Sabtu, 15 Januari 2011

Pre Match : West Ham vs Arsenal

Rumors mengenai Mathew Upson ke Arsenal bertiup kencang mewarnai kehangatan derby antara Arsenal bertemu West Ham di Upton park malam nanti. Secara jujur aku tak nampak ia satu percaturan yang berbaloi kerana jika di zaman mudanya dia tak sebagus mana untuk Arsenal ketika dibayangi Keown dan Campbell, apa yang mengubahnya untuk Wenger kembali membuka pintu Arsenal untuknya. Wenger cakap, dia hanya akan menambah jika kualliti itu lebih daripada apa yang kita ada sekarang tapi bagi aku  mengikut form terkini Upson dan diperhati kedudukan West ham dalam tangga liga, dia tak banyak berbeza dengan Laci yang kita ada dan jika Wenger buat jugak pi'il peliknya, ia tak ubah sama seperti Wenger sign Silvestre. Tapi tak ape jangan bimbang, ia hanya desas desus.

Kita jugak sudah clear bahawa Wenger menafikan untuk menjual pemain yang digelar hebat, Arshavin. Mempunyai tempoh2 sukar adalah norma2 hidup dalam kerjaya bola sepak dan Wenger sendiri percaya Arshavin akan kembali tajam seperti dahulu kala.Kita hanya mampu tunggu dan lihat dan berharap.Namun begitu  masih belum ada berita tentang penjaga gawang Almunia sama ada kekal atau sebaliknya.Alasan Wenger " Entah aku jarang jumpa, sekarang banyak travel(Almunia dikatakan 'injured' maka tidak turut serta dalam mana2 trip). Tapi firasat aku,s eakan2 pergi, jika kekalpun Wenger lebih mengharapkan duo polish makanya game Almunia mungkin boleh dihitung dengan jaris elepas ini. Seorang lagi pemain yang dicanang2 untuk dihantar loan adalah Vela tapi masih belum ada berita konkrit walaupun banyak kelab sudah menyatakan minat , Bolton dilihat sebagai favorite dengan sejarah mereka melayan Wilshere musim lepas.Menjadi masalah ialah barisan depan mereka Elmander dan Davies bermain agak bagus musim ini jadi mampukah owen coyle menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama, kalau bagi pinjam tak main pun tak guna jugak. Sementara it perihal Aaron Ramsey, Wenger menafikan peluang untuk dia dipinjamkan kepada Blackpool atas alasan jadual yang padat.

Cukup pasal transfer yang tak seberapa kerana masih ada belum berita sahih tentang bakal defender. Kembali ke isu perlawanan malam nanti. Fabianski gagal ujian kecergasan ini bermakna Szczesny pemain yang mengekalkan Arsenal dalam kedua2 tie FA dan Carling akan dikekalkan. Masih menunggu home league debut bagi pemain muda ini kerana aksi pertamanya juga berlangsung di Old Trafford dulu. Denilson yang bergandingan buruk dengan Jack diberitakan pulih untuk kembali, begitu juga dengan Nasri dan RVP yang direhatkan. jadi selain  Fabianski, Almunia mael dan Diaby, semua pemain lain mempunyai peluang untuk diturunkan.

2 semifinalis carling Cup akanbertemu dengan keduanya mempunyai mood berbeza. West Ham sudah pasti turun dengan semangat baru dan ceria setelah berjaya menundukkan Brummies tapi lain pulak nasib Arsenal yang masih dukacita dengan kemaluan yang berlaku. Apapun kedua2 pasukan bermain tengah minggu jadi fatigue bukan lagi faktor yang boleh diguna pakai sebagai alasan.Selain 3 mata kemenangan amat penting bagi kedua2 pengurus pasukan kerana masing2 mempunyai tekanan tersendiri. Grant umpama telur di hujung tanduk tapi masih selamat di sebalik keputusan2 yang kurang memberangsangkan.Wenger pula pasti pedas telinga menahan segala kritikan yang dilemparkan setiap kali Arsenal gagal mencapai tahap sepatutnya. Namun aku akui antara kedua mereka, Wenger adalah yang paling bertuah dan dia sendiri mengakui dia bernasib baik.

West Ham turun tanpa penyerang on form mereka ketika ini Obina akibat penggantungan tapi mereka masih ada Carlton Cole yang kembali fit malah sempat merakamkan jaringan Rabu lalu.Tugas untuk membanteras aksi2 hadapan West Ham masih diteruskan oleh gandingan Jozan dan Kos, cuma itu yang ada ketika ini sementara tunggu stok baru. Clichy akan kembali semula ke bek kiri tapi Sagna masih lagi dalam penggantungan jadi Eboue dijangka mengekalkan tempatnya di bek kanan.



---------------Szczesny------------------
Eboue----Kos------Jozan--------Clichy
---------------Song---------------------
--------Fabregas--------Jack-----------
--Walcott----RVP------Nasri-----------

Aku harap persembahan kali ini betul2 berlaianan daripada apa yang dipertontonkan tempoh hari. Pemain2 perlu lebih fokus dan kembali memberi tumpuan serius.INi perlawanan liga, bukan lagi cup tie yang mempunyai peluang kedua. Cukuplah drama2 sebak. Astro 817. 1:30 AM. West Ham -0 Arsenal 1

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: