Selasa, 23 Ogos 2011

Apa pun tak boleh!



Esok adalah game penting. game yang bakal menentukan sama ada rekod 15 tahun berturut2 layak ke UCL bawah Arsene Wenger di Arsenal lebur atau tidak.Tapi esok bukan pasal Wenger, Ini berkaitan Arsenal, yang lagi penting sama ada mampukah Arsenal mengekalkan disiplin dalam menghadapi ancaman 2nd leg Udinese bagi melayakkan diri ke peringkat kumpulan UCL berbekalkan satu gol. Malah kerana Discipline Committee UEFA jugaklah, Arsenal sekali lagi turun padang tanpa manager di touchline. Setelah digantung match pertama kerana kontoversi dalam match vs Barcelona, penggantungan Wenger dipanjangkan lagi 2 perlawanan, ini kerana Wenger dikatakan tidak menghormati hukuman minggu lepas apabila dia dilihat berkomunikasi melalui medium Boro Primorac untuk menghantar arahan2 pada Pat Rice di padang.Walaupun Wenger dipahamkan pada awalanya UEFA membenarkan bentuk komunikasi sebegitu, UEFA tidak menganggap sedemikian sebaliknya terasa diperbodoh2kan ole taktik Le Prof. Hukuman ini akan berkuatkuasa untuk match esok dan jugak bersambung sama ada dalam group stage UCL ataupun Europa Cup. Arsenal akan membuat rayuan. Apa pun tak boleh!!

Perkembangan terbaru tentang kem Arsenal bagi match awal pagi Khamis ini, Song dan gervinho akan kembali dalam saingan Eropah, RVP jugak sudah menjalani hukuman ketika first leg lalu, Wilshere yang dah start training sejak hari Khamis lalu mungkin berpeluang cerah untuk kembali memperkuat barisan tengah.Johan ada chance, ditanya tentang Squaillaci yang namanya seakan2 dikuburkan seperti Almunia, rupa2nya pemain perancis ini dilanda kecederaan.


0 ulasan: