Salam semua..oleh kerana kenduri di sana-sini..function itu ini, x sempat cek nak update blog. yup, rata-rata ramai yang maseh geram dengan keputusan semalam yang sememangnya berat sebelah? Kenapa Berat SEBELAH?
Mari kita bahaskan..
Secara rasionalnya, dengan barisan yang sedia ada dan kehilangan beberapa tonggak utama, teraju serangan kita maseh tetap bernyawa dan mempunyai sengatnya yang tersendiri. Namun, ketidakseimbangan pertahanan dan jentera serangan melihat SITUASI BERAT SEBELAH berlaku yang mana kita menyerang, tapi barisan pertahanan meloloskan goal dengan sebegitu mudah. situasi ini begitu berat sebelah untuk jentera serangan kita yang berusaha gigih mencari goal..
Semalam kita menyaksikan dua-tiga pemain melakukan kesalahan yang YA AMPUN, sangat memualkan..x perlu kita bahaskan nama mereka kerana rata-rata umum sedia maklum siapa entiti2 tersebut. Namun di sebalik kemualan itu, aku sedikit terhibur dengan spirit yang dipamerkan oleh captain jack, clichy, persie, nasri DAN THE SHUHHHH MAN, Arshavin the gimbly..
Ibarat gladiator atau Barbarian, arshavin dilihat memacu jentera serangan yang sedikit sebanyak memberi inspirasi taming sari untuk kedua-dua goal penyelamat permainan. Kelibat ramsey sedikit sebanyak mengubat kehilangan beberapa key-player di bahagian tengah namun, kita harus MENYEDARI x sukar untuk Ramsey kembali ke form-nya setelah sekian lama tidak beraksi di peringkat tertinggi. Mungkin lebih banyak pendedahan lagi diperlukan oleh rambo sperti mana yang diberi AW kepada jackie..
Mengenai goal2 yang agak kurang pandai diboloskan barisan pertahanan kita, jawwapannya mungkin pada AW kerana bukan mutu bola-sepak sebegitu yang harus dipamerkan untuk kelasb segergasi gUNNers..Mungkin di sini AW sendiri merindui kelibat Verminator, Djrou & Song yang kental dengan amukan lawan. Namun personally, aku rasa bukan almengelamun, sikulaci atai koShaveni x boleh bermain baik. cuma kurang persefahaman atau kurang komunikasi antara mereka yang menyebabkan goal2 kurang pandai terjadi.
Mungkin latihan vokal harus diberi kepada mereka agar lebih kerap bersuara kerna kita harus akui, almunia pernah bermain diperingkat tertinggi dan beliau boleh beraski pada formnya yg tinggi. Mungkin kesalahan semalam dpt dijadikan iktibar untuk AW memantapkan barisan yang sedia ada. tak perlu menyalahkan siapa2. iBARAT pepatah hindi "ramai yang mengutuk bila sungai itu kotor..kutuk,caci & maki..tapi x ramai yang sanggup mencuci kekotoran itu agar ianya kelihatan jernih dan mengalir dengan lancar.."
Semakin hari tugas berat digalas AW dan pasukannnya namun,selagi loceng rehat belum berbunyi, kelas tetap diteruskan..banyak lap lg harus ditempuhi..keajaiban maseh wujud. GUN DOWN THE CRITICS, BUILT-UP THE SPIRITS...
2 ulasan:
Nice posting as always...GUN DOWN THE CRITICS, BUILD UP THE SPIRITS...Thumbs Up
Catat Ulasan