Selasa, 28 Jun 2011

Away kit Arsenal kompom!

   
 Pada mulanya jersi ini terkantoi melalui penyebaran di Internet aku kata "ohooo ini tak mungkin..takkan Arsenal dan Nike nak buat prank sampai keluarkan baju yang macam gini sekali". 1st impression-sarkas. Ditambah lagi dengan menghayati sejarah penubuhan 125 takkan Arsenal tibe2 nak mencemar duli sebab kita mula ada away kit pun tahun1895 kalau tak silap, itupun kaler putih. tahun pertama Arsenal  beralih ke biru bagi away kit adalah pada tahun 1918.
 Dah tengok macam gini baru la aku paham kenapa Arsenal memilih biru turqoise dan biru gelap.Sama la jugak macam jersi kilat tahun 95 kita. Tenung punya tenung punya tenung, akhirnya aku pasrah dan tewas, aku rasa ada smart di sebalik design kali ini yang simple.(pasti ramai yang tak bersetuju) tapi pada aku jersi away kita selama ni pun dah ketandusan idea malah ada yang lagi teruk. Sejak kebelakangan ini, kalau tak kuning dan sleeve biru, putih semua, atau biru semua jadi kali ni aku kasi chance laa pada Nike sebab buat sesuatu yang mengejutkan lain daripada yang lain. Ini satu keunikan sebab tiba2 2 warna yang kontra boleh berpisah bersilang gitu.. Sebab adanya biru gelap tu dan sleeve yang ada lining kaler berlawanan, nampak la elegance sket. Lagi lega bila tengok preview player2 pakai atas padang menghijau, taklah seteruk disangka. Aku rasa Nike mengambil pendekatan yang berani dan Arsenal memperjudikan nasib dengan marketing baju baru ini setelah harga tiket telah awal2 mendapat bantahan.Apapun gua berhajat nak angkat satu,y ang mana2 berminat boleh dapatkan di kedai2 berhampiran, atau dari padang besar, rantau panjang, nak yang ori boleh pre order, tunggu hingga 28 Julai tarikh di mana kit ini akan dlancarkan secara rasmi.





 A meeting in coarse cotton,sixpence for leather and laces.Factory hardened arms mix oil and mud.A century and a quarter forward,Gunners together; battles ahead.From those first heavy stepsMen will become gods.(ok ,ini sesat)



Bakal Third kita kita musim ini?? ini boleh jual.


Memancing memerlukan kesabaran.


27M? you're having a laugh!! ok mula2 mereka fikir mereka siapa sekarang ini, nak membeli tapi tiada duit dan beranggapan mereka sedang memegang kunci saga ini. Segalanya terletak pada Arsenal-tentang Fabregas- kita yang letak harga kita yang beri kata putus sama ada jual atau tidak bukan barca, bukan Rosell. Jadi jangan ingat kelab kamu boleh sombong sesuka hati konon kelab2 lain dalam kedudukan desperate hendak menjual, sekiranya mereka ada class, mereka patut datang dengan satu offer ala2 godfather 'i'm gonna make an offer that they cannot refuse' sekaligus menghormati si penjual dan menghargai nilai Fabregas sendiri.  Barcelona semenjak dua menjak ini makin menjadi2 dengan perangai segelinti pemainnya yang tapup menapup, dan presidennya yang bongkak.

Aku tak tahu sampai bila kita terpaksa melayan berita2 sebegini selagi Fabregas tidak menjalankan tugas yang 'sepatutnya' sebagai kapten Arsenal. Biasanya orang kata berdiam diri adalah suatu yang bagus, tapi berdiam diri setelah dalam masa yang sama tidak menyorok impian untuk kembali ke kampung halaman menghantar mesej yang kurang selesa di kalangan rakan2 sepasukan malah peminat sendiri."for now i'm an arsenal player" adalah ayat yang sudah biasa didengari, tapi di mana jaminan loyaltynya? itu yang peminat dambakan sekarang. Wenger perlu setlekan ini semua secepat mungkin, jika seseorang pemain tiada hati lagi maka tidak bolehlah dipaksa, jika pemain itu masih 50:50 ,dia perlu meyakinkan bahawa pemain tersebut berada pada kelab yang terbaik dengan cuba menaikkan nisbah tersebut dengan membuat pemain itu rasa lebih dikehendaki.Jika pemain itu komited 100%,sebarang offer tidak perlu dilayan langsung. Tapi kalau ikut gosip terbaru Arsenal sudi mendengar tawaran Barca yang lebih serius, maka ini boleh dikategorikan sebagai jiwa pemain tidak boleh diselamatkan lagi, pada ketika ini  'rasuah ' seperti arm band sekalipun tidak lagi berguna maka adalah difahami jika satu mutual gentlemen agreement terpaksa diambil demi kebaikan bersama. Jangan bimbang kerana nama di belakang jersi merah putih tidak sepenting lambang meriam yang berada di depannya, malah dengan tema musim ini ' moving forward'-walaupun sayang bagi kita melepaskan pemain2 yang terbaik, Arsenal sudah pernah belajar hidup tanpa pemain terhebat mereka. Ini bukan ditujukan pada kes Fabregas sahaja, tapi ini ditujukan juga pada Nasri, Clichy, Almunia, Bendi, Denilson(yang jualannya kini boleh dibida di ebay) mahupun Vela.

Orang ramai tanya dah dekat sebulan tapi kenapa transfer major signing masih tak nampak2. Kalau tidak silap buat pengetahuan untuk dikongsi bersama sebenarnya international transfer bermula pada 1st July maka sebab itu tiada pergerakan yang ada cumalah doemstik, dan kalau ada pun kejayaan mendapatkan pemain, kontrak masih belum sahih, tapi biasanya telah mencapai agreement dan pemain akan hanya dikenalkan setelah transfer dibuka. Buat Arsenal, domestik target mereka yang popular hanya Samba dan Cahill. Tapi masih tidak ada berita yang serius maa berjangkitlah pada Jagielka atau Baines. Ini mungkin ada kaitan dengan ketiadaan Wenger yang kini berada di South America tak tahu sama ada untuk bercuti, layan Copa atau pun menyelesaikan segala kertas kerja Ricky Alvarez. Jika benar, nampaknya Wenger masih lagi memegang prinsip 'menyerang adalah taktik bertahan terbaik' kerana dari segi rumors dapat diperhatikan nafsunya lebih kepada pemain2 serangan.Tapi yang menarik dalam perkara ini adalah targetnya global.Mungkin dia berhajat menyelesaikan seawal mungkin Ricky , Gervinho atau Juan Mata(rumors terbaru dengan rekod pembelian tertinggi 18M).Dalam masa yang sama dah habis semua ni barulah dia kembali bagi tumpuan pada domestik di mana fizikal dan pengalaman menjadi aset penting mencari pemain2 pertahanan. Walaupun sedikit menggusarkan kerana apa yang kita terpikik terlolong selama ini tentang perlunya reformasi di barisan pertahanan bagai masuk telinga kanan dan keluar ikut lubang hidung kiri Wenger, aku percaya aku sebenarnya terlebih panik, bermula 1st July hingga 1 september, aku yakin Wenger takkan pernah tidak terfikir untuk mencari jalan menyelesaikan segala kekusutan dan membina satu unit kestabilan demi maruah musim hadapan.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 21 Jun 2011

Masih menanti

Itu bukan Gervinho tapi Gavin Hoyte.1st major sigining belum tiba tapi kita sudah dapat kelihatan akan bayang2 bahawa penghijrahan Gervinho dari Lille ke Arsenal mungkin hanya akan mengambil masa beberapa hari sahaja lagi. Perlukah kita seorang lagi wideman ketika kita menyeru2 Wenger memperkuatkan barisan pertahanan, tapi sekaligus ini memberi gambaran Bendi hampir pasti akan meninggalkan Arsenal. Pasal Gervinho ni susah nak gambarkan perasaan aku, aku tidaklah begitu teruja, dan tidaklah kecewa pun kerana priority aku ketika ini sangat2 ingin melihat adakah transfer plan wenger menggambarkan dia tahu apa masalah utama yang melanda saban tahun ini sepertimana janjinya bahawa dia akan memperbaiki apa2 yang patut. Selain pertahanan, umum sedia maklum kita dilanda masalah mental.Jadi dari segi kualiti dan fizikal ciri2 yang perlu ada pada pemain yang ingin dibawa masuk adalah karisma. Mungkin kerana aku tidak mahu meletakkan harapan tinggi kepada seorang lagi pemain dari liga perancis untuk memberi impak sekelip mata tapi aku percaya kehadiran Gervinho dapat memberi nafas baru pada Walcott Nasri mahupun Arshavin dan jugak yang pasti dia lebih berfungsi di wide area  berbanding Bendi.Selepas ini makin menjadi2 lah Eboue(dapat geng).

Berita2 lain tak ada apa sangat, kita dalam advance talk dengan Cahill lah, Samba lah, dari dulu advance jek, entah2 berita jek yang advance lebih. Yang menjengkelkan pun tidak kurang hebatnya, laporan mengatakan kita sedang mengintai2 Barton.Walhal kita tak patut susah2 nak intai sedangkan dia dah lama terkenal dengan aksi londeh seluar dan tunjuk punggung pada penyokong sendiri.Aku yakin Emirates akan dilanda garuda jika Arsenal benar2 serius terhadap bekas banduan ini. Walaupun dari aspek bola sepak, dia bukanlah pemain yang sampah sangat pun tapi kita sudah cukup serik dengan masalah mental pemain, tak perlulah tambah seorang lagi pemain mental yang bermasalah.

Sebut pasal Garuda mesti anda terbayang2 tentang yang di seberang.Sebut pasal seberang mesti tertanya2 apa reaksi dari seberang sana nun. Yang pasti belum ada advance talk dari barcelona pasal Fabregas, tapi Hill Wood mengakui ada risik2 nakal. Price tag yang ditampal Sandro Rosell terhadap Fabregas pasti mengecewakan Kampung Boy tersebut. Inilah orang kata muka tembok, patut kita letak harga dia pulak yang lebih2 nak tetapkan. Macam mana dia boleh berada di bawah harga Torres malah lebih rendah dari valuation mereka musim lepas adalah suatu yang melucukan dan tidak menghormati Fabregas. Ini menunjukkan mereka hanya mahu main2 dan tidak serius langsung mendapatkan kembali pemain yang mereka pinggirkan suatu ketika dulu. Hanya nak kumpul star2 bagi tujuan melemahkan pasukan lawan. Berita kejayaan memancing pemain Chile Alexis Sanchez membuktikan kelab Catalan itu bukanlah tergesa2 mendapatkan pemain dalam posisi Fabregas ketika pemain Udinese itu sebenarnya lebih menjadi target utama.Dengan ini fabregas boleh pikir 2 3 kali untuk balik kampung, aku rasa ini belum 'raya'nya.

Mengapa jika jadi pembelian 32M Sanchez oleh Barcelona, Arsenal boleh mendapat manfaat? Ok, sudah tentu ini mengurangkan peratusan Fabregas dipancing, lagi, sudah tentu kelab2 pesaing dalam BPL seperti United, Chelsea dan City yang masing2 menanam mimpi mendapatkan sanchez  akhirnya kecewa mengigit jari.Paling direct bagi Arsenal adalah kelayakan liga juara2 Eropah. Mengapa? Sebabnya , jadual musim depan telah dikeluarkan dan memang kita semua dah peka dengan keharaman jadual awal2 yang menyukarkan. Newcastle away, champions league qualifier 1st leg, Liverpool home, Champions league qualifier 2nd leg  United away, . Ape kejadah itu. Tarian bodoh Tiote lepas menjaringkan gol penyamaan keempat..ya keempat! masih bergelek2 dalam benak pemikiran.Mental pemain kena betul2 clear dari sebarang tragedi kerana selepas itu 4 match penting yang boleh menentukan hala tuju musim. Positifnya kita melaluinya dengan awal. Berbalik pasal manfaat yang kita dapat kalau barcelona beli sanchez tadi, ini kerana lepas bertemu Newcastle kita pastinya mahu seboleh2nya mengelak skuad Udinese yang kekal mantap.Ya Udinese merupakan antara calon2 penghalang bersama2 dengan Dynamo Kyiv, Pananthinaikos, Twente atau Standard Liege. Mengimbau kembali rekod semasa eropah kita terutama away, kekalahan kepada pasukan seperti Braga, Shakhtar  memungkinkan kita ada kegusaran yang harus difikirkan.

Si kotntrak rebel,Nasri, masih belum sign tapi memberi petunjuk bahawa dia akan stay . Begitu juga dengan Fabregas , yang kelihatan berhati2 dalam segala apa kenyataan serta twitternya.Biarkan mereka berehat sepuas mungkin sebelum mula menypak bola di Bukit jalil!

Agi idup Agi mengGunners!!