Jumaat, 23 September 2011

Kemaskini pertahanan + Oxlade + Gosip

Esok kita akan melayan kunjungan Bolton tapi masalah pertahanan Arsenal masih tidak selesai2. 2nd string dalam carling cup menunjukkan defend backup kita jugak rapuh menjadi salah satu punca first team kita jugak tak tercabar dan merasakan tempat mereka selamat.Sambil lewa sungguh. Walaupun diasak bertalu2 diberi tekanan sehingga bekas2 player,media, pundit2 merasakan Arsenal perlu jurulatih baru di department pertahanan, bagi Wenger lencana kejurulatihan 30 tahunnya sudah cukupdan tak perlu itu semua.Wenger nampak konsistensi adalah kunci kepada pertahanan. Sekali unit ni terpadam, satu team tak boleh buat kerja. Masalahnya pertahanan kita dalam 5 minggu selain tak serasi dan sering bertukar2 organisasi, sering kali ditangkap tidur. Tanpa Mael, bacary Sagna merupakan link paling penting kini di bahagian defend. Kita tau kita tak mampu kekalkan pemain2 utama fit, maka dengan itu winning mentality harus dikekalkan dalam 90++minit.Pemain2 under pressure seperti Kos Johan dan Santos harus turun tanpa sebarang kegusaran dan riak kebimbangan pd wajah walau seteruk manapun rekod2 sebelum ini. Muka biar konfiden. Kasi lawan gentar.



Salah seorang pemain muda yang tak gentar dengan cabaran adalah pemain baru dari Southampton, Alex Oxlade Camberlain. Oxlade beraksi dengan penuh konfiden selari dengan post match interviewnya. Berbanding 'so called yourself' penyerang terbaik eropah-Bendi, Still down to earth dengan memberi kredit kepada majikan asalnya the Saints, Oxlade memasang impian untuk membina kerjaya di Emirates, rumah barunya.

I haven’t read anything about it to be fair. People have been saying ‘you’re on Sky Sports News’ but I haven’t seen anything and I haven’t read anything. One thing I don’t let myself do is get carried away. I know I have got a long journey and a lot of things I want to achieve here at Arsenal Football Club. I was happy with the way it went on Tuesday night but I know there is a long way and a lot of hard work left to go.

Dengar pulak gosip2, Barton claim die siket lagi nak masuk Arsenal kalau tak sebab insiden dengan Gervinho. Ada asas?, mungkin sebab Wenger pun pernah berseloroh lepas insiden tu 'mungkin cara terbaik nak handle pemain macam tu sign saja dia'. Wenger pun tak kritik kaw2 seperti kebiasaannya, cuba play safe mana tau satu hari last minit desperate move, Barton singgah ke Emirates. Hill-Wood tak mengaku, nasib baik perkara ini tak berlaku. Nasib baik Tony Fernandez tengah gila saham MAS nak tunjuk taring, jadi dia perlukan signing pembuka mata-dapatlah dia si murai barton dan badut Traore. Kehadiran Frimpong Coquelin membuatkan wenger terpikir, kalau Barton masuk, habis boleh bunuh pemain2 muda dia. Tapi gua rasa fair fight pun, Frimpong bila2 masa sahaja boleh kasi KO itu Barton melihat pada muka ala tyson nya. Namun pemain2 muda ini perlu banyak lagi belajar, oleh sebab itu Arteta adalah guru yang lebih bermodal insan daripada Che'Gu Barton.

I think that [Mikel] Arteta coming in a good thing. He is a great player. Since he has been here (at the Emirates), he has been giving me some advice on how to defend and play better.

Cerita2 lain pulak transfer bulan Januari. Walaupun lambat lagi tapi dah ada macam2 cerita.Ditambah lagi dengan kecederaan Jack Wilshere.Sebentar, Jack Wilshere memberi khabar gembira tentang rawatannya yang mujarab bakal menyaksikan dia kembali ke padang awal daripada jadual.Paling awal pertengahan Oktober walaupun terlepas NLD, tapi sekurang2nya berita ini memberi harapan.Get Well soon. Berbalik pada rumors, Eden Hazard, Ricky Alvarez, dan Juan Manuel Vargas menjadi tajuk2 akhbar. Tapi yang paling kelakar adalah anak musuh utama Arsenal, bekas Presiden Barcelona ,Guillem (Guim) Laporta, 14. Kalau benar sudah ada persetujuan mendapatkan pemain bek kanan ini, here we go again..10 tahun akan datang Saga Arselona akan muncul kembali dengan versi baru Saga BLM- Barcelona Laporta Meroyan.

Esok Bolton di Emirates, Kalau Arsenal gagal score mulalah gerombolan media itu akan cerita tentang betapa bengap dan ruginya Arsenal tak beli Cahill.Nantikan esok malam..