Selasa, 11 Januari 2011

Peluang melihat pemain baru?

" Tolong ingatkan aku.... beli player baru sementara masa masih ada" Arsene Wenger
Dengan kecederaan yang dialami Squaillaci, Wenger nampaknya terpaksa bertindak menyeluk apa sahaja poket2 yang ad,a menyelongkar bawah2 bantal , memecahkan tabung2 ayam kerana dia sendiri mengakui adalah mustahil dan gila untuk menghadapi baki saingan dengan hanya bersandarkan 2 orang CB sahaja tatkala naseb Mael kerbau tak kedengaran. Postitf? tapi siapa pula calon2 yang sesuai straight away masuk ke dalam 1st team kerana seperti yang kita ketahui pembelian January memerlukan magika untuk mendapatkan pemain yang boleh diharap dengan harga yang berpatutan, last sekali Wenger pernah lakukan adalah dengan membawa masuk Arshavin. Dulu dan kini berbeda ceritanya. Dia mungkin dalam keadaan form yang terumbang ambing tapi lega aku mendengar Wenger menegaskan keyakinan terhadap pemain2 di bawah par seperti Arshavin dan Bendi.Ini sekaligus menunjukkan bukan hanya penyokong tapi Wenger juga nampak dan concern akan persembahan menurun anak buahnya.Apa yang diperlukan mereka sekarang ini ialah keyakinan diri dan moral support yang tinggi terutama dari barisan jurulatih dan pengurus.

 Kembali kepada bakal signing, dengar ada ura2 Campbell akan kembali buat kali ketiga!? aku tak rasa ia akan berlaku, Wenger takkan terdesak dan kedekut sampai begitu sekali .Jangan salah anggap, Campbell adalah prajurit yang bersemangat, fighter, tapi Wenger kini lebih memerlukan seorang yang mampu menggalas cabaran 3 game dalam seminggu aku tak yakin di usia sebegini Campbell mampu kembali ke prestasi terbaik sedang hanya memanaskan bangku di Newcastle setelah memilih untuk tidak menyambung kerjaya di Arsenal. Kita masih sekurangnya2 mempunyai 3 minggu, jangkaan signing akan hanya tiba dalam minggu2 terakhir lebih biasa lagi, saat2 akhir.



The return of the king. Nampaknya Lagenda Arsenal yang masih bertahta di hati, Thierry Henry yang kini beraksi bersama New York Red Bulls memilih jalan yang sama dilakukan baru2 ini oleh Beckham, Campbell dan Pires, berlatih bersama pasukan utama Arsenal. Langkah ini diambil sebagai memastikan beliau terus kekal fit bagi menghadapi MLS musim depan apabila ia berlangsung Mac nanti. Cakap2 dan idea mula timbul, biasalah, agar Henry diberi kontrak jangka masa pendek bagi membolehkannya bukan sahaja berlatih malah turut serta dalam perjuangan di atas padang di samping memberi tips2 menarik dan tunjuk ajar terutama kepada barisan offensive kita yang agak lemau kebelakangan ini. Itu hanyalah idea tapi Wenger masih belum membuat keputusan lanjutan, setakat ini hanya training. Campbell bermula dengan training lalu kesungguhan kudrat dan jiwanya terbalas apabila Wenger memilih untuk mengikat pemain berusia kembali ke pangkuan Arsenal. Pires pernah mencuba tetapi dek kerana lambakan midfield dan tempo corak permainan Arsenal, Wenger tidak memilih untuk menawarkan apa2 pada bintang Perancis itu. Tapi dalam kes Henry siapa tahu, di sebalik sembang2 kosong Spuds intai Beckham mandi, mungkin dalam senyap Henry dibukakan pintu oleh Wenger untuk membuat cameo yang memberi impak seperti mana Larson pernah satu ketika membantu United.Bukan idea yang buruk, 3 4 game ketika padat mungkin dapat memberi ruang kepada para penyerang lain supaya rehat sambil duduk dan belajar.Mungkin boleh dimasukkan untuk calm down rakan2 sepasukan ketika tengah leading, memberi balance. Tidak sepantas dan setajam dulu? Pengalaman di peringakat tertinggi dan ketika jadual yang padat adalah suatu yang berharga dan tidak ada penyerang yang lebih arif daripada Henry ketika zamannya. Mereka mungkin boleh membeli ketinggian Dzeko dengan harga yang gila, tetapi winning mentaliti yang disuntik oleh pemain2 seangkatan Henry tidak ternilai. Itu hanyalah pandangan peribadi gua.

Jadual untuk replay FA Cup telah pun dikeluarkan. Arsenal akan bertandang ke Elland Road pada Rabu hadapan 19hb yakni Khamis pagi waktu Malaysia. Jika Arsenal berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, Arsenal akan mendapat kunjungan Huddersfield Town di Emirates. Tapi sebelum memikirkan perlawanan tersebut dengan lebih lanjut, kalahkan Leeds dahulu, namun sebelum itu ada tugasan lebih penting dan pemain2 perlu switch mental dan tukar fokus, carling cup. Esok kita akan bertemu Ispwich yang masih terhuyung hayang tanpa nahkoda. Kita perlu menggunakan segala kesempatan yang ada,walaupun jangan memandang rendah lawan, cepat bunuh game lebih cepatlah dan berpeluanglah pemain2 utama untuk direhatkan.Di atas kertas putih, peluang Arsenal nampak cerah untuk menamatkan kemarau ketandusan piala musim ini, di atas padang lain ceritanya. Ini adalah cup game, kalah mati jadi pasukan yang buat silap sahaja pasti akan terhukum.


0 ulasan: