Walaupun tanpa kelibat Kapten RVP, Arsenal arus tidak cepat melatah dan kaget kerana keyakinan Wenger terhadap kualiti skuad depth nya. Perkara itu hanya mampu dibuktikan oleh Mael dan rakan2 kerana setelah exodus yang berlaku , tekanan pastinya tinggi terutama bagi Wenger sendiri yang jugak tidak dapat bersama2 ke bilik persalinan dan bangku simpanan akibat penggantungan. Namun begitu, kita bukan bersendiri kerana lawan kita, Udinese jugak dilihat punyai masalah kestabilan akibat beberapa bintang meninggalkan pasukan summer ini,seperti Zapata Inler dan Sanchez.Kedua2 kita dan Udinese ada satu persamaan iaitu, dirompak Barcelona.
Namun Arsenal perlu berhati2 walaupun beraksi di gelanggang sendiri kreana ini bukan match 90 minit, ada 2nd leg yang perlu dilalui jauh di Udinese nanti. Maka segala badi home form yang ada sekarang perlu segera dielakkan agar memudahkan laluan kita ke group stage.Jadi stateginya adalah dapatkan seberapa banyak gol yang mungkin dalam masa yang sama clean sheet. Tapi bukan mudah untuk melayan pasukan dari Italy yang kenal dengan cora k bertahan.Terdahulu 4 kali arsenal melalui kelayakan, kelima2nya berjaya dilepasi, Zagereb, Twente , Prague dan Celtic tapi jangan jangkakan semudah itu dengan anak buah Francesco Guidolin kerana mereka masih ada pemain berbahaya seperti Isla dan Di Natale.Kejayaan berada dalam top 4 seria A bukannya secara kebetulan, pasti mereka ada ramuan tersendiri.
Arsenal jugak bakal kehilangan Nasri(suspended) Wilshere dan Diaby yang cedera manakala keadaan Rosick hanya akan diketahui sebentar sahaja lagi.Gervinho pemain baru yang bakal terlepas aksi hujung minggu ini pasti menjadi sandaran dengan larian2 pantasnya, sementara itu kita boleh anggap Walcott mungkin telah bersedia untuk start game malam ini.Menjadi persoalan adalah tugas stirker malam ini, RVP di penghujung musim , pra musim berada dalam form yang cukup baik hingga membuatkan Chamakh tak keruan.. Ada ura2 Wenger bakal memberi peluang kepada Bendi untuk turun membantu, tapi aku rasakan pointless kalau kita menurunkan pemain yang dah set dalam kepala otak dia untuk meninggalkan pasukan, lagipun Wenger sendiri sudah cakap dia hanya mahukan pemain yang benar2 komited.Antara Chamakh dan vela, kedua2nya kini harus bangkit, atu mungkin Wenger sudah bersedia untuk meletakkan Walcott lebih center position sambil dibantu Gervinho.
----------------Szczesny------------------
Sagna-----Mael-------Kos--------Gibbs
-----------------Song--------------------
-------Ramsey--------Arshavin----------
---Walcott---Chamakh-----Gervinho-----
"We want to be in the Champions League, we want to qualify, that's what we want to achieve."-Arsene Wenger.
ESPN 812 2:30 am. Arsenal 2 Udinese 0.
Agi idup agi mengGunners!!
PS: Berita yang baru masuk, Raja Lawak Arsenal, Eboue telah disahkan akan menyertai Galatasaray setelah persetujuan antara kedua2 kelab sudah berlaku. Badut di bilik persalinan tiada lagi bagi menceriakan rakan2 sepasukan, selamt maju jaya Eboue, terimakasih atas perkhidmatan dan segala lawak jenaka dan nostalgia yang diberikan.
1 ulasan:
nape saya rase prediction gnr sume msti arsenal 2- 0 :P
Catat Ulasan