Seperti yang kita sedia maklum Arsenal telah keguguran 2 mata berharga di laman sendiri. Keesokan harinya pulak, berita kematian Gary Speed mengejutkan dunia bola sepak, dan beberapa minit selepas itu Malaysia pulak dikejutkan dengan 3 gol dalam masa 6 minit oleh Bahrain, meranapkan peluang kita di atas kertas untuk beraksi di London.3 gol dalam 6 minit..hurmm bunyi seakan2 pernah dengar di Istanbul suatu ketika dahulu.Gua ingat perasaan tentang tragedi2 macam ini hanya dapat rasa di Arsenal sahaja, leading 2-0 untuk last2 kalah 2-3 di gelanggang sendiri, rupanya di tanah air sendiri pun terjadi jugak malah perasaan yang sama turut menghantui. Devastated. Jadi apa yang tidak kena sebenarnya? Tidak mahu mengulas tentang kematian Speedo, seorang pemain yang menjadi role model bersikap profesional di atas padang dan melalui cerita2 rakan2 seperjuangannya beliau juga nice guy di luar padang, Sehinggakan Arsenal.com sendiri mengeluarkan berita tersebut sepagai tanda penghargaan terhadap Jurulatih skuad kebangsaan Wales. Paling terasa pastinya kapten dan pemain Arsenal, Rambo. Juga tidak berhasrat untuk memetik tentang nasib skuad kebangsaan kita sendiri tapi kata2 Ong Kim Swee dah merumuskan segalanya. 'Ini harga yang terpaksa kita bayar'. Ini itu boleh dirujuk pada kecederaan2 atau juga lebih kepada perjuangan demi mengekalkan sebutir emas di Sukan Sea. Itu bukanlah alasan sebenarnya tapi apapun itu yang sudah tertulis. Jadi mari kita menyentuh tentang apa yang kita lebih tahu iaitu mengenai mengenai result 1-1 di Emirates tempoh hari.
“I have no idea how that happenedI think it was [John Arne] Riise who wanted to shoot, but I wanted to tackle him. Unfortunately the ball went in. "-MaelApa yang tidak kena. Orang paling lega pastinya Mael. Daripada verminator dia menjadi Terminator apabila tersepak masuk bola ke gawang sendiri tapi pantas menyelematakan maruah Arsenal dengan redemption melalui gol tandukan hasil hantaran lintang Walcott. Namun Arsenal lambat untuk panas, jadi itulah harga yang terpaksa kita bayar. Lack of urgency dan kurang kreativiti di samping Fulham yang bermain dengan disiplin yang cukup ketat menyukarkan pergerakan biasa kita. Ramai yang menuding jari terus terhadap keputusan Wenger menyenaraikan Arshavin berbanding Gervinho didalam 1st eleven. Bagi aku itu bukan seratus peratus puncanya. Memang benar kita nampak Arshavin agak lack of confident dalam permainannya sekarang ini tapi itu semua disebabkan oleh kurangnya peluang game yang diberikan.Begitu jugak pemain2 seperti Chamakh. Berapa lama gervinho Arteta Rambo boleh blend in ke dalam pasukan jika tidak kerana peluang2 game yang diberikan.
Jadi untuk menyalahkan pemain secara individu seperti contoh Arshavin adalah rasa kurang adil. Jika gervinho disenaraikan pun, nanti orang akan bising pada Wenger jika result yang sama, tak ada hasil, "Kenapa ko tak rotate palyer walhal ko cakap skuad ko dah cukup besar dan bagus?" dan bila ditukarnya " Mengapa ko tukar player suka2 ati kacau flow team" Ini semua adalah soalan2 lazim lepas geram. Jadi salah siapa? salahkan Fulham yang bermain untuk 1 mata? Tidak sama sekali menyalahkan pasukan2 yang datang ke Grove untuk bermain sedemikian rupa. Arsenal sepatutnya telah lama adapt. Kita thau lawan yang datang kebanyakan dengan satu misi -jangan kasi Arsenal main, frust kan mereka- kemudian untung sabut timbul, mereka boleh dapat gol. Jadi semua pemain harus dipersalahkan kerana tidak betul2 fokus terhadap perlawanan. Kita tak nampak nawaitu dan kesungguhan, mungkin terlalu asyik dibuai konfiden dengan 5 kemenangan hingga kita terlalu yakin gol2 tersebut akan datang. Arsenal tak booleh nak mengharapkan RVP seorang. Lihatlah jika tidak kena pada harinya, RVP jugak boleh fade out macam game tempoh hari. Jadi pemain2 sekelilignya perlu step up untuk membantu offensive play. Arshavin mungkin berada dalam minda dilema ketika ini dan dia sendiri tau formnya tak berapa bagus semenjak dua menjak ini tapi hanya jumlah game yang berterusan dapat menaikkan kembali keyakinan seseorang pemain. Itu yang selalu Wenger pikirkan, dia tak boleh nak mengembirakan semua pihak, semua pemain dalam satu masa jadi sepatutnya Pemain yang patut bertindak profesional sentiasa bersedia apabila diperlukan.Di sebalik tembakan bertalu2 terhadap Arshavin, walaubagaimanapun Wenger memuji kehadirang dua sub lain iaitu Diaby dan Chamakh yang seakan memberi kelebihan fizikal dan mengubah corak permainan apapun dah terlambat. Itu sebab gua cakap, kalau 1st half kita dah ada lebih urgency dan tunjuk kat Fulham betapa seksanya beraksi di Emirates dengan jaringkan 2 3 bijik gol awal, aku rasa tak ada masalah.Masalahnya pemain kita terlalu berasa selesa awalnya.
Fulham hadir ke Emirates dengan strategy yang spot on. Mereka tahu Arsenal selalu bermain ikut wide area dan menggunakan kedua2 belah fullback. Misi pertama mereka stop Theo Walcott. Kalau kita lihat kembali game tersebut jumlah Kekerapan Theo mendapat bola dan peluang dari arah wide berjaya diminimakan berbanding game2 lain. Ini jugak ditambah dengan faktor RB Johan yang kurang kreatif dalam overlapping maka tidak memberi tugas sukar buat Dempsey malah Riise sendiri untuk pressing. Ya , Arsenal kurang pressing malam itu.Mereka jugak kurang mengejar ketika movement off the ball.Belah kiri pulak Santos kelihatan termengah2 kerana workload yang tinggi sepanjang ketiadaan Gibbs, dan kita sedia maklum Arshavin baru nak kembali mencari rentak. Dan walaupun bermula baik dengan gandingan RVP, golnya dikira offside. Tapi yang lain2 gerakannya sudah predictable. Setiap kali dia cuba beat defender, kita sendiri dah boleh agak ke arah mana pergerakannya terutama ketika cuba melalui celah2 antara 2 defender, itu memang pergerakan Arshavin, kalau dulu masa gol pertamanya bertemu Blackburn dulu bolehlah dikagumi tapi kini ia predictable, pemain lawan jugak dah buat homework.Wenger selalu cakap Arshavin player yang suka bergamble, masalahnya kalau lepas mmg lepas lah, tapi kalau sangkut tak ke moral lagi down, bukan sahaja bagi dirnya, malah team mate. Ciri2 dan tugas penting bagi pemain wide adalah beat defender tapi jika 1st defender pun tak mampu dilepasi, punah. Itulah sebab bila start Gervinho masuk, kita nampak game Asenal mula macam hidup kembali, bezanya adalah mobility mungkin mingak gris Gervinho sapu lebeh siket.
Barisan tengah Arsenal kurang menyengat. Kita boleh lihat betapa fatigue nya Rambo. Arteta jugak tak banyak yang boleh dibuat ketika tugasnya hanya kelihatan passing sideways sahaja. Satu bola dilorongkan cantik olehnya yang diingati adalah untuk RVP itupun bola diselamatkan oleh Baird, satu2nya peluang Arsenal paling mengancam malam itu.Song jugak beberapa kali mencuba tapi tak mampu, membawak bola 2 3 meter ke hadapan bukan tugas semulajadinya jadi untuk mengharapkan dia mengulang tayang aksi Rabu lalu agak sukar. Banyak passing yang sangkut menyebabkan RVP tak dapat support dan terpaksa play deep kutip bola dari bawah sendirian. Dengan kemasukan Chamakh Gervinho dan Diaby sehinggalah Wenger terpaksa keluarkan Mertesacker -taktikal yang jarang2 dibuatnya- melonggokkan barisan tengah dan atas Arsenal mula nampak ada sedikit tenaga baru tapi Fulham terus kental bertahan. Kepenatan jugak menyebabkan kita tak segera close down ketika Fulham dapat bola terutama di kawasan mereka sendiri.
Jadi memang nampak sangat, Arsenal drop dua mata disebabkan faktor kurang bernafsu, kurang penetrasi dan kurang kecergasan.Maka dengan itu sudah tiba masanya Arsene Wenger cari jalan lain macam mana nak blend pemain2 lain agar semua mereka sebati , serasi dan dapat aksi sama rata.Dengan skuad kita yang besar bukan lagi alasan walaupun quality wise, ia masih menjadi persoalan. tapi adalah penting Arsenal mencuba pelbagai strategi dan campuran pemain keran perjalanan musim kita masih panjang jadi nak mengharapkan satu2nya 1st eleven yang itu sahaja memang agak sukar. Kita masih ada lagi Oxlade,Ryo yang masih belum buat cameo,Rosicky, Arshavin, Diaby, Chamakh Pakcu,Squailaci,Yossi,Frimpong,Coquelin, Yennaris, Miquel dan Captain Jack berserta rakan2lain Carl, Sagna, Gibbs yang masih dilanda kecederaan. Sekiranya skuad ini kekal fit hingga ke hujung musim kita mungkin akan ok.Rotation adalah perlu dan aku jangkakan skuad Piala Liga nanti adalah satu skuad yang berbeza maka pemain2 yang dipilih untuk diturunkan menentang Man City esok perlulah mengambil kesempatan seaiknya membuktikan kemampuan mereka.
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan