Khamis, 13 Januari 2011

Poor poor Arsenal.

Tak sampai dalam tempoh seminggu kita telah diberikan tentangan sengit oleh 2 pasukan Championship tapi kali ini lebih menghampakan apabila kita tewas. Tahniah kepada Ispwich yang bijak mengambil peluang dan berjaya menafikan kita dari menyumbat gol dalam 90 minit. Perlawanan tadi lebih kepada rumusan masalah yang sering  berlaku, control game bagai nak rak, tak ada sentuhan penyudah, mempersiakan peluang dan akhirnya terhukum dek counter attack terutama long ball. Ini adalah voodoo yang sering menghantui Arsenal. Aku tak tahu kenapa, adakah kerana level of confidence player yang terlalu tinggi bajet star memandang rendah pasukan2 bawahan, ataupun level of performance yang terlalu poor. Wenger telah menurunkan barisan atas kertas yang 'boleh menang' tapi pemain2 nampak seperti tak berjiwa dan agak struggle sedang Ispwich lebih berdisplin cuba mematikan game kita.Mereka menyempurnakna peluang sedangkan kita seringkali terlepas dengan bayangan di muka player 'takpe lepas ni ada lagi'. Szczesny membantu di minit2 akhir agar kita masih lagi dalam tie,  kerana jika terkena2 bijik ia bukan sekadar menconteng arang tapi tugas besar menanti di Emirates dalam maasa 2 minggu. Ada lagi 2 game away,premier league dan FA cup nampaknya team kita benar2 tengah di dalam struggle period tapi janganlah sampai tahap di mana kita terpaksa memilih priority kejuaraan ketika semua game kini penting. Kita dah sejauh ini, untuk melepaskannya begitu sahaja sayang sekali. Seakan2 terdapat mental block, pemain2 harus mencari kunci untuk keluar dari kepompong ketakutan untuk gagal. Nafsu keinginan dan nawaitu itu terkurung, pecahkan blok yang menjadi dinding pemisah dengan memecahkan kebuntuan melalui jaringan2 , hanya dengan itu keyakinan akan terbebas terbang tinggi. Cuba lagi..


0 ulasan: