Rabu, 19 Januari 2011

Ringkasan menjelang replay FA Cup di Elland Road



Awal pagi Khamis Arsenal akan bertandang ke Elland Road untuk menghabiskan kerja yang tertangguh. Itulah suka sangat buat kerja last minit, begitulah jadinya tak pasal2 jadi satu kerja.

Kemaskini kecederaan:

Fabianski masih belum sembuh maka tempat bagi Szczesny akan dikekalkan. yang bagusnya pada aku, (aku  tak tahulah jika aku seorang sahaja yang rasa) setiap kali pemain muda ni main aku tak rasa was2 dan semacam yakin semacam walaupun melihat pada usianya yang terlalu muda -dan mengenang sejarahnya pernah patah kedua2 bahu- untuk menjadi penjaga gol di match2 penting. Aku rasa mungkin kerana karekternya yang begitu konfiden dan lantang(mintak diturunkan) membuatkan kita sama2 konfiden melihatnya di atas padang. namun setakat ini kelantangannya bersebab, dia dah buktikan bahawa dia mempunyai masa depan di Arsenal , awal lagi untuk puji melambung,kita simpan dulu.Karang tak perform kita jugak yang lambung dia.Haha

Rosicky bakal kembali selepas direhatkan dari aksi di Upton Park. Bacary Sagna jugak sudah tamat tempoh penggantungan 3 perlawanan jadi dibolehkan beraksi menggantikan Eboue yang sudah kepenatan jatuh sana sini. Kita jangkakan corak permainan sama yang bakal ditunjukkan Leeds, break up kita punya play kasi pemain2 kita frustrated dan mengambil kesempatan melalui counter attack.Atau mungkin mereka sudah sibuk berlatih penalti, hype2 tentang Szczesny akan bertambah hebat jika dia alang2 muncul sebagai wira pada ketika itu. Tapi kalau diberi pilihan, aku tak nak. Kalau boleh , biarlah selesai awal menlihat pada jadual kita yang tersangat padat.Berita baiknya, di sini Khamis cuti!


4 ulasan:

gula-gula berkata...

bro banyaknye typo..excited sgt ke ni?hahahaha..tapi paling best > 'berak up'. hehee..

Gunners & Roses berkata...

haha..giatmara betul..sorry la geng.heheh

Unknown berkata...

bro...i minat giler u blog....hri2 follow...bla nk upload pic kt emirates???

Gunners & Roses berkata...

Salam En Saffa. Terima kasih banyak2 atas sokongan, gambar di Emirates sudah diuload dalam posting sebelum ini,

http://arsenalaysia.blogspot.com/2010/12/post-match-exlusive-suku-akhir-carling.html

ok,thanks