Terlebih dahulu aku harus mengucapkan tahniah kepada Arsenal kerana berjaya sekali lagi menganjuran satu sesi soal jawab antara BOD dan Fan bagi mempereratkan hubungan, serta memperjelaskan ketelusan operasi. CEO Ivan Gazidis mewakili pihak atasan dengan penyokong2 Arsenal diwakili oleh kumpulan AST Arsenal Supporters Trust iaitu antara pemegang saham minoriti dalam Arsenal. Walaupun tidak banyak yang dibongkar dengan soalan2 diajukan kepadanya, dibias ke tidak berapa direct, aku memuji ketenangan dan profesionalisme yang ada pada Ivan yang berjaya menghandle petang tersebut dengan cool kerana ternyata, perdebatan kian hangat terutama apabila membincangkan situasi atas padang, transfer dan harga tiket. Aku baru sahaja sudah selamat menononton free video akan sesi Q&A tersebut yang boleh didapati laman Arsenal.Com dengan terbahagi kepada 2 bahagian, Part 1 dan Part 2 .
Dalam klip berdurasi lebih kurang sejam lebih, seperti dijangka semua soalan2 yang diajukan kita telah sedia maklum jawapannya lebih2 lagi dengan sesi temubual yang terbuka seperti ini, sudah tentu Gazidis amat berhati2 dalam mengeluarkan apa jua bentuk kenyataan kerana media tabloid sedang menunggu2 apa2 sahaja yang boleh diputar belitkan menjadi isu. Memulakan bual bicara dengan cara yang agak menarik,dengan mengingatkan perkara2 positif dahulu walaupun umum sedia maklum, kebanyakan jiwa dalam dewan itu tengah menggelegak nak bantai segala kemungkinan soalan2 maut akibat musim yang menanam tebu di pinggir bibir. Tapi Gazidis kelihatan seboleh2nya mencurahkan air seawal2nya bagi meredakan kehangatan dengan sentiasa mengingatkan kita seharusnya berbangga dengan modul operasi, modus operandi menguruskan sesebuah kelab bola sepak dengan menggunakan hasil kautan revenue sendiri biarpun dalam masa beberapa hari sahaja lagi tawaran takeover rasmi oleh Karoenke akan dilakukan. Jaminan Gazidis ialah Kroenke paham cara Arsenal, maka tidak perlu bimbang akan apa2 perubahan besar dalam polisi.
Seringkali ditanya tentang transfer budget, transfer plan dan target, Gazidis hanya memberi jawapan secara umum.Apabila ditanya tentang cara Arsenal menguruskan kontrak pemain terutama Clichy dan Nasri, tidak mahu menyentuh secara individu, Gazidis menerangkan betapa bajet yang sedia ada memang cukup untuk dilaburkan tapi bukan bermakna kita berkemampuan duduk satu meja dengan the big spender2 yang lain.Oleh itu, Arsenal agak kritikal bila berhadapan dengan persaingan seperti ini maka management harus bersepekat sama2 memilih pemain yang berkaliber dengan harga yang berpatutan. Itulah antara logik mengapa kita tidak sentiasa mendapat pemain2 sepertimana yang dilemparkan pada kita di dada2 akhbar. Alah, ini perkara biasa yang sering diwar2kan oleh Wenger dan Gazidis sendiri maka aku tidak terkejut dengan penerangan ini. Yang membuat aku tertarik apabila dia sentuh mengenai Financial Rules UEFA yang akan diperkenalkan musim depan. Wenger sebelum ni dalam temuramah berkata summer ni akan menjadi satu summer yang panjang dan panas-panas! Ini kerana apabila UEFA memperkuatkuasakan financial rules nanti, kelab tidak boleh lagi belanja lebih sesuka hati dari apa yang dimiliki/ profit yang dapat dari revenue.
Daripada sesi ini aku melihat Gazidis sebagai seorang diplomat yang benar2 mementingkan hubungan antara client iaitu di sini-fanbase Arsenal. Gazidis concerned akan financial rules ini kerana dia takut, jika ingin beberlanja besar, maka sesebuah kelab terpaksa memaksa para penyokong mereka berlabur lebih dengan melipatgandakan nilai2 komersil. Ini yang Gazidis nampak jika keadaan tidak terkawal, peminat akan menjadi mangsa keadaan sepertimana harga tiket yang dinaikkan baru2 ini. Keputusan yang bukanlah senang diambil tetapi terpaksa dilakukan demi memastikan sumber kewangan Arsenal berpijak di bumi nyata di mana realiti semasa ketika ini iaitu knaikan inflasi. Namun salah satu alasan 'bijak' yang dijawab Gazidis ketika soalan bertanyakan tentang harga membership yang melonjak naik, beliau menjawab supaya keahlian itu lebih bernilai dan tidak akan berlaku pembaziran.Maksudnya di sini , jika ahli yang renew keahlian mereka dengan harga yang tinggi, mereka pastinya memikir dua tiga kali untuk mengular ketika matchday mengenangkan harga yang telah dibayar, maka masalah empty seat di emirates dapat dikurangkan.Dalam hati aku, 'macam ni pun boleh ke?...'
Tapi aku pun kadang2 terpengaruh turut tepuk serta bila ada soalan2 yang agak pedas dikeluarkan terutama berkaitan ransfer plan, taktikal, Arsene Wenger , heart dan desire skuad yang ada sekarang ini. Sampai satu tahap tu buat aku sendiri terpikir, sadis sangat ke kedudukan yang kita ada sekarang ini sehinggakan peminat tidak berpuas hati sampai begitu sekali, dan apa jadi jika keadaan lebih teruk musim depan, tak layak UCL atau malapetaka lain, pergh aku tak dapat bayangkan penerimaan macam mana.Kerana ini baru 6 tahun, rata2 dalam Arsenal Trust itu sendiri pun dari golongan penyokong yang sudah berumur, sudah lali dengan zaman pre Wenger, Pre Graham tapi begitu dasyat dan cepatnya tahap demanding itu berubah.Pokok pangkalnya kelab ini wujud sebab ada fan jugak, maka nak tak nak, setiap fan ada hak dan persepsi masing2 jadi tak salah untuk mereka mempersoalkan cara kelab beroperasi kerana kita semua sebagai satu unit. Tidak mengapa, kita berhak brediskusi dengan cara sebegini selagi kita masih dalam satu kapal dan diharap tidak ada apa2 anasir yang boleh masuk mewujudkan perpecahan di kalangan kita sehingga menggugat keharmonian Arsenal yang kita cintai.
Agi idup agi MengGunners!!!
Meminjam kata2 bidalan..The Name On The Back Of The Shirt Will Never Be As Important As The Crest On The Front...!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan