Sabtu, 22 Januari 2011

Masih mengejar keempat-empat.. Go 4 it!

Itulah yang ditunjukkan, kepentingan mempunyai pemain2 yang konsisten, bernafsu hendak kembali kepada tahap yang terbaik, dan lepas geram. Ketiga2 mereka dalam kategori yang disebutkan tadi menjaringkan gol memberi Arsenal laluan ke pusingan seterusnya dalam FA Cup. Nasri, RVP dan Sagna.Nasri sepertimana yang kita sedia maklum merupakan pemain terbaik Arsenal setakat musim ini malah Rio Ferdinand dalam twitternya sendiri mengakui Narsi antara calon untuk merangkul anugerah pemain terbaik, nasihat aku pada Nasri jangan terbaw2a, Rio juga pernah memuji pasukan Malaysia jadi ucap terimakasih sudah. RVP pulak yang semakin naik tocang walaupun sentiasa berambut pendek(tak tercapai akalmu membayangkan RVP rambut panjang) , formnya tengah menjadi sekarang ni. Masuk sebagai pemain gantian, terus buat tandukan ala2 flying dutchman. Sagna pulak lepas geram bukan apa, sebab dah lama kena gantung tak pasal2, score pulak lebih kurang sama macam lawan Everton tahun lepas, oih dasyat...dasyat.

Kemenangan ini sepatutnya lebih besar jika pemain2 lain terutama satu dua nama dapat mengambil kesempatan selepas diberi peluang membuktikan kemampuan. Apapun kredit jugakla kepada Leeds kerana meeka mempunyai semangat melawan di atas padang, lagi satu ternyata gol yang dijaringkan mereka memang luar jangkauan, tapi tak tahan pengulas cakap kalau letak Almunia Fabianski Szczeesny tiga2 sekalipun tak dapat nak save, itu dah semacam hyperbola. Tahniah jugak kepada keeper muda kita yang beraksi seperti tanpa tekanan relax slumber yaya. Wenger sempat memuji ketahanan mental yang ditunjukkan penjaga gol muda ini dan masih senyap tentang Almunia tanpa menafikan peluang pemain Sepanyol itu untuk berpindah.Seorang lagi Spaniard El Capitano pun sempat beraksi beberapa minit masuk sekadar kasi steady game jek sebelum mengambil alih arm band dari Nasri sewaktu Nasri dikeluarkan.Tak ada yang lebih membanggakan apabila melihat pemain kita mendapat standing ovation dari penyokong lawan..

Sabtu malam bertemu Wigan pulak. Mental pemain kena tukar secepat mungkin dari cup game ke liga.Sebenarnya tak jadi masalah nak bajet2 awareness antara cup tie dengan league match sebab kalau semua game kita hanya ada satu target yakni menang, pemain2 akan automatik lebih berjaga2.Rotation mesti akan berlaku. Cuma yang aku risaukan di sini adalah department pertahanan terutamanya CB.ok Sagna dan Clichy boleh kembali ke lubuk masing2 tapi gandingan Jozan dan Koscielny ini  sekurangnya2 terpaksa bermain lagi 2 match sebelum Squaillaci dan Diaby dijangka pulang.-Itu selagi Wenger belum menemui calon pengisi kekosongan. Cakap2 mengenai Cahill kembali diungkit apabila Wenger memuji Cahill ,biasalah semua dia puji tapi standard lah jawapannya, dia tak nak bagi apa2 nama jika diajukan soalan sekalipun.Ugut bunuh, kerat jari pun, resume calon2 takkan didedah atau disengaja cicirkan. Worst case Scenario jika tak dapat belian katanya, adalah Song di bahagian CB sebagai cover manakala Diaby akan menggalas tugas asal Song di tengah. Gila! Sudah cukuplah nak mengharap pada sesuatu yang tak pasti, Diaby sejauh mana fit pun kita tak tahu, perkara ini sudah sering berlaku, janganlah diranapkan peluang Arsenal untuk terus memberi cabaran dalam keempat2 kejuraan yang masih diperjuangkan.

Aku berharap Wenger sedar. Inilah masa dan peluangnya. Dia marah kalau pemainnya mempersia2 peluang di depan gol, leading 2 gol selepas tu kalah, hanya perlu menang untuk rapat tapi , seri kalah..itu memang dia bengang betul, cukup pantang. Tapi jika dia sendiri pun tak nampak kesempatan yang ada untuk menguatkan skuad tatkala sebenarnya kita belum cukup lengkap/bagus, walaupun melihat pada keadaan dan kedudukan skarang, ia juga boleh diakui disebabkan oleh team pencabar lain jugak melalui nasib yang malang maka kemalangan ini berjangkit tidak seperti musim2 lepas di mana nasib buruk hanya melanda kita sahaja. Oleh itu Wenger perlu sedar ini merupakan peluang terbaik.

Arsenal hanya perlu lebih unity dalam acara bertahan. Bersatu dalam erti kata lain, pemain2 yang penting haruslah dipastikan kekal hingga ke akhir musim.Kalau boleh taknak tengok langsung ada yang keluar Januari ini tak kiralah dijaul atau dipinjam.Tapi itulah bola sepak, bukans emua pemain boleh puas hati. Dengarnya, Rambo, Vela dan Lansbury akan sekali lagi dipinjamkan. Arshavin masih lagi relevan, masih antara watak penting dan orang harapan Wenger. Cuma dia kena kembali berusaha dan setkan fokus. Pertemuan menentang Leeds dah nampak ada bibit2 kesungguhan walaupun lemau di hadapan gol. Ketika team kita tengah lalui zaman sukar, siapa yang ada di belakang mereka kalau tidak kita. Janganlah jauh di hadapan ketika menang tapi hilang di medan perang. Esok Arsenal akan melayan kunjungan Wigan. Kali terakhir kunjungan mereka ke Emirates memang tak dapat dilupakan!! Kita mengharapkan Wenger tidak terlalu memilih walaupun terdapat semifinal Carling di tengah minggu, turunkanlah barisan terbaik.

Agi Idup Agi mengGunners!!


0 ulasan: