Selasa, 21 Jun 2011

Masih menanti

Itu bukan Gervinho tapi Gavin Hoyte.1st major sigining belum tiba tapi kita sudah dapat kelihatan akan bayang2 bahawa penghijrahan Gervinho dari Lille ke Arsenal mungkin hanya akan mengambil masa beberapa hari sahaja lagi. Perlukah kita seorang lagi wideman ketika kita menyeru2 Wenger memperkuatkan barisan pertahanan, tapi sekaligus ini memberi gambaran Bendi hampir pasti akan meninggalkan Arsenal. Pasal Gervinho ni susah nak gambarkan perasaan aku, aku tidaklah begitu teruja, dan tidaklah kecewa pun kerana priority aku ketika ini sangat2 ingin melihat adakah transfer plan wenger menggambarkan dia tahu apa masalah utama yang melanda saban tahun ini sepertimana janjinya bahawa dia akan memperbaiki apa2 yang patut. Selain pertahanan, umum sedia maklum kita dilanda masalah mental.Jadi dari segi kualiti dan fizikal ciri2 yang perlu ada pada pemain yang ingin dibawa masuk adalah karisma. Mungkin kerana aku tidak mahu meletakkan harapan tinggi kepada seorang lagi pemain dari liga perancis untuk memberi impak sekelip mata tapi aku percaya kehadiran Gervinho dapat memberi nafas baru pada Walcott Nasri mahupun Arshavin dan jugak yang pasti dia lebih berfungsi di wide area  berbanding Bendi.Selepas ini makin menjadi2 lah Eboue(dapat geng).

Berita2 lain tak ada apa sangat, kita dalam advance talk dengan Cahill lah, Samba lah, dari dulu advance jek, entah2 berita jek yang advance lebih. Yang menjengkelkan pun tidak kurang hebatnya, laporan mengatakan kita sedang mengintai2 Barton.Walhal kita tak patut susah2 nak intai sedangkan dia dah lama terkenal dengan aksi londeh seluar dan tunjuk punggung pada penyokong sendiri.Aku yakin Emirates akan dilanda garuda jika Arsenal benar2 serius terhadap bekas banduan ini. Walaupun dari aspek bola sepak, dia bukanlah pemain yang sampah sangat pun tapi kita sudah cukup serik dengan masalah mental pemain, tak perlulah tambah seorang lagi pemain mental yang bermasalah.

Sebut pasal Garuda mesti anda terbayang2 tentang yang di seberang.Sebut pasal seberang mesti tertanya2 apa reaksi dari seberang sana nun. Yang pasti belum ada advance talk dari barcelona pasal Fabregas, tapi Hill Wood mengakui ada risik2 nakal. Price tag yang ditampal Sandro Rosell terhadap Fabregas pasti mengecewakan Kampung Boy tersebut. Inilah orang kata muka tembok, patut kita letak harga dia pulak yang lebih2 nak tetapkan. Macam mana dia boleh berada di bawah harga Torres malah lebih rendah dari valuation mereka musim lepas adalah suatu yang melucukan dan tidak menghormati Fabregas. Ini menunjukkan mereka hanya mahu main2 dan tidak serius langsung mendapatkan kembali pemain yang mereka pinggirkan suatu ketika dulu. Hanya nak kumpul star2 bagi tujuan melemahkan pasukan lawan. Berita kejayaan memancing pemain Chile Alexis Sanchez membuktikan kelab Catalan itu bukanlah tergesa2 mendapatkan pemain dalam posisi Fabregas ketika pemain Udinese itu sebenarnya lebih menjadi target utama.Dengan ini fabregas boleh pikir 2 3 kali untuk balik kampung, aku rasa ini belum 'raya'nya.

Mengapa jika jadi pembelian 32M Sanchez oleh Barcelona, Arsenal boleh mendapat manfaat? Ok, sudah tentu ini mengurangkan peratusan Fabregas dipancing, lagi, sudah tentu kelab2 pesaing dalam BPL seperti United, Chelsea dan City yang masing2 menanam mimpi mendapatkan sanchez  akhirnya kecewa mengigit jari.Paling direct bagi Arsenal adalah kelayakan liga juara2 Eropah. Mengapa? Sebabnya , jadual musim depan telah dikeluarkan dan memang kita semua dah peka dengan keharaman jadual awal2 yang menyukarkan. Newcastle away, champions league qualifier 1st leg, Liverpool home, Champions league qualifier 2nd leg  United away, . Ape kejadah itu. Tarian bodoh Tiote lepas menjaringkan gol penyamaan keempat..ya keempat! masih bergelek2 dalam benak pemikiran.Mental pemain kena betul2 clear dari sebarang tragedi kerana selepas itu 4 match penting yang boleh menentukan hala tuju musim. Positifnya kita melaluinya dengan awal. Berbalik pasal manfaat yang kita dapat kalau barcelona beli sanchez tadi, ini kerana lepas bertemu Newcastle kita pastinya mahu seboleh2nya mengelak skuad Udinese yang kekal mantap.Ya Udinese merupakan antara calon2 penghalang bersama2 dengan Dynamo Kyiv, Pananthinaikos, Twente atau Standard Liege. Mengimbau kembali rekod semasa eropah kita terutama away, kekalahan kepada pasukan seperti Braga, Shakhtar  memungkinkan kita ada kegusaran yang harus difikirkan.

Si kotntrak rebel,Nasri, masih belum sign tapi memberi petunjuk bahawa dia akan stay . Begitu juga dengan Fabregas , yang kelihatan berhati2 dalam segala apa kenyataan serta twitternya.Biarkan mereka berehat sepuas mungkin sebelum mula menypak bola di Bukit jalil!

Agi idup Agi mengGunners!!




























0 ulasan: