Ahad, 9 Januari 2011

Post match : Terpaksa ke Elland Road.

"Sekurang-kurangnya kita masih lagi dalam saingan" Itulah luahan kehampaan Le Prof sesudah melihat Arsnal bimbingannya menempah satu lagi perlawanan di tengah2 minggu FA Cup replay menentang Leeds di Ellan Road minggu hadapan. Penambahan 1 game menjadikan perjalanan Arsenal bertambah penat dan sukar kerana 3 away game berturut2, yang mana ketiga2nya penting, Semi Carling menentang pasukan tanpa manager Ispwich, West Ham, dan kemudian Leeds. Buat pengetahuan bermula minggu ini, Arsenal kini ada game tengah minggu di 4 minggu berturut2, maknanya jadual kita menjadi ultra padat lebih dari biasa yang harapnya tidak memberi kesan kepada cabaran liga kita.


12WedAdd to CalendarCarling CupAIpswich Town19:45SS1
15SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAWest Ham United17:30ESPN
18/19Add to CalendarThe FA CupALeedsATVO
22SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHWigan Athletic15:00ATVO
25TueAdd to CalendarCarling CupHIpswich Town19:45BBC2
29SatAdd to CalendarThe FA CupNFourth RoundATVO
FebruaryFATV 
01TueAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHEverton19:45ATVO
05SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueANewcastle United











Kita sebenarnya boleh mengelak jika pemain2 yang dipilih semalam lebih komited dan bersemangat. Tapi malangnya kebanyakan nama2 lagak primadona semalam beraksi di bawah par,cukup menghampakan. penonton dan penyokong sudah mula seakan2 hilang sabar dengan kelibat2 seperti Arshavin, Bendi, Chamakh, Denilson, Rosicky begitu jugak Eboue yang tidak mencapai standard kebiasaannya.

9 pertukaran tetapi taktikal masih tak tukar2. Daripada meletakkan 2 orang mat galah di hadapan Wenger lebih memilih untuk meletakkan hanya chamakh sebagai target man,  Bendi di bahagian wide untuk cut in ke tengah tetapi segalanya pointless kerana tak ada gandingan menarik pun antara kedua2 mereka. Yang diingat hanya sekali sahaja Bendi berjaya meloloskan diri dan melepaskan rembatan ke sasaran, bakinya kecewa. Itu pun masih boleh berada di atas padang sehingga ke penghujung. Patutnya Bendi membiarkan segalanya di atas padang dari pada cakap2 sombong nak jadi penyerang terbaik dunia, bising bila tak diturunkan dan apabila mendapat peluang habuk pun tarak. Seorang lagi yang mengalami syndrom mental down adalah Arshavin. Walaupun sebelum2 ini nampak body language bermalas2 malasan tidak ambil peduli tapi masih mampu deliver assist dan passing2 yang penting, kira boleh dimaafkan lagi. Kujangkakan sesudah Wenger menggugurkannya dari kesebelasan utama dalam match2 besar seeprti bertemu City dan Chelsea dia akan dapat kembali dengan mental yang fokus tapi sayang , lebih hanyut.Semalam adalah mungkin antara persembahan terburuk yang pernah aku saksikan dari pemain Russia yang hadir dengan reputasi bintang Euro 08 ini.Segalanya tak menjadi, miss pass, mempersia2kan hantaran rakan, gagal mengawal bola, gagal melepasi marker sehingga segerombolan penyokong sudah berdiri ingin melepaskan kekecewaan. Aku harap ia hanyalah satu hari yang malang, kerana setelah Russia gagal ke Afrika aku masih boleh memahami tapi ini Russia baru saja menang  bid World Cup, malah dengan bantuan dirinya sendiri, jadi apa lag yang tak kena wahai Arshavin?! Aku setuju dengan komen pengulas semalam, Arshavin pada ketika mental yang fokus dan tajam adalah antara pemain yang boleh mencipta sesuatu dari tak ada apapa, terbaik.Jadi  Wenger harus menyiasat ke mana hilangnya winning mentaliti dan nafsu bermain sesetengah pemain yang mana situasi ini cukup mengejutkan.

Chamakh 'si pemurah'  yang tak mengancam langsung, Rosicky yang sudah hilang kaki rembat, Denilson yang lembap dan kurang bijak, aku pelik bagaimana dia oleh stay 90 minit di atas padang. Dek kerana kelambatan dia terpaksa melakukan bentesan hambar yang mengundang penalti lawan. Sekali lagi Arsenal terhukum oleh silly mistake dan terpaksa mengejar game. Terpaksalah masukkan watak penting seperti Fabregas. Kemunculan Fabregas ternyata mengubah corak permainan Arsenal dengan suntikan hantaran2 yang lebih terarah dengan tempo yang laju. Kelajuan Walcott juga digunakan tapi kecuali penalti yang dimenangi, Walcott jugak tak banyak menyumbang kerana beberapa decision making nya masih tak berkembang. Apa pun satu kenyataan yang jujur apabila Walcott meminta maaf dan mengakui dia telah dengan sengaja menjatuhkan badan ketika berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol leeds pada saat2 akhir, namun pengadil menarik balik keputusan memberikan sepakan penalti. Kemudian seminit dua lepas itu Encik Daud tidak teragak2 memberikan penalti yang sah seetelah Walcott ditarik dalam kotak penalti. Tiada pemain yang lebih cool untuk mengambil sepakan selain dari El Capitano, ketika kita mengharapkannya, dia tidak mengecewakan, sekaligus gol penyamaan tersebut mematikan klimaks 8ribu penyokong Leeds yang sudah mula nak berepesta, sorrylah tak dapat nyo.

Leeds telah memberi cabaran dan menunjukkan mereka lebih bernafsu dan mahukan lebih. Arsenal kini mendapat pengajaran berguna dan sudah tentu tahu apa yang bakal dihadapi di Elland Road nanti, jadi kita tak boleh ambil mudah dan memandang rendah lawan. 1 lagi tambahan game bermakna pemain2 akan lebih penat dan rotation terpaksa dilakukan di pihak kita pulak ada positifnya, sekurang kurangnya ada lagi game untuk ditonton! Walaupun penat kita tetap semangat!


2 ulasan:

shahril berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shahril berkata...

harap wenger tak turunkan seluruh pemain lemau mcm game semalam . teruk giler . sakit ati tgk game semalam .
huh!