limited. I will rest some players, but I still want to play a team that has a chance to win the game,''-Wenger
 Jadi kemungkinan ketiga2 watak penting ini bakal tidak beraksi awal pagi nanti , maka Wenger sudah bersiap sedia dengan pemain seperti Oxlade Chamberlain, Park Chu Young dan Frimpong.Sukar jugak nak mengagak siapa yang sebenar2nya mengisi slot malam ini. Terutama di bahagian defends. Dihafamkan Mael akan mengetuai pasukan malam ini tapi beraksi di ahagian LB, membiarkan Kos dan Squaillaci bergandingan di CB.Sama ada Johan,Coquelin atau Nicho pulak akan mengambil posisi RB. Diaby dan Yossi dijangka akan start malam ini. Bagi Manhester City , mereka mungkin berada dalam form yang sedang masyuk dengan 11 kemenagnan dari 13 match liga tanpa kalah.Tapi kalau rasa ada hati nak menyaingi rekod unbeaten Arsenal, sabar dulu... perjalanan masih panjang , saat sukar dan genting belum tiba lagi buat City.Tiada pasukan yang benar2 kebal sekarang. Perjalanan Eropah mereka jugak tidak memberangsangkan ,normal bagi newcomer. Mereka baru sahaja memenangi piala domestik pertama dalam tempoh berdekad lamanya musim lepas, FA cup. Maka dilihat chances mereka dalam satu lagi kejohanan domestik ,Piala Liga jugak adalah tinggi berdasarkan senarai pemain2 bangku simpanan mereka atas kertas. Ini bermakna siapa sahaja yang turun pun, Mancini boleh menurunkan pemain2 yang nampak mampu menang.Balotelli tidak akan beraksi setelah mendapat kad merah ketika perlawanan bertemu Liverpool tempoh hari. Kita menjangkakan pemain2 seperti Taylor,Savic, Zabaleta, Hargreaves, Kolo Toure, De Jong ,Adam Johnson,Nasri, Dzeko  menjadi taruhan mereka.Bring it on!

--------------------Fabianski----------------
Nicho/Coquelin-----Laci------Kos-----Mael
---------------Frimpong-----------
-------Yossi-----------Diaby-------
---Oxlade-----Chamakh-----Pakcu/Arshavin

Menang kita akan layak ke separuh akhir, tewas bukan bermakna kita dah kembali ke dalam era krisis.Just move on. Apapun kita mengharapkan siapa sahaja yang turun menyarung jersi merah putih pagi nanti memberikan seratus peratus kudrat dan menonjolkan satu persembahan yang mantap dan fighting spirit yang boleh dibanggakan demi maruah Arsenal di gelanggang sendiri.

3:55am Astro Super Sport2 816. Arsenal 2 Manchester City 1.

COYG!!!!


0 ulasan: