Selasa, 18 Januari 2011

Sekitar minggu ini selepas menang di Upton Park



Kemenangan yang cukup sempoi tapi lebih dibayangi cerita tentang nasib yang bakal ditimpa pengurus west ham. Credit diberikan kepada seluruh pasukan Dan paling sempoi adalah kelibat Van Persie yang tampak ke hari2 bahagianya. 2 gol dan satu assist +90 minit aksi, RVP semakin cergas dan semakin menghampiri prestasi terbaik cuma diharapkan tiada lagi malapetaka yang bakal muncul kerana kita sedia maklum sejarah RVP di saat2 hendak mencapai top gear. Maka dengan kemenangan ini meletakkan Arsenal terus menekan2 2 kelab Manchester yang berada di puncak.Satu lebih satu game , sekor lagi kurang satu game namun memasuki round 2 perlu diingat kedua2 kelab ini kini boleh dipandang serius selaku pencabar. Jangan dilupa Chelsea yang masih boleh menghukum dan merangambil peluang.Spuds? Secara jujur aku tidak mengharapkan langsung mereka untuk mendapat apa2 dari United, kita terima saja keputusan seri mereka. Mereka ini sebagai pengacau sahaja.

Bulan January hanya tinggal seminggu lebih tapi bayang2 signing Arsenal masih menjadi misteri. Nak pulak, keputusan sama ada adakah Arsenal perlu signing baru atau tidak masih  belum disuarakan Wenger.Terbaru Arsenal mengesahkan Mael akan mengambil MC hospitalization dalam 4-6 minggu akibat pembedahan. Berapa kali sudah aku dengar , mula2 beberapa hari, lepas tu seminggu, lepas tu berapa minggu lepas tu sebulan last2 sampai sekarang penyakit Achilles. AKu tidak meletakkan harapan untuk die kembali terus dan masuk membantu di saat2 genting kerana seperti pemain lain dia perlukan masa untuk kembali recover dan menyesuaikan diri.Jadi cakap2 untuk die kembali terus pada 1st leg mahupun 2nd leg ketika bertemu Barcelona dalam keadaan yang kurang fit adalah satu risiko. Walaubagaimanapun tak dinafikan kepentingan watak sepertinya dalam dan di luar padang terutama dalam game besar seperti itu. Untuk tidak begitu kecewa, aku menjangkakan musim depan untuk Mael kembali pada prestasi musim lalu. Begitu jugak Rambo yang masih belum berpeluang membuat comeback di padang Emirates.

Jadi apa kata suratkabo? Richard Dunne punya gosip telah kembali suam2 kuku apabila Aston Villa jugak berhasrat menambah seorang lagi CB walaupun nampak seakan seperti memerlukan duit sesudah membelanjakan 'duit gila' 24M?! bagi mendapatkan Darrent Bent dari Sunderland. Lagi merumitkan adalah Gerard Houllier jugak berminat mendapatkan target Arsenal sendiri iaitu Samba dan CB Bosnia Spahic.Selepas aksi mustahil dari Cahill dan Mertesacker, jadi siapa lagi yang tinggal. Maka kembalilah ke 'cara Wenger' iaitu kembali ke akar negara asalnya Perancis lalu timbullah cerita terbaru CB member si Camakah dari Bordeaux Michael Ciani 26. Hadoi...macam2. Jangan terkejut kalau lepas ni kita dapat offer pemain dari Azerbaijan di mana Abang Tony kita legend Arsenal kini menjadi jurulatih kelab Gabala FC.Iye lah, dengan Arsenal, lagi2 Aesene Wenger, apa2 sahaja boleh berlaku, entah mana2 nama boleh dipetik.bersedialah.


Sedang sibuk Tony Adams mencari redemption dalam membina semula kerjayanya sebagai pengurus, seorang lagi Lagenda Arsenal sedang giatmara berlatih bersama pasukan utama. Seperti kita sedia maklum Henry kini berada di London Colney. Memang best jika mendengar bekas2 pemain kita menceritakan yang baik2 belaka tentang kelab kesayangan yang telah memberi peluang kepada mereka mengisi kerjaya. Seronok mendengar mereka tak okek berkongsi cerita pengalaman dan nasihat kepada pemain2 yang ada sekarang ini.ok Henry, Ceceghrite2.

Berita yang baru masuk. JET dan pemain Jepun baru bakal dipinjamkan keluar untuk menimba pengalaman masing2 di Cardiff dan Feyenoord. Selamat maju jaya kepada semua pemain yang dipinjamkan.belajar elok2 jangan main2...seperti nasihat emak menghantar anaknya ke asrama.

P/S: Bagi anda yang berminat dengan twitter dan berminat untuk mengetahui isi hati dan pendapat2 beberapa pemain Arsenal, anda boleh dapati beberapa profile di sini untuk diikuti. link


0 ulasan: