Sabtu, 15 Januari 2011

Sudah tiba masanya dia perlu lebih 'mental'

Setelah tewas mengejut kepada Ispwich dalam persembahan yang hambar dari rata2 pemain utama, Wenger pastinya menerima pelbagai kritikan tak kira dari media mahupun peminat sendiri. Banyak blog2 dan komen2 yang meluahkan pendapat agar Wenger ditukar tak kurang ada jugak yang terus menyokong. Kita tahu pemain2 mempunyai tahap teknikal yang tinggi jika kena pada harinya, tapi Wenger punya taktikal pulak yang menjadi persoalan. Adakah dia masih orang yang relevan? sudah pasti kerana team ini adalah hasil ciptaannya tiada orang lain yang lebih layak, lebih mnegenali pemain2 yang dibawa masuk selain dirinya, Pat Rice dan barisan jurulatih. Reformasi secara transaksi mengejut boleh menimbulkan syak wasangka tentang hala tuju kelab di kalangan pemain yang 'membesar' di bawah Wenger dan boleh membawa kepada kemurungan bilik persalinan dan perpindahan.Itu adalah perkara terakhir yang perlu berlaku ketika ini. Apa yang lebih penting selain persoalan taktikal adalah bagaimana Arsene Wenger sendiri cuba memotivasikan para pemain ketika perkara2 tragedi berlaku.

Kita sudah lihat di Anfield musim sudah, ternyata ia berhasil. Ketika Arsenal ketinggalan di babak pertama, Wenger diberitakan mengamuk satu kampung tanpa pernah dilihat mana2 pemain sebelum ini sehingga pemain2 kecut perut dan mengubah semangat serta rentak perlawanan.Hasilnya Arsenal menang 2-1 sesudah wisel penamat.Jjadi ketika palyer semua moral down, kita memrlukan lebih dari Arsene Wenger untuk membakar semangat para pemain, menyuntik lebih tenaga dalaman dalam jiwa kerana otak yang cerdas melahirkan kudrat yang cergas.Itu adalah kuasa minda. Ada kalanya kita lihat dia terlalu berlembut dalam 'melindungi' para pemain, tidak salah  kerana itu mungkin cara psikologinya.

 Tapi mungkin sudah tiba masanya untuk die lebih tegas kadang kala dalam mengkritik para pemain yang beraksi di bawah tahap paranorma aktiviti..Kita tahu pemain itu mampu tapi body language mereka seakan2 nak taknak, masalah Arsene adalah cara dia mau kasi up semangat pemain, mengoptimakan energy dalaman yang tersimpan agar dipersembahkan di atas padang. Kadang kala ketikapre match atau  half time aku tertanya2 jugak apa lah orang tua ni sembang lebat dalam bilik persalinan? Adakah kita perlu mendapatkan khidmat Dato Fazdzilah Kamsah , Dr Fazele atau Prof Izzi Hj Ali agar memberi kata2 motivasi kepada mereka ini? Sepretimana dia begitu yakin terhadap para pemainnya , aku benar2  harap dan yakin, Arsene Wenger mampu melakukan lebih baik daripada ini.



p/s : Tak tau kenapa tapi aku rasa semacam semangat bila tengok gambar2 ini.


0 ulasan: