Sabtu, 20 November 2010

Pre Match : Kekalkan warna tradisi Utara London

Bagi kita yang setia menyokong perjuangan Arsenal dan tahu apa erti kemenangan ketika NLD, malam ini adalah malam yang ditunggu2. Mungkin tak perlu lagi kut aku ulangi sejarah2 sebab sejarahnya kebanyakan manis dan yang NLD terbaru/terakhir(tidak berapa bagus) aku dah sentuh dalam post sebelum ini. Bak kata fabregas, dia tak mahu lagi(sekurang2nya buat masa ini) mengingati 11-second derby di Emirates tahun lepas di mana dia hanya perlukan 11 saat untuk menambah derita Spuds setelah gol RVP.Hahah ini tidak dapat tidak aku ceritakan kembali sebab seronok mengenangkannya.Mungkin bagi Fabregas masa pencen nanti baru dia nak terkenang2 memori silam dan sumbangan terhebatnya sepanjang seteru antara kedua2 kelab utara London ini tapi bagi peminat terutama Arsenal dalam 2 dekad ini adalah suatu yang sukar dilupakan  kerana standard kita jauh berbeza. Sorry Spuds.

Bertahun mencuba akhirnya mereka mendapat apa yang mereka idamkan, tempat Champions league. Mengetepikan emosi dan perasaan meluat, aku tidak menafikan ada kemajuan yang ditunjukkan oleh pasukan yang dari dulu cuba berlagak bintang ini.Namun adakah aku takut mereka memintas Arsenal? Tidak sama sekali. Spuds kini adalah pasukan yang bagus, boleh dikatakan mampu bersaing tapi mereka baru cuba memasuki pagar lapisan paling luar kelab2 elit jadi pasti ada kejutan budaya di situ.Seperti masalah yang kita alami, mereka tidak konsisten. Menewaskan Inter Milan habis riuh sekampung, balk persaingan domestik mereka terumbang ambing, tidak biasa dengan jadual yang padat.Pemain2 seperti Bale VDV Modric merupakan antara tonggak utama tapi seperti Wenger cakap, Arsenal tidak perlu risau atau fokus hanya kerana satu dua nama kerana apa yang paling penting adalah corak berpasukan. Walaubagaimanapun tahniah jugak la pada si Spuds ni kerana dengan adanya nama2 pemain macam tu, sekurang2nya NLD menjadi seimbanglah siket dan menarik untuk ditonton.Sekurang2nya mereka memberi saingan sebelum balik hampa naik bas.

Tak sabar aku nak melihat perubahan2 yang dicananag2 oleh Wenger.Kata2 tersebut sejurus kita tumpas di tangan Newcastle, Wenger berkata pasti ada yang tak kena di sebalik malasah tidak konsisten. Adakah taiktik 4-3-3 yang terlau open bakal ditukar kepada corak yang lebih selamat dan seimbang antara serangandan pertahanan. Atau sekadar long ball kepada target man. Rotation? Walaupun skuad kembali beransur pulih dan Wenger sendiri mengaku tidak mampu membahagiakan kesemua pihak ketika semua pemain available kita masih lagi jauh dari situ. Kembalinya RVP Bendi dan Jack namun adalah satu gamble untuk membiarkan beban tergalas di bahu mereka. Biarlah beban digalas oleh Gallas seorang diri malam ni.The Loner. Almunia Diaby kembali ke full training tapi terlalu awal untuk dilepaskan ke padang. Wenger memberi bayangan mengekalkan gandingan CB antara Jozan-Laci sambil Koscielny yang telah selesai tempoh penggantungan bertindak sebagai cover. Sagna bagi hint mungkin Gibbs akan diturunkan tapi Clichy yang tidak digunapakai di Wembley dilihat berpeluang cerah mengekalkan tempatnya. Apapun seronok melihat kita ada pelbagai option dan sekurag2nya saingan perebutan tempat menjadi sihat.

--------------Fabianski----------------
Sagna-------Laci------Jozan-----Clichy
Nasri------Song--Wilshere----Arshavin
---------------Fabregas---------------
-------------Chamakh------------------

Kita main di laman asmara sendiri. Home kita agak hampeh semenjak dua menjak tapi bukan satu alasan jika satu malapetaka melanda malam ini. Keputusan selain dari menang adalah satu episod berleretan siri pembaziran peluang Arsenal. Kita ada peluang untuk berada di atas.Ambil peluang ini sebaiknya, paling syok bila dapat ambil kesempatan menyaksikan rival merana sedangkan kita menuju puncak. Ia bagaikan satu bonus!  NLD sering didestinaskan dengan isi yang dramatik dan boleh menjadi perbualan orang. Kita mengharapkan satu energetic football yang dihidangkan dalam acara tradisi ini.Darah merah putih atau sekadar darah putih, biarkan mereka yang menentukan warna sebenar darah kota London. Asto 812 8.40 pm. Arsenal 3 Spuds 1.


0 ulasan: