Pada ketika ini angin bertiup kencang mengenai khabar perpindahan Samir Nasri ke City yang semakin hampir. Berita dari BBC mengatakan Manchester City kini dalam peringkat advance untuk menyambar kontrak rebel di Arsenal. Media2 juga tak banyak membantu Arsenal malah cuba meracun minda dengan taktik2 merenggangkan hubungan Nasri bersama Arsenal khususnya para penyokong. Sifat2 seperti money grabber cuba secara sulit diimagekan pada wajah Nasri. Kesannya, segelintir fan yang tidak berpuas hati akan tindakan Nasri melengah2kan kontrak signing, memberi 'hadiah' nyanyian yang berbentuk ejekan terhadap pemain tengah yang mempuyai teknikal hebat. Nasri kemudian berasa haknya perlu ditegakkan , telah bersuara dalam laman sosial Tweeter melahirkan kekesalan atas insiden di St James Park dan dia merasa tidak lagi dihormati. Media cuba mengeruhkan keadaan dengan mengambil kesempatan menerbitkan frasa2 yang tidak pernah keluar dari mulut Nasri dari sebuah akaun palsu facebook- ayat2 yang kononnya betapa dia akan tinggalkan kelab ini dengan kebencian . Nasri sekali lagi bertindak balas mempertahankan dirinya di tweeter rasmi dengan mengatakan semua tersebut adalah provokasi semata2 malah dia tidak pernah ada akaun facebook. Apapun yang telah terjadi, imej nasri kini di kalangan segelintir penyokong Arsenal tidak lagi seindah yang digambarkan dahulu.
Situasi yang sama ini pernah suatu ketika dilalui oleh Rooney di United musim lalu. Oktober lepas, Ferguson secara mengejut telah mendedahkan dalam satu PC, bahawa Rooney ada berjumpa dirinya dan berkata dia tidak ingin lagi menyambung kontrak di Old Trafford, satu situasi di mana United perlu memikirkan untuk cash in penyerang England tersebut. Walaupun membuatkan kelab2 seperti Barca, Real dan Chelsea alert, destinasi utama yang menjadi pilihan pada January tersebut pastinya ke City, yang menjanjikan wang berjuta buat siapa sahaja .Mungkin pemotong rumput padang mereka gaji setaraf profesional kita di sini siapa tahu. Dan berita itu tak perlu tunggu masa yang lama untuk fan berang dan mula merasakan Rooney telah berpaling tadah. Mereka tidak dapat menerima sekalipun ingin keluar, apatah lagi menyertai rival mereka yang mereka percaya hanya kerana pancingan ekonomi.Sebaik berita mengejutkan tersebar, berpuluh penyokong2 atau hooligan bola sepak mengepung rumah Rooney pada satu malam di Prestbury bagi menuntut penjelasan. Satu situasi di mana Rooney tidak berani keluar rumah kerana ketakutan serta membuatkan dia pikir secara masak2 kembali. Rooney akhirnya u-turn dengan keputusan itu dan kekal di United bagi kembali memangani hati fan walapun agak susah pada permulaannya.Dia jugak menjaringkan gol kemenangan secara lipat dalam manchester derby.Selepas itu dia tau, dia selamat.
Jadi bukan gua mau kasi up itu Rooney yang pernah satu ketika dahulu popular dengan kisah cinta neneknya.Apa yang aku nak cuba kongsi pendapat aku di sini bahawa kita jugak tak tahu apa yang berlaku selepas ini, malah apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir,mengapa sebenar2nya Nasri melengah2kan penurunan tandatangan. Kita juga tak tahu di sebalik drama Rooney-Fergie musim lepas yang kita boleh sepkulasikan dicipta sekadar untuk fire up mood Rooney yang kelihatan out of pace/form. Wenger jugak tidak pernah keluar kenyataan yang secara jujur, kerana baginya apa yang berlaku terutama perkara2 yang boleh dimanipulasikan media, harus dirahsiakan. Jadi kalau dah jadi macam ni, imej Nasri dah tercalar di kalangan segelintir pada kita, pernahkah kita terfikir kala tiba2 Nasri jugak membuat keputusan U-Turn.(mungkin setelah ditawarkan central role dan gaji yang lebih berikutan perpindahan Cesc) Apakah kita akan menerima Nasri seperti mana kita memuji Nasri ori yang mula2 sampai di Emirates dulu.Jadi yang penting, kita seharusnya tunggu dan lihat sebelum menjatuhkan hukuman.Jangan kita biarkan input2 dari media membrainwasha otak kita. Kerana itu aku tidak menyokong sebarang bentuk hinaan selagi berita tersebut belum benar2 sah. Aku percaya penyokong2 kita sebenarnya jauh lebih ber class, daripada penyokong2 yang rapat umum di rumah Rooney.
Satu lagi perspektif adalah kita kena jugak pikir kenapa Nasri belum sign kontrak.Sepatutnya kelab besar seperti Arsenal FC yang dikatakan mempunyai pengurusan yang profesional tidak membiarkan kontrak2 terutama pemain2 akar mereka tergantung menunggu masa tamt tempoh. Ia sepatutnya harus diselesaikan 2 tahun awal.Jika perkara2 ini dibiarkan beterusan, kita mungkin bakal melalui masalah yang sama apabila kontrak RVP dan Walcott pulak yang dikatakan bakal tamat dalam tempoh 2 musim lagi. Jadi Arsenal sepatutnya perlu bertindak awal dari sekarang. Mengekalkan pemain2 bintang sedia ada harus menjadi priority kelab. Dari satu lagi sudut pula, kontrak bukan paksaan. Ia harus terbit dari hati yang ikhlas oleh para pemain yang percaya akan masa depan kelab dan komited sepenuhnya. Menjadi tanggungjawab kelab untuk membuat tawaran dengan gaji serta terma dan syarat yang rasional.
Tapi di Arsenal mungkin, pemain2 ini percaya akan pengurus tapi mereka tak nampak akan reaksi kelab dalam cuba membina sebuah pasukan yang mampu mencabar malah memenangi kejuaraan contohnya dengan kurang membawa masuk pemain2 yang benar2 terbukti berkualiti. Jadi kita tak boleh nak salahkan pemain 100% jika mereka enggan melanjutkan kontrak. Kerjaya bola sepak tidak lama, masing2 mengimpikan untuk bermain dalam kelab terbaik, memberi persembahan terbaik di samping bermain bersama permain2 terbaik dengan bayaran terbaik. Oleh itu, mungkin Arsenal agak kurang di situ.Transfer plan Wenger saban tahun sering dipersoalkan.Sering dijanjikan dengan kenyataan2 'kita ada wang', 'kita akan beli super quality', 'kita tak takut keluar duit' namun berpatah balik pada yang asas, fan dan pemain2 sedia ada hanya inginkan reaksi sebenar bukan sekadar omongan kosong. Sebab itulah aku pikirkan kenyataan terbaru Wenger tentang sanggup berbelanja 40M untuk peain berkualiti adalah suatu kenyataan yang kurang matang malah tak perlu dikeluarkan.Ini kerana kita sudah sedia maklum, semua tahu dia takkan melakukannya malah fan juga tidak pernah meminta Wenger berbelanja sehingga ke tahap itu. Tapi kadang kala apa yang dilakukan dan apa yang diucapkannya begitu kontra. Menekan kembali ayatnya, Dia sanggup berbelanja besar kalau jumpa pemain berkualiti dan takkan nak beli pemain average. Definasinya tentang average itu sukar difahami kerana jangan cakap laci, diaby, almunia, silvestre, eboue bukan dalam kategori average. Malah pemain2 ini , serta pemain muda yang dikatakan berpotensi tapi tak sampai, telah dibayar dan dimanjakan dengan gaji2 besar sehingga susah untuk bagi kelab sendiri melepaskan mereka. Itulah sebab aku rasakan perlu ada reformasi dilakukan terutama dalam transfer plan Arsenal. Adalah suicide pada ketika kita tahu kita tak dapat mengekalkan lagi service pemain2 utama kita tapi masih berdegil, hanya mencari pengganti di saat2 akhir walhal sepatutnya cara terbaik adalah membuat persiapan awal, beli dulu baru jual atau lepaskan mereka yang tidak lagi komited.
Makanya, pendek kata ia berputar sebagai kitaran. Kita ingin mengekalkan pemain, pemain ingin melihat apa visi kelab dulu, jadi kita sepatutnya tunjukkan pada mereka apa perancangan masa depan, siapa pemain2 yang bakal membantu merealisasikan perjuangan kelab , setelah tunjuk, jika mereka tidak berpuas hati dan tidak komited, maka lepaskan sahaja mereka dengan harga rasional.Kelab boleh move on, penyokong rasa selamat. Itu adalah logiknya walaupun memang kita tahu bukan semudah itu ,bukan senang nak operate dan mange sebuah football club.Tapi sekurang2nya, biarlah kepercayaan yang ada dalam diri kita ini terhadap Arsenal FC dihormati. Kejayaan adalah satu bonus, namun ketelusan dalam perjuangan adalah akar kehidupan.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan