Ahad, 14 Ogos 2011

Post Match : 1 mata dalam banyak cerita





Permulaan yang tidak seperti diharapakan tetapi tidak begitu mencemaskan. Keputusan seri tanpa jaringan dalam satu perlawanan yang dicemari insiden kad merah Gervinho akibat provokasi daripada siapa lagi kalau tidak Joey Barton. Tindak balas Gervinho yang menampar muka Barton kerana pemain tengah itu meragut leher baju dan menarik Gervinho supaya bangun secara kasar kononnya bajet semua pemain kaki dive. Agak pelik dan musykil kerana Barton hanya menereima kad kuning dengan tindakan jelas yang melampau dan apa yang akan anda expect pada seorang pemain debutan BPL yang pastinya terkejut lalu bertindak balas sebegitu rupa, sayang, sepatutnya alang2 nak puas hati kad merah biarlah bagi penumbuk kuat siket dari penampar. Haha namun sebenarnya tindakan2 sebegitu tidak patut dilakukan baik dari Barton mahupum reaksi balas Gervinho. Tak pasal2 jadi debutan kedua selepas Kosicelny musim lalu dilayangkan kad merah pada perlawanan pembukaan bertemu Liverpool. Sepatutnya kalau dikira 3 kad merah harus dilayangkan seain Barton dan gervinho, Song jugak sepatutnya tidak terlepas kerana rakaman video menunjukkan dia dengan sengaja memijak kaki Barton Apa yang difikirakan Song pada ketika itu pun aku tak tau. Satu tindakan yang agak bodoh.Tidakkah dia pernah memikirkan apa yang akan terjadi jika terkantoi. Tak pernah belajarkah apa yang berlaku pada Diaby dan apa kesan pada pasukan musim lepas di tempat yang sama? Barton, Song terselamat, tapi tak tahulah kalau newcastle mahupun Arsenal ingin memanjangkan kes ini pada FA.



Jangan kita biarkan insiden itu menuup segala apa yang berlaku di atas padang semalam. separuh masa pertama Arsenal mendominasi dengan cukup berkesan. Tapi jalan ceritanya hampir sama berulang2, ball possession tanpa sebarang end product. Wenger dalam Post match conference mengakui mungkin Arsenal terlalu overplayed, sesuatu seperti kehilangan terutama dalam kawasan final third, last ball yang gagal disampaikan begitu jugak RVP yang agak di bawah standard.Walaupun tanpa kelibat duo, Arsahvin dan Rosicky memainkan peranan dengan cukup bagus dan kemas terutama di babak pertamaRambo jugak sentiasa bekerja keras untuk memangani bola. Song seperti biasa adalah Alex Song. Gervinho dilihat sebagai aset dan pemain paling bahaya di atas padang semalam. Kelajuan dan skill geleceknya beberapa kali memerangkap kedua2 belah fullback Newcastle tapi seperti yang dicakap tadi , final ball seakan2 tak muncul hari ini. Tim Krull dan Szczesny masing2 seperti berehat malam tadi tanpa sebarang serangan yang benar2 menguji ketangkasan kedua2nya dengan Newcstle langsung dilihat tidak mahu menyerang. Malam tadi akalu Arsenal mungkin ada seorang lagi penyerang yang bertindak sebagai poacher di hadapan gol, pastinya Arsenal boleh setle awal dalam game tersebut. Kita kekurangan Fox in the box, walaupun ada Ox-indebox Chamberlain di atas bangku simpanan.

