Sabtu, 13 Ogos 2011

Pre Match : Nyalakan Sumbu Meriam!!


Mari kita mengharapkan suatu permulaan yang baik bagi kick off musim baru 2011/2012. Sudah berbulan2 kita terseksa dek kerana berita2 negatif terutama tentang transfer, ini masanya untuk kita semua melupakan segala apa yang membendung kita dari memberi fokus terhadap perlawanan malam ini di St James Park.Sudah2lah berbicara tentang mereka yang belum pasti atau sudah tiada hati di atas padang bersama kita, lebih baik kita membincangkan bagaimana pemain2 kita yang sedia ada ini mampu mengalihkan pemerhatian terutama dari pihak massa.Kita kini adalah musuh no. 1. Media dan pihak2 di luar sana kebanyakan ingin melihat Arsenal jatuh terduduk dengan begitu dasyat sekali. Kini misi dan tugas digalas pada RVP Mael Arshavin dan rakan2 lain untuk kembali menaikkan semangat dan menutup mulut2 kuali itu.Jika Arsenal kini underdog, aku lebih suka dengan cara begitu, biarkan saja...Kemenangan malam ini, bukan sahaja 3 mata berharga, malah satu kemenangan moral sedikit sebanyak menggegarkan dentuman meriam.

Siapa boleh melupakan tragedi 4-4 musim lepas. Masih segar dalam ingatan bagaimana Arsenal boleh membazirkan pendahuluan 4 bijik gol yang bertitik tolak pada insiden kad merah Diaby. Malangnya Diaby tiada malam ini untuk membuat redemption , kecederaan pemain yang masih mendapat kepercayaan Wenger berbanding rakan2 lain sebatchnya ini akan berpanjangan hngga bulan September nanti. Theo Walcott telah kembali menjalani latihan. Begitu jugak dengan Mael RVP dan Gibbs yang masing2 mengalami kecederaan minor, dijangka tiada masalah untuk diturunkan. Arshavin dan Ramsey yang dikeluarkan sebagai langkah berwaspada pada perlawanan internationaleleh peretangahan minggu akan mengemudi Arsenal sebagai enjin yang turun tanpa kelibat duo dan jack Wilshere. Major signing baru, Gervinho akan membuat debut EPL nya manakala lagi 2 orang pemain muda sekadar di bangku simpanan mungkin.

Alan Pardew cakap, nasib Wenger mungkin lebih kurang sama dengan dirinya. Kusut, kalut dan serabut. Tapi seharusnya Pardew lebih membimbangkan barisannya sendiri.Transfer mereka juga tidak selancar mana. Penjualan kapten Kevin Nolan kepada pasukan yang sudah relegated seperti West ham menimbulkan banyak tanda tanya.Sudahlah kehilangan Caroll beberapa bulan lalu, penyokong2 mereka pasti berang dan tidak berpuas hati bagaimana Mike Ashley masih lagi diberi kerusi empuk di atas sana.Mereka membawa masuk Yohan cabaye, Obertan dari United dan demba Ba tapi berita melegakan itu dihantui dengan kecederaan kembali Hatem Ben Arfa dan jugak penjualan Jose Enrique ke Liverpool. Aku jugak tak tahu sama ada jika Arsenal pernah benar2 ingin cuba membawa masuk Spaniard itu bagi menggantikan Clichy.Newcastle tak juga kurang dengan masalah, Joey barton yang dihukum gara2 tweeter pedasnya belum tentu diturunkan Pardew.Seperti Wenger, dia mahukan hanya pemain yang benar2 fokus sahaja beraksi di atas padang.

Jadi macam mana strategi Arsenal malam ini. Jikalau kita bermula dari titik mana yang kita tamatkan musim lepas, kita mungkin mampu mencuri sesuatu yang berharga kerana rekod away kita di akhir musim agak cemerlang.Flair dan pace mungkin menjadi senjata Arsenal dari wide area dengan penampilan Walcott dan kemunculan baru Gervinho. Lebih2 lagi Newcastle baru sahaja kehilangan bek kiri terbaik mereka Enrique jadi sama ada Walcott Gervinho atau Arshavin pasti mendapat arahan melancarkan serangan bertali arus ke sebelah kanan. Tapi bagaimana Arsenal hendak membendung dari sejarah berulang, adakah kita benar2 telah matang dari segi pertahanan. Secara kasar jika dilihat tiada perubahan besar entiti dalam senarai pemain terutama di barisan bawah degan Gibbs mengambil alih dari Clichy.

Dan Rambo dalam satu temuramah yang meyakinkan berkata Arsenal sedang berusaha bersungguh2 mengatasi masalah defending set pieces yang sering menjadi duri dalam daging. Aku agak yakin malam ini dengan Mael Lambung mengepalai defence bergandingan dengan Koscielny, kita mungkin lebih tersusun. Ketiadaan 2 dua minda kreatif yang sering menjadi harapan dan focus point, bakal menguji dinamika Arsenal. Responsibility bakal dikongsi sesama insan antara paksi2 Arsahvin rambo atau Song.memandangkan ketiadaan Wilshere, gua teringin melihat persefahaman yang menarik serta off the ball movement dan mahu lihat mampukah mereka2 ini merneruskan track back secara konsisten jika diturunkan. Arsenal perlu kembali berdikari, makanya kita perlu kembali sebagai sebuah pasukan yang bermain secara 1 unit, defending dan attacking. Hanya begitu kita mampu survive dari kecelakaan musim2 lalu.


-----------Szczesny---------------
Sagna-----Kos-------Mael----Gibbs
-------------Song----------------
--Arshavin/Rosicky----Rambo-------
Walcott-----RVP-------Gervinho---


Arsenal tetap Arsenal.Siapa pun pemain yang diberi penghormatan menyarung jersi berlambangkan meriam di dada wajar patuh pada falsafah prinsip dan perjuangan. 1230 am 817, Newcastle United 0- Arsenal 2.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: