Khamis, 12 Mei 2011

Musim belum berakhir, Lagi 2 game..


Petang tadi sempat membuka tv,saluran 813 Star Sports, dipertontonkan kembali kononnya FA Cup Classic.Aku ingat istilah classic ni kalau ada match2 yang menarik ke dramatik ke ini tidak, yang menariknya hanya bagi sesetengah golongon , sekelompok manusia tidak secara menyeluruh terutama bagi si neutral. Macam mana pulak perlawanan FA Cup antara United dan Arsenal di Old Trafford 07/08 yang berkesudahan Arsenal dibelasah 4-0 menjadi classic di mata penyiar yang memilih match ini untuk dipertontonkan kembali. Ini menguatkan nafsu serakah aku untuk mempercayai ada anasir2 dan tangan2 ghaib dalam pihak media yang cuba membrainwash betapa Arsenal saban hari saban teruk malah tak berubah2,hasutan ini cuba ditanam secara halus umpama selumbar dalam ibu jari kaki. Kah3.. mungkin aku terover prajudis dan tak sangka kekurang keberjayaan Arsenal musim ini disambut dengan agak paranoid dalam diri ini sampaikan semua benda sekeliling tak betul,itu negatif ini negatif. Dasyat penangan Arsenal dalam jiwa. Itulah norma2 manusia.

Ok ada lagi 2 game. Satu home AstonVilla dan away yakni last game tak jauh mana, di London jugak, menentang Fulham. Yang match last ni aku tak pasti sama ada kita berpeluang berebut siaran berbayar atau tidak kerana semua match dijalankan serentak , walaupun ada 3 channel, sudah beberapa musim yang aku ingat, terpaksa sekadar melayan online streaming yang tersangkut2. Kelambatan Unifi untuk menjalar ke kawasan 'maju' ini boleh didebatkan. Sempena last home match di Emirates, ada cakap2 Fabregas bakal diturunkan- aku taknak sebut aksi akhir sarung jersi Arsenal kerana ia boleh didengar hampir setiap musim-yang pasti selepas match ada lap of honour dari para pemain bagi memberi penghargaan kepada para penyokong setia yang tak putus2 memberi sokongan. Di situlah kita akan dapat lihat mungkin lambaian2 terakhir dari beberapa pemain. 'Beberapa', sebab kalau ikutkan akhbar, mahu diorang tulis hampir kesemua pemain . Massive clear out's dream dan fantasy football sesetengah tabloid dan khabar angin cukup menggeletek perut aku. Kita kenal kelab kita, kita tahu cara Arsenal beroperasi. kita sedia maklum perangai Wenger jadi rumors2 yang melampau kadang2 tak masuk akal sedangkan wisel penamat musim belum pun ditiupkan.Berita baik yang boleh didengari adalah dari mulut agent Samir nasri, perbincangan berada pada tahap yang stabil dan masih ada sinar2 harapan. Dari pihak Clichy dan Bendi pula belum ada apa2 perkembangan.

Wenger juga telah membayangkan mungkin akan menurunkan Mael dalam 2 perlawanan terakhir ini. Ini bagi melihat sejauh mana ketajaman dan fitness pemain  penting yang terlepas hampir satu musim. Harap dia tidak akan menerima nasib sama seperti Rosicky yang sukar untuk kembali ke prestasi terbaik.2 game ini jangan anggap tak ada makna kerana Mancity sedang bernafas elok2 2 mata bawah kita.Silap percaturan, Arsenal mungkin terpaksa memperlebihkan stamina baki menambah 2 game untuk musim depan jika terpaksa melayan play off Champions League. Dan pada ketika itu kita sudah ketinggalan beberapa game dalam liga dan terpaksa play catch up, suatu perkara yang meletihkan dari segi fizikal dan minda.Oleh itu, Kelayakan tempat secara automatik amat penting dalam merencanakan hala tuju Arsenal musim depan. Kita melihat cucukan dari belakang, tapi tak salah untuk kita mengintai lubang di atas yang masih ditinggalkan Chelsea.

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: