Ahad, 15 Mei 2011

Pre Match : Perlawanan terakhir di Emirates musim ini

Semalam bandar Manchester berpesta, membiarkan Kota London hanya kedengaran kicauan burung2 merpati, Arsenal, Chelsea hanya mampu mengigit jari tapi di sebelah barat QPR  berpesta di London merayakan kejayaan mereka ke liga terulung bola sepak Britain. Manchester City yang memberi peluang Viera memenangi FA Cup kelimanya, atau mungkin yang terakhir bagi kerjayanya, masih perlu bertemu Stoke City dalam 'ulangan' FA cup final.Jadi Sebelum mereka memasang impian atau cita2 untuk berada di tempat ketiga dan mengelak bertemu pasukan2 seperti Bayern Munich dalam pusingan kelayakan, Arsenal perlu meneruskan perjuangan dengan kemenangan malam ini. Bertemu Aston Villa di laman sendiri, Arsenal perlu menghadiahkan sekuran2nya tiga mata buat para penyokong di Ashburton Grove yang selama ini sanggup berlabur mahal memberi sokongan pada pasukan kesayangan.

Dalam pre match conference sempena game malam ini, Arsenal mengaitkan tekanan kerja di samping keasyikan peribadi. Merujuk pada kes rakannya yang juga pengurus Aston Villa, Gerard Houllier yang dimauskkan ke hospital akibat sakit jantung, Wenger menegaskan walaupun diselubungi tekanan yang dasyat ,mental dan fizikal, tapi dia berasa masih bernafsu dan terasa syok yang amat dalam kerjayanya.Mungkin jika satu hari nanti badannya sendiri memberi signal 'cukuplah, sudah2 lah tu' baru dia akan berfikir kembali untuk melepaskan segala2nya. Begitu juga katanya terhadap Pat Rice, Wenger telah memujuk bekas RB Gunners  yang telah membuat lebih kurang 500 penampilan bersama Arsenal untuk menyambung kontrak setahun lagi walaupun tahu keadaan lututnya yang sudah kronik di samping isteri yang sakit di rumah. Itulah nafsu dan pengorbanan orang tua2.

Apa yang pasti adalah malam ini malam istimewa buat Arsenal kerana Verminator bakal kembali. Kecederaan Koscielny bermakna mael akan membuat kemunculan yang dinanti nantikan.Bercakap dengan penuh semangat, Mael berharap aksi2 last minit musim ini sekurang2nya dapat meyakinkan pengurus bawaha dia sudah betul2 fit dan tajam sebelum cuti musim panas dan kembali ke pra musim sama seperti kondisi rakan2 lain tanpa sebarang masalah.Walaubagaimanapun Nasri dan Fabregas masih perlu menjalani unjian kecergasan.Rosicky dan Diaby kedua2nya telah disahkan tidak akan turut serta.

--------------------szczesny--------------------
Sagna---------Johan------Mael----------Clichy
--------------------Song-----------------------
------------Wilshere------Fabregas-----------
---Arshavin-------RVP----------Nasri--------

Aston Villa mungkin tidak ada apa lagi yang ingin dikejari kerana terselamat di mid table tapi bukan bermakna Arsenal boleh mengambil mudah. Adalah lebih baik untuk Arsenal mencari gol seawal yang mungkin  kerana ini last game di Emirates musim ini ,jadi bukannya masa nak lihat tekanan di raut wajah para pemain dan penyokong, ia sepatutnya menjadi game yang enjoy dan relax.Lebih2 lagi ada lap of honour setelah selesai wisel penamat, jadi macam tak kena jika Arsenal gagal menghadiahkan kemenagan malam ini..
Astro ESPN 812 11pm. Arsenal 3 Aston Villa 0..

P/S: kalau dapat tengok Lehman buat last cameo pun cun jugak.masuk jadi sub.Bobby juga mungkin akan kembali buat kali terakhir jika dia memilih untuk bersara.

Agi idup agi MengGunners!


0 ulasan: