Tugas besar malam ini. Betul2 besar lagi besar dari mulut Xavi. Tanpa kelibat Gervinho Song(gantung 3 match) Wilshere, Gibbs, Johan, Diaby, Traore (Injured) manakala Rosicky direhatkan, para pundit menyangka dan membuat ramalan, kita bakal mengalamai kesukaran, paling best bagi mereka jika kita gagal di tempat sendiri, tewas. Selagi kita tidak terkeluar dari top 4 atau relegated, selagi itulah mereka2 ini mengancam polisi kita. Satu polisi yang membuktikan duit bukan segalanya. Ada jugak yang kata baik kita harapkan Arsenal kalah sekurang2nya ia akan mengetuk kepala Wenger supaya sedar dari lamunan dan keluarkan dompet, beli pemain yang sepatutnya. Itu dari Paul Merson sendiri. Tapi apa jaminan Wenger akan melakukannya kalau keputusan malam ini buruk sekalipun, kita dah pernah melalui downfall yang dasyat lagi terutama di akhir musim lepas, berapa lama Wenger amek masa untuk lakukan perubahan, nampak tak CB baru yang digembargemburkan sehingga hari ini? Tidak bukan? Jadi ia bukan jaminan untuk wenger ubah keputusan dan pendiriannya,pendiriannya dah lama tetap dan takkan berubah2, orang tua ini degil, dia percaya akan kebolehan pemain2 yang sedia ada sekarang ini. Jadi buat apa kita tak nak menyokong pasukan kita malam ini semata2 nak melihat signing baru yang belum tentu. Wenger sudah berkata, dia akan menambah jika benar2 kualiti. Cakap2nya boleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan, segala coolness yang digambarkan sebenarnya kontra selalunya. Aku percaya masih ada lagi yang dibawa masuk jadi relax, teruskan sahaja menyokong Frimpong, Jenkinson Szczesny dan rakan2.
Liverpool digambarkan sebagai hyperactive dalam transfer market. Signing2 mereka sejak Januari jugak boleh tahan..boleh tahan mahal gila. Caroll, Suarez, Adam, Henderson, Downing dan Enrique. Itu beza dalglish dan Wenger. Dalglish hanya pikir untuk atas padang, Wenger terpaksa pikir atas padang, dengan atas kerusi2 empuk sana.Kadang2 gua rasa sebenarnya Wenger ni pun tersepit tapi banyak sangat hati yang terpaksa dijaga menjadikan dia perlu hipokrit. David Dein menyergah agar para penyokong support wenger kerana kita bakal rasa kehilangan jika dia blah dengan cara yang tidak sepatutnya. Gua tak rasa dia akan blah walaupun ditekan2, hanya jika dipecat tapi buat apa Board nak pecat seseorang yang menyalurkan duit joli mereka?Signing2 summer ini Gervinho, Jenkinson, Miyaichi, Joel Campbell, Chamberlain dilihat seperti kita akan membina balik pasukan.Kitaran ini berpusing kembali, Adakah kita akan lihat Arsene Wenger menyambung kontrak selepas 2014 ni bagi menuai hasil, itu di luar pemikiran aku. Buat masa ini, die meletakkan kita pada situasi sekarang jadi adalah menjadi tanggungjawab untuk dia menyelesaikan kerja2 berpolisi yang hanya digemari oleh orang sepertinya dulu.
Dengan pertahanan kita yang nampak tempang di sebelah bek kiri, persoalan yang popular adalah mampukah Arsenal membendung asakan gandingan Caroll dan Suarez. Van persie jugak mengatakan melihat Caroll sama seeprti melihat Alan Shearer. Wenger juga dalam pre match conference bersembang taktik2 ang perlu digunakan bagi membendung fizikal Andy Caroll. Bersama Jersi hitam putih Newcastle musim lepas, dia menjadi penjaring gol kemenangan. Namun pada aku keupayan Suarez harus lebih diawasi. Tricky Skillnya boleh memerngakap pertahanan sekaligus mencipta ruang buat pemain2 lain.Charlie Adam mengisi kekosongan Gerarrd adalah logik. Tengah mereka banyak pilihan, selain Downing , Hendreson , belum campur Maxi dan Meireless dan pemain Brazil paling hebat alaf ini Lucas. Gua rasa musim ini mereka adalah pencabar serius bagi top 4.It's Gunner be tough for Arsenal but we'll fight till the end.
Perlukah Nasri main malam ini? Wenger cakap dia tidak mempunyai masalah untuk membawa masuk Samir Nasri ke padang. Dia jugak tak kisah apa reaksi fan kerana percaya Nasri cukup komited dan profesional uantuk menghadapi segala kemungkinan. Itu keputusan Wenger, main atau tidak main hanya dia yang mampu menentukannya. tapi bagi fan, dari satu perspektif emosi, adalah suatu yang merugikan untuk melihat hanya 10 orang yang bermain mewakili Arsenal manakala satu lagi entiti kelihatan menumpang jersi merah putih kebanggan kita mewakili diri sendiri. Kalau ikut spekulasi dia bakal dijual, dia belum sign kontrak lagi, mengapa, sebab tidak komited, tidak mengiyakan rundingan dengan City tapi jugak tak menafikan maka kita boleh cakap yang memang ada usaha2 supaya dia boleh dapatkan sesuatu untuk keluar dari kelab ini. Buat masa ini secara kontrak dia masih seorang pemain Arsenal FC tapi dengan perkara2 yang berlaku di belakang tabir,jiwanya bukan meriam sepenuh hati. Satu pembaziran slot malam ini sehingga dia betul2 tetapkan kepala dan hati, barulah dia sebenarnya layak beraksi. Tapi jika Wenger nak teruskan dengan pendapatnya, dan jika nasri turun dan beraksi baik bagi assist atau score goal, aku ucapkan terima kasih .
-------------Szczesny-------------
Sagna------Kos------Mael----Carl
-------------Frimpong------------
-Walcott-------Ramsey--Arshavin
--------Chamakh--RVP----------
Astro 812 ESPN 7:45 pm. Arsenal 1 Liverpool 0.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Pre Match : Arsenal vs Liverpool
2:23 PTG
Gunners & Roses
4 ulasan:
salam GNR... baru ade mase nak bace ur prematch.dah kene lanyak dgn pool dah pn. totally agree w u AW takkan ubah pendirian dia walau ape pn berlaku dan media serta pundit2 barua takkn pernah berhenti menetak polisi yg mustahil bg kelab2 top4 dlm liga berprestij mampu praktikkn. xberani pun. Agaknye kalau arsenal relegated mau setan2 bertopeng manusia tu berhari raya sebulan utk meraikannye. Hahaha Dunia sekarang dunia meterialistik. Manusia bertuhankan laba.duit. falsafah ‘hidup mesti bergantung dgn duit’ seolah2 menjadi dogma. Pak weng nyer polisi duit bukan segalanya boleh jadi satu ancaman.. entahlah..
byk persoalan dlm kepala otak ni nk tanyer kat pak weng.. nak jer panggil Leonardo dicaprio supaya bleh masuk dlm mimpi wenger. huhuhu
Salam En Renz . terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan, memang benar dunia ni dah dikuasai oleh golongan2 yang tak sepatutnya tak terkecuali industri sukan.Itulah sebabnya, berita2 negatif yang hari2 dikeluarkan tentang Arsenal bukan lagi kebetulan.May be ada assassination character untuk Wenger di situ. hahaha, kalau bab teori konspirasi laju jek laa kan padahal atas padang pun dah tak tentu hala. huhu. Panggil Leornado diCaprio masuk mimpi?haha Wenger pun orang cakap dah banyak bermimpi di siang hari..
hahaha.. tu pandangan dr satu sudut perspektif jer. teori2 belakang tabir tu kalau nak dibentang memg tak sudah. Ape yang terang jelas di depan mata 90 minit perlawanan sepanjang 6 tahun ni bersamaan 228 game liga = no improvement, same story!
Catat Ulasan