Rabu, 3 November 2010

Pre Match : Rombongan ke Ukraine tetap gagah

Pre match yang tersangat lewat. Tapi seperti tajuk post match sebelum ini biar lewat asal selamat. Malam ni Eduardo mengucapkan selamat datang kepada rakan2 ke rumah barunya. Namun lawatan ini tanpa kapten Cesc Fabregas yang hamstring tapi berpeluang lawan Newcastle ahad nanti. Kecewa melihat Benitez membawa badinya ke atas Inter semalam, dan tak hairan dengan sorakan padu maut umpama menang Piala Malaysia si Spuds, aku mengharapkan walaupun Arsenal turun tanpa kelibat2 midfield tegar seperti Fabregas, Song, Arshavin, Denilson , Diaby kita tak mempunyai masalah untuk bersaing dengan Shakhtar. Namun perlu diingat,Shakhtar adalah kini saingan utama dalam group kita jadi kemenangan home dan away pastinya memudahkan lagi laluan untuk ke round of 16.

Peluang buat pemain2 seperti Lansbury, JET dan Eastomond yang disenaraikan. Dan jugak peluang melepaskan rindu menyaksikan aksi licik Wilshere yang pastinya bergandingan dengan Nasri di nadi tengah. Wilshere pulak tengah dalam mood baik apabila mendapat kenaikan gaji dengan kontrak barunya, suatu keputusan yang mudah dibuat katanya kerana setelah berada di Arsenal lebih 9 tahun, dia merasakan Arsenal adalah rumah keduanya. Perjalanan jauh ke Ukraine dijangka memberi kesan sampingan, namun sebagai pasukan yang dah masak dengan semua ni selama 13 tahun berturut2, Kita ada kapasiti tenaga untuk menghabiskan saingan gorup ini lebih awal.

-----------Fabianski-----------
Sagna----Laci----Kos------Clichy
------------Eastmond-----------
--------Nasri------Wilshere----
----Walcott--Chamakh/Bendi----Rosicky

Nampaknya sekali lagi kita dianak pungutkan oleh Astro apabila tiada siaran langsung ditayangkan. Bukti yang tersirat cuba lihat pada iklan baru Astro yang Aznil berlakon makan makanan sedap seorang makcik tu lepas tu makcik tu claim blajar masak kat Astro , apabila Pak Nil tukar2 channel anda boleh lihat di penghujungnya mengapa Astro dikatakan berat sebelah bila tiba tang Arsenal.Haha, ini hanyalah spekulasi yang sengaja ditimbulkan, jangan ambil serius ok.

Shakhtar 0- Arsenal 2.

Eduardo Da Silva Arsenal no. 9.

Live Streaming Shakhtar vs Arsenal. <<<<<---Klik di sini


0 ulasan: