Arsenal kurang bernasib baik, tapi sebenarnya mampu mengelakkannya kalau pengurus kita..ehemm ehemm anda tahu mengapa. Liverpool yang dah berbelanja hampir 100M dari Januari lepas pun takdelah sehebat mana dibandingkan dengan barisan tempang Arsenal, diakui Arsenal tampak flat, kurang kreativiti, kurang keyakinan.Bagaimanapun taktik Dalglish menjadi, mereka menghalang Arsenal bermain, sistem Arsenal pulak ada yang tak kena, pemain2 yang diturunkan tak mampu adapt dengan strategi wenger, hanya pemain2 tertentu yang boleh main dengan corak 4-3-3, one way sahaja game plan kita. Terimalah padahnya.
Segalanya berulang kembali, Own goal , penambahan penggantungan dan pemain terkorban bakal meyukarkan lagi laluan perjalanan liga lebih2 lagi stesen berikutnya Old Trafford. Frimpong yang beraksi menggantikan Song mula2 ok tapi kerana kurang pengalaman, ye pengalaman adalah penting di peringkat tertinggi ini tapi -Wenger tak nampak macam tu- maka mulalah membuat foul2 tackle bodoh yang tak pikir panjang. Bermain dengan 10 orang ketika kedudukan 0-0, bila2 masa sahaja anda tahu kedudukan anda bakal tergugat ketika opponent lebih2 lagi away nampak seperti ada nawaitu untuk memerangkap kita. Rambo kurang bernasib baik, begitu jugak debutan Ignasi Miquel, Ignasi step in ganti Koscielny, harapannya agar dia dapat membuktikan dia telah bersedia, harapannya agar Wenger tidak perlu cari penyelesaian external.Seperti Frimpong, dia buat pun ok, tapi insiden malam ini sudah pasti menekan Wenger untuk segera mencari CB baru yang fresh. Kecederaan pinggang Kos dah membuktikan bahawa pairing Mael dan Kos tak boleh kekal lama, mesti ada saja kecederaan salah seorang ini. Johan dengan Gibbs pun kaki MC, jadi Arsenal betul2 short kat bahagian pertahanan. Di minit2 terakhir tadi nampak Carl pulak terhincut2, nak keluar pun dah tak boleh, Udinese Rabu ini jadi satu ujian yang besar, sangat besar.
Sebelum game, Rosicky yang tak main pun dah berpesan, kalau mahu main kat home, kita kena lajukan passing, movement off the ball pun kene tajam dan tepat, tempo yang laju perlu dimaintain kalau boleh 90 minit, 90minit tu tabuh.Tapi pemain2 kita tampak tak boleh bertahan 90minit, macam dah habis minyak. Malam ni gua tak nampak semua tu. Badi home kita masih berterusan, aku tak tahu santau apa yang datang saka mana yang melekat.Walcott dah macam kembali seperti zaman dahulu kala, Rambo tak mampu mengabstrakkan serangan, kurang architecture . Arshavin kita tahu bukan pemain 90 minit. Tinggal RVP yang isolated dan Nasri yang 50-50. Wenger akhirnya menurunkan jugak pemain yang masih tergantung ini.,walaupun dicemuh sebahagian section di Emirates, Nasri beraksi seperti biasa dengan hanya kadang2 sekelumit magis dipersembahkan terutama larian2nya yang direct, suatu yang Arsenal benar2 kurang malam ini tanpa pemain seperti Gervinho dan Jack Wilshere. Aku masih beranggapan, di home, kita sepatutnya awal2 lagi bermain dengan dua striker, tak kisahlah gandingan RVP dan Chamakh sekalipun. Last minit Wenger masih mengharapkan pemain yang dah komited nak blah, satu lagi sub yang tah pape, Bendi yang menggelarkan dirinya sendiri pemain terbaik dunia masuk kononnya nak membantu, tapi masuk sekadar untuk menunjukkan bahawa dia takde masa depan lagi di Arsenal.
'Bunyi bunyian merduuu' mengulit2 dalam suasana hujan renyai2 di Emirates. Suasana yang sepatutnya tak ingin dilihat terutama ketika perlawanan pertama home game musim baru.Di Wisel penamat, Liverpool yang mendapat tiga mata. Media dan pundit mendapat apa yang mereka meronta2-supaya Arsenal kalah dan mereka boleh jaja cerita, Arsenal mendapat satu bentuk peringatan, musim yang panjang dan penuh ranjau.Wenger kelihatan sama seperti wajahnya 3 bulan yang lalu, depressed, dia hanya ada peluang dalam masa seminggu untuk kembali menarik sokongan, dia tahu tapi adakah dia akan buat? Dia akan cakap dia busy memikirkan Udinese, awal pagi Rabu banyak outcome dan kesannya.Masa depan Arsenal terutama siapa yang masuk juga berkemungkinan besar bergantung pada nasib kita hari Rabu ini.
Dah nasib kita Arsenal jadi lagu ni,frustrated itu pasti, kecewa2 jugak tapi jauh di sudut hati gua rasa macam bertambah sayang sebab macam baca buku cerita, kita tak tahu apa jadi lepas ni, kita tak akan paham kalau tak pergi ke setiap helaian, memang mencabar. Hero mati ka, kena tikam belakang ke, kawan tinggal kawan ke, hidup segan mati tak mahu ke,hutang banyak, jatuh miskin ka, ini adalah new chapter buat Arsenal.Mungkin adala sesetengah bab tu sama dan berulang2 sebab penulisnya masih orang yang sama.Kita akan bosan tapi tak boleh nak skip, itu serpihan2 cerita yang ada untuk kasi tambah suspen. kalau anda rasa nak baca sampai habis, anda harus kuatkan diri dan emosi, sudi terima segala bentuk kemungkinan ending nya.Bagi yang menggemari genre misteri+seram+history+science fiction+sains sukan, Buku baru ini pasti akan jadi hit!Boleh lagi weih boleh lagi..Cuba lagi . COYG
Agi idup agi mengGunners!!
Sabtu, 20 Ogos 2011
Post Match : Arsenal 0 Liverpool 2
11:27 PTG
Gunners & Roses
4 ulasan:
hahahaha terbaek bro...!
tak payah bace post match wenger. kite sume dah tahu ape yg die kan ckp. tp biasenyer kalau kite selalu sgt bace buku cerite yg ditulis oleh penulis yg same, mungkin excited feeling tu kurang skit. mungkin jugak kite dpt agak ape endingnyer... ;) tu yg tak best.
arsenal ni kalau betul2 nak success ,kene ade 2 set player yg same quality.arsenal hanya perform kalau 1st team fit...kalau ramai sgt yg bkn regular player main, mcm ni la jadinye....wenger wajib splash utk player yg betul2 on form skrg ni...x de faedahnye beli player muda2 yg katenye talented tp belum bersedia utk bermain....
tapi klu buku tak best, jln cite tak logik, pembaca bleh meluat lalu menyampah
@dude haha itu gua cakap, bukan semua orang sanggup baca buku itu, tiada paksaan..
Catat Ulasan