Rabu, 17 Ogos 2011

Post Match : Banyak kerja lagi di Italy



Kita akan ke Udinese minggu depan hanya berbekalkan satu gol oleh Theo. Tapi sebenarnya apa yang lebih penting adalah tidak bolos. walaupun gagal menyumbat tambahan gol, pertahanan kita yang sekali lagi clean sheet 2 kali berturut2 setakat ini memberikan kita modal berharga. Tapi agak besar bayaran yang terpaksa dibayar, kerana 2 pertahanan kita telah 'terkorban'. Game pada mulanya berpihak kepada Arsenal yang jelas mendominasi pada separuh masa pertama, tempo yang laju jelas merancakkan perlawanan tapi lama kelamaan kita bagaikan sudah habis minyak apabila membiarkan Udinese kembali ke dalam perlawanan.Mereka pasti kecewa kerana gagal membawa balik away goal yang pada aku bila2 masa sahaja mereka mampu lakukan terutama pada separuh masa kedua. Satu kelegaan bagi Arsene Wenger yang terpaksa duduk di atas bersebelahan Boro Primorac yang sibuk menggunakan talian telefon memberi tips2 berguna pada Pat Rice di bawah sana. Dengarnya UEFA agak bengkek dengan langkah sebegini. Apa pun tak boleh! Sampaikan Wenger merajuk? tak buat post match conference.

Arsenal memulakan permainan dengan line up yang dijangkakan kecuali Rosicky yang melepasi ujian kecergasan mengambil tempat Arshavin dalam line up pre match. Tak perlu tunggu lama, 4 minit untuk kita tanam keyakinan, Kapten Wales kutip bola dari Sagna pam ke dalam kotak untuk disudahkan Walcott yang melakukan simple tap menewaskan Handanovic-boleh tahan handal last2 minit. Sambutan golnya yang buat gaya ala2 main golf  mungkin ada kesinisan terutama setelah kontroversi bibliografinya yang menceritakan rahsia rejim Capello. Kebetulan jurulatih England itu hadir di Emirates, dan masih ingatkah anda di mana Walcott berada ketika namanya digugurkan di Piala Dunia,? ya ketika bermain golf. Ok itu tak penting dan hanya teori konspirasi. Lepas tu gua ingatkan kita akan lebih garang tapi seperti selalu, tiada end product malah lebih mengecewakan ada penumpang seperti Camak dalam pasukan. Arsenal jelas tumpul dan hilang idea tanpa RVP. Want away Bendi berada di bench, pikir dia lebih memberi ancaman berbanding si Camak tapi pointless untuk menurunkan pemain yang tidak komited sepenuhnya. Sutau yang harus Wenger selami kerana RVP tidak boleh diharap fit satu season, ada masa kita terpaksa hidup tanpanya dan selepas Vela dipinjamkan ke Real Sociedad, Bendi bakal keluar , mana mampu kita hanya mengharapkan Camak atau pemain muda tak berpengalaman Joel Campbell.

Doka syik kita menyerang, Udinese pun kadang2 nak gak tunjuk taring. Lepas lama senyap, sepakan percuma Di Natale yang lencong singgah palang mengejutkan Arsenal dari lamunan.Larian Asamoah yang memperdaya Sagna dan Song berjaya melepaskan rembatan tapi ditepis oleh Szczesny, Song pantas hadir dengan tackle follow up sebelum rembatan Isla ada sekelumit harapan untuk tewaskan Szczesny.

Separuh masa kedua,Gibbs mengalami hamstring pada separuh masa kedua diganti Johan sebelum Johan sendiri dikeluarkan selepas hanya 10 minit aksi tapi sempat membuat tackle penting menghalang Di Natale yang mendapat peluang keemasan.Mael hanya sempat beraksi 10 minit sebagai Left Back, satu eksperimentasi yang ditunggu penyokong Gunners.Carl Jenkinson membuat debut dalam Champions League merangkap perlawanan kompetetif pertamanya besama Arsenal. Pada mulanya kelihatan agak goyah tapi lama kelamaan mula cool dan dapat menyesuaikan diri. Macam dicakap tadi separuh masa kedua Udinese lagi bernafsu. Awal2 sepakan Di Natale side netting,lepas tu sepakan padu Armero sipi2 atas palang. Masa ni dah nampak kepancitan pada wajah2 terutama Rosicky, pace dan flair Gervinho serta Walcott juga tenggelam. Chamakh? humph..AWOL. Tapi sempat melancarkan satu counter attack sayang bola through Rambo pada Walcott dipersiakan ketika tinggal keeper sorang sajek unsuk ditewaskan.Lob atau pass ,hanya Theo saja yang tau apa cuba dia nak lakukan. Szczesny membiarkan Arsenal terus rasa defesit apabila menyelamatkan sepakan percuma Di natale.Nata de Coco ni memang bahaya dan perlu dibendung away nanti. Tugas yang memerlukan konsentrasi penuh Mael dan rakan2.

Di penghujung, Arsenal nyaris2 melebarkan senyuman. Gervinho yang cut in dari kiri ke depan kotak penalti melorongkan bola baik punya pada Walcott, Theo buat placing, Emirates dah berdiri, tapi Handanovic ada jari. Arsenal terpaksa berpuas hati dengan satu bijik. Masih ada 90 minit ++. Di sebalik segala kenegetifan, adalah satu relief supaya enjoy sahajalah kemenagan ini dahulu dan kredit kepada para pemain yang berusaha keras. Apapun Mari panaskan badan dengan Liverpool dulu.

Agi  idup agi mengGunners!!



0 ulasan: