Sabtu, 13 Ogos 2011

kontra + Joel Campbell + nombor jersi

“The transfer speculation is disruptive but not an excuse,.We have to deal with that, it is part of our job. People come in and out. What is important is that people are focused on achieving things for this club. "
Itu kata2 Wenger dalam press conference pre match memulakan musim bertemu Newcastle seperti memberi signal sudah mengaku kalah dalam cubaan mengekalkan pemain2 sedia ada terutama yang mengisi tajuk dada2 akhbar. Setelah beberapa jam berita hangat yang melanda dengan pemain2 Barcelona menggila di tweeter dengan tweet2 kurang matang manakala di sebelah pihak yang lain satu wajah kerut sugul masih cuba menafikan dengan kenyataan "tiada siapa yang pergi", tidak susah untuk kita teka apa yang berlaku di sebaliknya. Valdes dan sumber2 dari Barca mengatakan rundingan berlaku di peringkat lebih advanced dan hanya tinggal 'beberapa jam' sebelum fabregas dipersembahkan di khalayak ramai.Ketika rakan2 lain berkunjung ke Newcastle, dikhabarkan ura2 Fabregas akan berada di Spain menyelesaikan segala hajat sebelum Pep mengumumkan pada hari Isnin sehari selepas mereka bertemu Madrid dalam perlawanan Spanish Super Cup. Jadi secara logik kapten pasukan apa jika anda tidak bersama pada ketika hari terakhir musim dan hari pertama musim,kini boleh kita akui, kalau dulu hatinya perlahan2 susut kini tiba masanya jasadnya pudar terus dari bayangan . Terima kasih Cesc, anda bakal dihargari, dirindui? kita tiada masa untuk itu semua.

Siapa penggantinya? Jadson, rakan sepasukan Eduardo di Shakhtar. Mungkin banyak senarai dalam list tapi ketika ini nama ini yang menjadi hangat dan tajuk utama. Siapa dia pemain Brazil berusia 27 tahun ni, itu kita akan ulas lebih lanjut tapi jika benar Arsenal sedang berusaha mendapatkan khidmatnya, boleh aku katakan dia bukanlah 'pengganti' Cesc yang direct kerana kedua corak permainan mereka berbeza tapi lebih kepada satu lagi entiti tenaga kerja yang dibawa masuk bagi berkongsi tanggunjawab yang telah ditinggalkan dan diamanahkan kepada rakan2 Arsenal untuk berkongsi responsibility yang selama ini dipikul pada bahu Cesc sendiri. Pendek kata, pemergian Fabregas mungkin membolehkan Arsenal bermain dengan lebih open tidak hanya tertumpu pada focus point iaitu diri cesc sendiri dengan pemain2 muda kini berpeluang berkongsi tanggungjawab dan beraksi sebagai satu unit. Kenyataan Jadson Khamis lalu menggambarkan ada proses2 yang sedang berlaku di belakang tabir.
"If everything goes to plan, I'll have some news for everyone at the start of next week. Hope it works out."
Sementara satu lagi pihak pulak, Roberto Mancini membayangkan mereka sedang berusaha keras untuk membawa rundingan ke satu tahap yang lebih details. Wenger dilihat seperti sudah jemu meenjelaskan cerita2 tentang ini sepanjang summer tapi mengakui ini sebahagian daripada kerja dan bukan sekali dah dia lalui, banyak sudah pengalaman yang ditempuhi maka dia tidak lagi mampu menyembunyikan segalanya maka berkata dia hanya berminat untuk bercerita mengenai pertemuan menentang newcastle yang lebih dilihat sebagai keutamaan ketika ini. Tepat sekali dan itulah yang seharusnya kita pikirkan.

Namun sempat jugak sebenarnya Arsenal mengumumkan berita2 yang memberi senyuman atau mungkin tanda soal apabila mengesahkan Arsenal telahpun berjaya mempersetuji terma2 dan syarat dalam mendapatkan pemain muda sensasi Costa Rica, Joel Campbell.

“Joel Campbell has already shown that he is a player with great ability, and has also performed well on the international stage at a young age. We look forward to the formalities of the transfer being completed and working with Joel when he joins us at Arsenal."

Masuk musim baru, Nombor jersi pemain juga telah didaftarkan, tapi daripada list kita tahu ia masih belum finalize, ada yang bakal keluar lagi mungkin, dan kita harap ada lagi yang akan masuk.

Here are the squad numbers in full:
1. Manuel Almunia
2. Abou Diaby
3. Bacary Sagna
4. Cesc Fabregas
5. Thomas Vermaelen
6. Laurent Koscielny
7. Tomas Rosicky
8. Samir Nasri
9.
10. Robin van Persie
11. Carlos Vela
12.
13. Wojciech Szczesny
14. Theo Walcott
15. Alex Oxlade-Chamberlain
16. Aaron Ramsey
17. Alex Song
18. Sebastien Squillaci
19. Jack Wilshere
20. Johan Djourou
21. Lukasz Fabianski
22.
23. Andrey Arshavin
24. Vito Mannone
25. Carl Jenkinson
26. Emmanuel Frimpong
27. Gervinho
28. Kieran Gibbs
29. Marouane Chamakh
30. Armand Traore
31. Ryo Miyaichi
52. Nicklas Bendtner

Eboue yang idak mendapat nombor telah mewariskan jersinya pada rakan senegara Gervinho. Badut dan raja lawak Arsenal itu sempat berkata dia bakal diumumkan sebagai pemain baru Galatasary Khamis ini. Pre match vs newcastle bakal menyusul...




0 ulasan: