Rabu, 11 Mei 2011

Mereka sangka kenderaan cap AYAM boleh memecut di lebuhraya ELITE..Kah3


Siapa kata season Arsenal seburuk yang disangka?! Kerana seburuk2 musim, ada lagi pasukan yang lebih buruk hodoh dan malang. Kah kah kah..

Sudahlah angan2 mat jenin dalam 1 musim fairy tale Champions league. Ada hati pulak nak muncul kembali.

Apabila mereka Seri dengan Blackpool, ia mengesahkan jiran terhebat mereka Arsenal berada dalam top 4 buat kali ke 15 berturut2.Konsisten beb.

Baru sekejap tadi mereka kalah pulak dalam pertarungan hidup mati, dan penjaring gol kemenangan City adalah orang yang meletakkan Spuds sendiri ke dalam mimpi2 palsu May tahun lalu.Kini tiada lagi Champions league buat mereka.Selayaknya memang begitu.

Lebih menarik lagi, hujung minggu ini kemenangan Liverpool pulak akan mengebumikan mereka sekaligus kongker tiket Europa.Jadi tiada lagi perjalanan Eropah bagi jiran tetangga berlagak diva elite ini.Kah kah kah kah..

Once a spuds, always an ayam.

Paling tidak pun, aku cukup puas hati malah tak mahu tumpang berduka atas berita ini.Happy belated St Totteringham Day... Kah kah kah kah kah.....


1 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

hahahaha..padan muka diorang...