Khamis, 18 November 2010

Tak sabar maw tembak ayam



Kehangatan NLD hujung minggu ini dikaburi dengan aksi Internationaleleh di hujung minggu. Kepulangan pemain2 masing2 ke kancah kelab mampu untuk si tukang karut sang media dan pemain untuk melakukan perang psikologi. Syukurlah pemain2 kita kembali tanpa sebarang kecederaan. Ada yang menang, ada yang tewas, ada yang score ada yang assist. Fabregas diturunkan 45 minit untuk melihat pasukannnya kalah teruk.Ia serba sedikit memperlihatkan form el-capitano yang masih terjejas dengan kecederaan sebelum ini.Sagna membantu pasukan berwajah baru France menewaskan pasukan percubaan England. Gembira melihat Gibbs dapat start game pertamanya.Sedikit masa perlawanan lagi boleh menyaksikan Gibss kembali ke fitness level terbaik.Theo 'anonymous' Walcott tidak mendapat support yang diharapkan .Dengan berada dalam pasukan England yang hambar semalam, ia tak membantu penonjolan semula Theo yang masih jauh lagi dari apa yang ditinggalkan sebelum kecederaan.

Nasri yang digelar lawan wenger hujung minggu ini Redknapp sebagai 'konduktor' beraksi agak memberangsangkan. Terima kasih atas pujian tapi jangan ingat Samir akan termakan dan hanyut dengan segala pujian psikologi yang tak seberapa itu. Banyak sudah kita dengar musim ini dari mulut2 pemain mereka VDV, terbaru Bale tapi aku lagi syok mahu dengar apa yang akan keluar dari mulut Gallas. Gallas masih silent sejak perpindahan unpopular nye merentasi Utara London. Dia akan kembali ke Emirates, tapi pada aku hanya sesetengah penyokong sahaja yang akan memberi 'layanan istimewa' kepadanya.Yang lain tidak ambil peduli. Aku juga malas amek pot malah berterimakseh dengan sumbangannya selama ini, dan terimakaseh juga kerana meninggalkan bilik persalinan Arsenal tanpa banyak pi'il kecuali pi'il buat kepala sendirinya itu.Once a gooner always a gooner loner, now a spuds.




Kecederaan Jack Wilshere hanya ringan.Itu yang diberitakan pada awalnya.Ringan macam mana tak tahu la pulak. RVP..yeah dia kembali..kembali 45 minit aksi ketika bertemu Turkey. Perang tarik tali akhirnya Wenger mengalah dan membiarkan RVP mendapat match fitness dengan aksi kompetetif di peringkat antarabangsa. Mari sama2 berharap agar perkembangan positif supaya tidak ada lagi kecederaan2 yang membantutkan usahanya kembali mendominasi serangan Arsenal.

Ruangan rumors, ada orang mengambil kesempatan ke atas ketidakpuashatian Bendi. Mereka membuat ramalan kita aka melepaskan Bendi bagi memberi ruang kepada pemain yang benar2 boleh main di bahagian sayap bukan lagi striker yang bersayap seperti yang kita selalu amalkan. Ibrahim Afellay? bukan, dia dah pun pilih Barcelona dengan bayaran diskaun kad mesra serendah 2.5M tapi calon yang panas sekarang Ashley Young.Pemain Aston Villa ini memilih utnuk menangguhkan tandatangan pada kontrak sekarang yang mampu memaksa kelab baru Pires itu menjual sebelum terlewat. Walaupun kita tahu hanya sekadar rumors, tapi melihat kepada pattern sekarang ini, kita dah mula dikenen kenenkan dengan player English. Setelah melahirkan Walcott, Lansbury, Jackie, dan Gibbs adakah media mula mengambil pendekatan lebih mesra terhadap kita. Satu lagi berita, kita sekali lagi dikaitkan dengan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer. Aku nak tengok apa plan Wenger ketika Fabianski dan Szczesny masing2 tengah on form, adakah dia rasa perlunya gamble kerana skuad depth bakal memainkan peranan penting terutama dalam memasuki saingan kedua liga tahun depan di mana jadual lebih padat.

NLD terakhir setakat ini kita tewas 1-2 away. Ia memecah rekod 11 tahun mereka tak pernah menewaskan Arsenal.Kejayaan itu diraikan seperti memenangi Champions League  bagi mereka siap keluar DVD.Serius? Kesian..
Aku tak tahu berapa banyak Arsenal perlu laburkan jika kita berhasrat nak keluarkan match NLD dalam bentuk yang sama kerana pastinya bertimbun. Tapi itu bukan point nya, yang penting sekarang , adalah tiada lagi beban terpaksa dipikul atau dipikirkan, yakni beban dari segi mempertahankan rekod tanpa kalah.Cuma apa yang wajib adalah rekod bertahun NLD tidak kalah di tempat sendiri ketika home form kita sekarang suam suam kuku. Nak buat DVD ke apa ke itu Wenger punya pasal, Wnger punya taktik. Pasanglah DVD bakar semangat dengan sejarah NLD kepada pemain2 sebelum perlawanan sekalipun, tanpa fokus dan matlamat jika tidak berhati2 kita mungkin menempuh kemaluan yang tidak diingini.Kita perlukan 3 mata, 3 mata yang membolehkan kita berada di puncak liga.Tapi bila bercakap pasal NLD, ia bukan sekadar 3 mata biasa, bukan sekadar perlawanan liga, ia memperjudikan maruah, tradisi dan emosi. COYG!


0 ulasan: