Khamis, 4 November 2010

Post Match : Eduardo benam Arsenal


Dudu sekali lagi menjadi pemain yang dirindui dan menghukum Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan di lewat separuh masa pertama. Arsenal mendahului melalui kelajuan Walcott yang bak kata wenger finishing nak ala2 Henry.Shakhtar kembali mencari gol penyamaan melalui set piece.. pergh tak settle2 lagi ke defend kita dengan bola2 mati? mati la camni.Mungkin terdapat  biasan bola yang terkena Eastmond mengelirukan Fabianski yang bermain dgn ok lg. Tengah2 Wenger plan  nak pikir perancangan baru 2nd half, Clichy membuat aksi alpa apabila dihukum Srna dari belah kiri sebelum melorongkan bola buat sang musang dalam kotak untuk Dudu tap masuk. 2nd Half Arsenal bawak masuk Vela Chamakh , JET namun serba tak kena.Apa yang tidak menjadi? Semua , dari bawah sehingga ke atas nampak tidak tajam.passing ke padang pasir,idea kontang, lesu. Perjalanan yang jauh untuk pulang ni diharap tak memberi kesan moral dan menjejaskan momentum kepada aksi liga di St James Park.Ternyata kekalahan ini menangguhhkan sedikit perayaan Arsenal untuk ke pusingan seterusnya. Tapi peluang masih lagi cerah kerana kita akan bertemu Partizan di Emirates selepas ini.


1 ulasan:

sab berkata...

dudu ni paksa rela ke jaringkan gol kemenangan donet ni..mesti budget cam bg winning goal kat arsenal je kan..hehe