Separuh masa kedua Arsenal terus berusaha dan Wenger merasakan perlu untuk melajukan tempo, Walcott dibawa masuk menggantikan Arshavin. Pertukaran yang meninggalkan hanya gervinho dan Rosicky yang nampak seperti pemain kreatif bagi mencipta ruang buat serangan Arsenal. Namun pada minit ke 76 ssegalanya berubah dan perasaan panik mula timbul di kalangan penyokong away.Insiden Barton - Gervinho menyebabkan Arsenal kurang lagi directness di hadapan pintu gol dan pada ketika itu, Newcastle mula bermain high line dengan harapan mereka mungkin dapat mencuri sesuatu.RVP isolated, hanya dengan bantuan larian Walcott yang kadang2 mampu mencemaskan Newcastle tapi kurangnya support memaksa Wenger terpaksa menukar taktik , dan game plan, targetnya kini menguatkan barisan pertahanan. Frimpong dibawa masuk menggantikan Rosicky. Arsenal mengharapkan corak defensive dan counter attack melalui kelajuan Walcott. Jika tidak kerana bermain 10 orang mungkin kita dapat melihat kelajuan kedua2 belah denngan kemasukan Oxlade. Arsenal terus diasak dan Wenger melakukan pertukaran terakhir di minit ke 90 dengan Johan dibawa masuk menggantikan Ramsey ketika sepakan sudut newcastle, Bola berjaya dikeluarkan dan Johan sendiri yang berjaya melarikannya hingga ke tengah padang dengan option Walcott di sebelah kanan serta RVP namun sayang, sekali lagi final ball yang menghampakan menyebabkan Walcott tidak dapat membuat sesuatu seperti yang diharapkan.

Seri.Kalau gua nak meroyan nak mengutuk sebenarnya banyak perkara yang boleh dibangkangkan. Tapi kita boleh ambil perkara yang positif untuk dibincangkan.Paling gua tertarik dengan corak persembahan Defending kita, Sagna Mael Kos Gibbs dan rakan2 lain yang seratus peratus fokus. Set pieces defending kita jugak nampak ada perubahan di mana lebih ramai makhluk kita dirapat umumkan membantu barisan pertahanan, RVP Rambo beberapa kali berjaya mengeluarkan 2nd ball. Gervinho, selain kad merahnya adalah seorang pemain yang mampu memberikan suatu kepada Arsenal musim ini. Keupayannnya untuk beat 1st opponent selain umpanan2 yang cantik memang suatu yang ditagih. Walaupun kita mungkin tak dapat melihat aksinya ketika bertemu United dan Liverpool, waktu rehat ini seharusnya digunakan untuk recharge bagi menghadapi saingan penting Udinese. Ryo dan Ox akan step up mengisi kekosongan. Dan seboleh2nya dalam masa 2 minggu ini ada berita baik mengenai signing untuk arsenal melengkapkan skuad. Arsenal perlu menyelesaikan nasib2 pemain2 sedia ada yang masih unsettled. Tentang pemain baru pulak, Diharap ada pemain yang boleh memberi lebih directness akan dibawa masuk, pemain seperti Jadson yang berkebolehan dalam sepakan2 padu jarak jauh serta teknik2 set pieces amat dialu2kan. Selain pada umur 27, 6 piala dalam 7 musim di Shakhtar, ini pengalaman yang ditagih utnuk dikongsi bersama barisan muda Arsenal.Seorang pemain CB juga adalah wajib. Dan satu positif adalah Wenger sudah mula logik dalam taktiknya sebagai contoh, pada ketika kita bermain 10 orang, dia memasukkan Frimpong dan dalam saat2 terakhir ketika kita sedang defending set pieces die mencampakkan Johan ke dalam padang untuk membantu fizikal Arsenal.1 mata tapi not bad sebagai permulaan di away dengan situasi dan perkembangan yang membelenggu di persekitaran buat masa ini. Wenger tahu dia harus melakukan sesuatu, kerana jika dia tak tahu, jeritan2 "Spend some Fu****g money" pasti ternyiang2 berterusan dalam telinga kedutnya. Home game pertama, tiada perlawanan yang lebih menarik untuk membuka season di Emirates dengan kemenangan ke atas Udinese dalam kelayakan Eropah!! COYG!!

Agi idup agi mengguners!!


0 ulasan: