Isnin, 16 Mei 2011

Sudah sudah lah tu....


Gua dah kabor dari awal2 tadi, carik gol awal dan elak kesilapan bodoh bangang. Inilah harga yang terpaksa dibayar Arsenal selepas tumpas dengan 2 gol Bent-kalah last home game dan player terpaksa berjalan keliling stadium yang separuh kosong.Lap of honor yang diharap bertukar menjadi 'lap muka sendiri laa weih' selepas pemain2 sendiri menconteng arang. Sudah lah main nak berfoya2, pengadil pulak satu hal. Arsenal sepatutnya lebih arif dengan konspirasi dan niat2 jahat tangan2 ghaib yang suka melihat kehancuran kelab ini.Sekuarang2nya satu penalti dinafikan dan apakejadah yang tak kena dengan gol si Chamakh tadi?! Namun segala kelahanatan dari pengadil tidak dapat memadamkan  memori dan membuatkan kita sebagai saksi lalai atau lupa akan persembahan buruk yang dipamerkan terutama dalam minit2 awal perlawanan. Bukan satu comeback yang diinginkan oleh Mael, lebih2 lagi terpaksa bergandingan dengan sampah badut Laci.

Gua tak tahu macam mana suasana bilik persalinan, half time mahupun aftermatch tapi yang pasti satu perubahan dan reformasi yang berani harus dilakukan. Kelibat sugul slumber 2 orang pemain yang dihujani spekulasi perpindahan Nasri dan Fabregas yang menyaksikan dari tepi dan turut sama selepas tamat wisel penamat membuatkan kita tertanya2 sudah bersediakah Arsenal melepaskan mereka yang penting ini.Kekalahan ini telah menyimpulkan musim ini.rekod bagai nak rak last2 tumbang jugak dengan cara yang mengecewakan. Paling tidak dari match ini kita dapat saksikan bahawa jika Arsene ada strategi dan plan lain dari awal, kalau dia berani buat perubahan taktikal, formasi dan strategi, masih ada jalan keluar unuk Arsenal. Persembahan gung ho di separuh masa kedua menunjukkan ada usaha dari para pemain tapi tak cukup.Tak cukup desire, tak cukup mental.Tak cukup tinggi pun satu hal. Sudah tiba masanya Wenger duduk semula dan berbincang bersama Pat Rice serta barisan jurulatih dan scout tentang variasi apa yang diperlukan Arsenal. Sudah2lah tu dengan pemain2 licik tapi sekadar bertubuh comel molek, kita dah berlambak pemain macam tu.Sudah2lah tu mencari AM diletakkan di bahagian wide area , memaksa pertukaran posisi asal pemain.Sudah2lah memaksa RVP bermain lone striker pada ketika kita tahu dia dapat menjanakan  permainan terbaik dan enjoy sebagai support striker.Banyak lagi yang 'sudah2 lah tu' sebenarnya.

Pada gua sendiri..Sudah2lah tu membebel meroyan dan sokonglah pasukan kita baik ketika susah mahupun senang.


2 ulasan:

muhammad m.y. berkata...

aku suka ayat last tu...
baru la TRUE ARSENAL

mr. salleh nasri berkata...

saya berpendapat, arsenal perlu ubah belk formasi.. guna la dua striker.. dan jngn la suka-suka hati taruk player di tempat bukan-bukan.. kesian si bendi tu,, bkan die x bgos tp dh klau bkn posisi die, x ke haru.. nape x suruh bendi jdi keeper... bek plak ape kejadah.. sagan bile naik, mlas nk trun.. song.. ko backup utk bek.. please la.. agak-gak la nk score pn.. tolong la cover badut laci tu.. bek...ooo bke.. mcm nk mengembek.. cri la dua orng yg ade kualiti.. jngn duk sebok cri dri france jer... agak-agak la nk jimat pn.. sakit hati giler tngok bek mcm hampeh.. mane spirit mcm lwan Man U..?? mane??? lewe sungguh ye korang men...