Sabtu, 8 Januari 2011

Jika team lawan sebegitu, Sepatutnya ada alternatif




Masih belum terlambat untuk bercerite tentang match lepas? Tak banyak yang seronok untuk diperceritakan di sebalik kenegatifan corak permainan Man City yang mengundang laungan "boring boring city" dari segelinap Emirates. Mereka sama seperti musim lepas, hanya datang untuk mengelak kekalahan dalam masa yang sama Arsenal pulak tidak bernasib baik. Sekurang2ya yang diingati 2 percubaan terkena tiang manakala satu sepakan dari jarak jauh RVP diselamatkan oleh Joe Hart.Yang selebihnya Arsenal tidak mampu buat apa2 ketika Mancity menggunakan taktik 'Geng Bas Sekolah' di hadapan pintu gol. Itulah sebabnya RVP tidak menunggu masa panjang untuk melakukan percubaan terus setiap kali ada peluang, nak menyelinap masuk , jangan harap la.


Tak guna mengadu menyalahkan taktikal lawan jika pasukan kita sendiri kekurangan plan B ketika segalanya serba tak menjadi. Aku mengharapkan agar kita lebih direct, mungkin dengan kembalik ke formasi 4-4-2  dengan cross dan hantaran2 ke dalam kotak penalti ketika Bendi dibawa masuk, menjengkelkan apabila melihat fizikal Bendi tidak dioptimakan dan tak paham aku kenapa dia yang perlu bermain lebih di kawasan wide position. Kalau begitu maka satu pertukaran yang pointless. Kad merah Sagna? kita baru sahaja melihat NZogbia dibuang padang dek kerana situasi yang sama, maka ia adalah stupidity tidak perlu dari Sagna.Tapi itulah, dia juga seorang manusia biasa, selepas dipijak Bowyer, dipijak Joe, dilanggar Barry mana boleh tahan lagi dengan Zabaleta yang entah keluar apa carut marut sumpah seranah memanaskan keadaan sebagai provokasi.Sejujurnya Zabaleta mengikat Walcott dengan baik tempoh hari malah Walcott ketika keluar juga sangat frustrated mungkin sebab pertukaran itu ataupun kekurangan permainan dirinya sendiri tapi takde lah sampai tahap nak baling2 boot atau buat muka kerek. Tapi itulah kembali pada isu gantung tadi, kalaulah Sagna boleh keluarkan si Zabaleta ni awal2 mungkin ada peluang untuk Walcott mengambil kesempatan. Walaubagaimanapun Arsene Wenger memilih untuk tidak membuat rayuan akan kad merah Sagna, ini kerana setelah diaamati jadual perlawanan 3 game, Wenger merasakan inilah masa yang sesuai untuk membuat rotation dan merehatkan pemain.Sagna bakal terlepas 3 perlawanan tapi dalam tempoh hanya seminggu, Leeds hujung minggu ini, Ispwich semi carling cup dan West Ham away. Tidak mengapa, aku percaya Eboue mampu tampil menggalas cabaran.

Keputusan seri ternyata memihak kepada pasukan United yang kini mendahului. Kebanyakan mereka tersengeh riang ketika Chelsea Spurs Liverpool turut merasa bahang kekalahan. Namun begitu kesemua pasukan dan jurulatih2 di hujung tanduk kini boleh berehat dan melupakan seketika saingan liga kerana mereka perlu ubah tune kepada FA Cup, kejohanan paling tua dalam sejarah bola sepak. Wenger menjanjikan perubahan akan skuad yang bakal melayan kunjungan Leeds nanti. Pertukaran pasti dilakukan, bukan kerana memandang rendah keupayaan Leeds tapi demi kepentingan pemain. Walaupun RVP Nasri Koscielny Sagna Clichy idak akan diturunkan, aku percaya pemain2 yang telah dijanjikan peluang seperti Vela, Gibbs akan membuktikan mereka masih ada masa depan di Arsenal. Terbaru berita yang menarik adalah penyertaan Rambo ke dalam skuad Sabtu ini dan satu lagi, Sanchez Watt cuma, pemain yang dipinjamkan Arsenal itu akan turun menentang majikannya sendiri. Satu langkah yang rare, bijak dan terbuka diberikan Wenger. Kerana betul jugak pendapatnya, apa guna kalau bagi loan tapi ada syarat tak boleh main, nak bagi main biarkan dia main,  dan kalau situasi jadi macam gini, ia mungkin menjadi satu match yang penting dan besar bagi pemain tersebut dan kita boleh lihat bagaimana cara dia mengendali tekanan2 sekeliling seperti itu. Pemain2 muda ini akan dibantu oleh muka2 pengalaman seperti Rosicky , Chamakh atau mungkin jugak Arshavin bergantung pada plan Wenger.

Carlos Vela - Arsenal Training Session
Mael masih dalam senarai mangsa tapi sudah kembalani menjalani latihan2 kecil dan menunjukkan progress. Diaby belum lagi begitu jugak no man's land Almunia yang masih terhuyung hayang belum membuat keputusan akan masa depannya.Wenger sendiri tak mengetahui apa yang bakal dilakukan tapi nampak macam seakan2 Manu bakal pergi kalau Wenger sendiri tidak sudah buat announcement tidak memberi jaminan peluang bermain. Keputusan jugak belum dibuat tentang destinasi loan bagi Carlos Vela di mana sampai 10 kelab dari England, France dan Spain merisik khabar. Antara link terkuat adalah Bolton , Liverpool jugak termasuk dalam desas desus. Wenger sendiri inginkan Vela main dalam negeri berbanding keluar kerana dia sudah pernah pun menjalani PLKN di luar England, bermain bersama Salamanca dalam divisyen 2 Spanyol. Seorang lagi pemain yang bakal mengikut jejak langkah nya adalah pemain baru Wellington Silva.Wenger berura2 menghantarnya menimba pengalaman di Eropah bersama kelab2 Spain di mana work permit lebih mudah diluluskan berbanding di England. JET pun dengarnya akan dipinjamkan.Itulah yang terpaksa kita give and take ketika skuad depth kita yang besar tapi kualiti depth? Itu yang sepatutnya diasah lagi.

Iutlah serba coretan apa yag berlaku dalam tempoh 2 3 hari ini.Yang lagi best adalah aksi di atas padang malam nanti, bertemu Leeds United. Antara sebuah kelab yang mengalami downfall yang agak dasyat. Dan biasalah bila zaman kejatuhan jek manager2 yang mengendalikan kelab2 itu akan panas bontot walaupun manager itu baru semalam sekalipun mengambil alih! Itulah yang kurang, masa. Masa yang singkat dan tidak sabar adalah punca ketidak stabilan yang berlaku setelah sesebuah kelab terpaksa restructure balik kelab seelah jawatan pengurus dilayan bagai upacara larian berganti2. Bagi mereka, pengururs2 melihat jam di dinding stadium umpama melihat jam pasir yang satu ketika akan berhenti, sekaligus menandakan' masa sudah cukup,anda boleh packing beg' .Tapi bagi mereka yang dah lama dalam industri , jarum jam mereka sentiasa berputar tak kira ada bateri mahupun kinetik. Ambil contoh Arsenal yang terus sabar dan setia dengan Wenger begitu jugak satu lagi rival United yang bil perbelanjaan runcitnya sentiasa naik sepanjang tahun kerana terpaksa beli hair dryer dan kotak bubblegum chewing gum berstok2. Tapi semua itu dilakukan demi kestabilan walaupun sejarah dan pencapaian antara kedua2 pengurus berbeza namun keakraban antara bos dan kelab menjadikan individu tersebut dihormati dan terasa diperlukan, bagai satu family.



 Ketika tidak menjadi memang mudah menuding jari , memanggil nama2 untuk dipancung, tapi adakah satu jaminan keadaan akan bertambah lebih baik, atau sebaliknya. Bersediakah untuk gamble tak bersebab ketika pasukan2 lain cemburu dan mendambakan walau secebis situasi yang kita hadapi sekarang. Bukan masanya Arsenal sibuk hendak menggantikan Wenger kerana semua sedia maklum Le Prof tidak akan kekal lama, suatu masa dia akan pergi sendiri. Jadi biarkan dia pergi dengan aman dan tenang dan meninggalkan kelab dalam keadaan yang stabil sementara menunggu Arsenal me recruit penggantinya. Daripada paksa dia pergi dan menyebabkan riuh sekampung panik tak bertempat, kita perlu bersabar dan percaya pada masa. Tak menang apa2 dalam 3 4 tahun lagi walaupun sampai dia pencen? Perit tapi anggaplah ia sekadar cabaran. Kejayaan yang bakal dikecapi akan datang tak kira bawah sesiapapun sama ada Wenger sempat  atau service sudah bertukar tangan, pastinya lebih manis dan puas apabila diimbau kembali pengalaman2 sepanjang perjalanan perjuangan ke hari itu. Jadi kita sebenarnya hanya perlu bangkit, lihat cermin dan bertanyakan pada diri kita sendiri, sebenar2nya  mengapa kita memilih untuk menyokong Arsenal? Memang kadang kala sukar untuk kita menjadi penyokong Arsenal terutama dengan perit getir sekarang ini, tetapi lebih susah untuk kita tidak mencintai kelab kesayangan yang unik ini!

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

iniialahaku berkata...

wellington silva dah masuk ke??oh trlambatnya aku...