Selasa, 28 Jun 2011

Memancing memerlukan kesabaran.


27M? you're having a laugh!! ok mula2 mereka fikir mereka siapa sekarang ini, nak membeli tapi tiada duit dan beranggapan mereka sedang memegang kunci saga ini. Segalanya terletak pada Arsenal-tentang Fabregas- kita yang letak harga kita yang beri kata putus sama ada jual atau tidak bukan barca, bukan Rosell. Jadi jangan ingat kelab kamu boleh sombong sesuka hati konon kelab2 lain dalam kedudukan desperate hendak menjual, sekiranya mereka ada class, mereka patut datang dengan satu offer ala2 godfather 'i'm gonna make an offer that they cannot refuse' sekaligus menghormati si penjual dan menghargai nilai Fabregas sendiri.  Barcelona semenjak dua menjak ini makin menjadi2 dengan perangai segelinti pemainnya yang tapup menapup, dan presidennya yang bongkak.

Aku tak tahu sampai bila kita terpaksa melayan berita2 sebegini selagi Fabregas tidak menjalankan tugas yang 'sepatutnya' sebagai kapten Arsenal. Biasanya orang kata berdiam diri adalah suatu yang bagus, tapi berdiam diri setelah dalam masa yang sama tidak menyorok impian untuk kembali ke kampung halaman menghantar mesej yang kurang selesa di kalangan rakan2 sepasukan malah peminat sendiri."for now i'm an arsenal player" adalah ayat yang sudah biasa didengari, tapi di mana jaminan loyaltynya? itu yang peminat dambakan sekarang. Wenger perlu setlekan ini semua secepat mungkin, jika seseorang pemain tiada hati lagi maka tidak bolehlah dipaksa, jika pemain itu masih 50:50 ,dia perlu meyakinkan bahawa pemain tersebut berada pada kelab yang terbaik dengan cuba menaikkan nisbah tersebut dengan membuat pemain itu rasa lebih dikehendaki.Jika pemain itu komited 100%,sebarang offer tidak perlu dilayan langsung. Tapi kalau ikut gosip terbaru Arsenal sudi mendengar tawaran Barca yang lebih serius, maka ini boleh dikategorikan sebagai jiwa pemain tidak boleh diselamatkan lagi, pada ketika ini  'rasuah ' seperti arm band sekalipun tidak lagi berguna maka adalah difahami jika satu mutual gentlemen agreement terpaksa diambil demi kebaikan bersama. Jangan bimbang kerana nama di belakang jersi merah putih tidak sepenting lambang meriam yang berada di depannya, malah dengan tema musim ini ' moving forward'-walaupun sayang bagi kita melepaskan pemain2 yang terbaik, Arsenal sudah pernah belajar hidup tanpa pemain terhebat mereka. Ini bukan ditujukan pada kes Fabregas sahaja, tapi ini ditujukan juga pada Nasri, Clichy, Almunia, Bendi, Denilson(yang jualannya kini boleh dibida di ebay) mahupun Vela.

Orang ramai tanya dah dekat sebulan tapi kenapa transfer major signing masih tak nampak2. Kalau tidak silap buat pengetahuan untuk dikongsi bersama sebenarnya international transfer bermula pada 1st July maka sebab itu tiada pergerakan yang ada cumalah doemstik, dan kalau ada pun kejayaan mendapatkan pemain, kontrak masih belum sahih, tapi biasanya telah mencapai agreement dan pemain akan hanya dikenalkan setelah transfer dibuka. Buat Arsenal, domestik target mereka yang popular hanya Samba dan Cahill. Tapi masih tidak ada berita yang serius maa berjangkitlah pada Jagielka atau Baines. Ini mungkin ada kaitan dengan ketiadaan Wenger yang kini berada di South America tak tahu sama ada untuk bercuti, layan Copa atau pun menyelesaikan segala kertas kerja Ricky Alvarez. Jika benar, nampaknya Wenger masih lagi memegang prinsip 'menyerang adalah taktik bertahan terbaik' kerana dari segi rumors dapat diperhatikan nafsunya lebih kepada pemain2 serangan.Tapi yang menarik dalam perkara ini adalah targetnya global.Mungkin dia berhajat menyelesaikan seawal mungkin Ricky , Gervinho atau Juan Mata(rumors terbaru dengan rekod pembelian tertinggi 18M).Dalam masa yang sama dah habis semua ni barulah dia kembali bagi tumpuan pada domestik di mana fizikal dan pengalaman menjadi aset penting mencari pemain2 pertahanan. Walaupun sedikit menggusarkan kerana apa yang kita terpikik terlolong selama ini tentang perlunya reformasi di barisan pertahanan bagai masuk telinga kanan dan keluar ikut lubang hidung kiri Wenger, aku percaya aku sebenarnya terlebih panik, bermula 1st July hingga 1 september, aku yakin Wenger takkan pernah tidak terfikir untuk mencari jalan menyelesaikan segala kekusutan dan membina satu unit kestabilan demi maruah musim hadapan.

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

Sofea berkata...

agi idup agi mengunners!!

nice entri..