Sabtu, 20 November 2010

Post Match : Tiada gambaran kata2

Sudah boleh buka kertas siasatan atas tapak apa sebenarnya Emirates ini didirikan. Malapetaka yang tidak pernah diharapkan tiba pada saat2 yang... arghh tidak dapat digambarkan dengan kata2, yang jelas gua terlalu kecewa dan sayu dengan ketputusan ini. Leading 2-0 tumpas kepada rival yang dah hampir 2 dekad tak pernah menang di gelanggang keramat kita, kalah back 2 back di tempat sendiri, kalah 3 kali sudah di tempat sendiri, gagal untuk memudahkan prejalanan setiap kali peluang terhidang .. Bagaimana di atas bumi, perkara itu boleh terjadi. Namun adakah anda jangkakan? Jika anda meneliti dan mengikuti perkembangan Arsenal pasti di naluri kecil hati anda ada terselit keraguan kerana ini bukan lagi koinsiden, ini bukan lagi kebetulan dah ni.. ada suatu yang tak kena dengan cara kita handle tekanan, dan cara kita melayan lawan.Paling tak bermaruah adalah ia berlaku di laman sendiri di depan ribuan penyokong tuan rumah yang sepatutnya berparty keluar stadium di hari derby tetapi warna merah padam telah meguasai wajah para merah putih.

Same old Arsenal, Same old story. Bermain dengan cukp meyakinkan di permulaan dengan Gol dari nasri dan Chamakh. Tapi 2nd half apa yang defend kita buat apabila keempat2 nampak clueless terperangkap dengan long ball. Itulah yang aku takutkan apabila Wenger sendiri menggangu rhythm , dikacaunya gandingan yang tak buat banyak silap di away game Jozan dan Squaillaci yang berakasi baik di Wolves dan Everton.Bukan aku menidakkan usaha Koscielny tetapi dah elok2 Jozan dapat rentak lagipun penguasaan di udara nampak lebih tenang, ada kelemahan dari segi kelajuan tetapi bertemu spurs ia sepatutnya tidak ada masalah kerana kita tidak patut untuk bermain high line defense. Sub mereka mengena dengan Defoe mengubah segalanya.Itulah impak sub sedangkan kita tiada apa2 sumbangan dari bangku simpanan. Kehilangna Bendi secara juur mengejutkan aku,(walaupuan aku tak berapa kisah dia diguna atau tak) kerana melihat RVP yang tidak sharp ketika aksi 45 minit bertemu Turkey, Wenger memilih untuk membuat silap pertukaran. Sepatutnya dia dapat mengesan ancaman Spurs yang menggunakan kelajuan Defoe untuk lari di belakang defender dan Bale yang akan menyusup dari wide ke bahagian tengah. Selepas gol tersebut Wenger tidak ada instinct untuk lebih berani gamble memasukkan Jozan mendampingi Song mempertahankan apa yang ada kerana ini derby game, dapat sebijik, mereka pasti nak lagi!

Ini adalah kekalahan, bukan sekadar kegagalan kita memintas di kedudukan tertinggi, tapi juga kemaluan .Malu kepada fan, malu kepada lagenda2 terdahulu yang mempunyai rekod baik setiap kali NLD. Thierry Henry berada di Emirates tadi kelihatan keluh kesah melihat rekodnya dileburkan dengan persembahan yang 2nd half yang begitu mengerikan.Pemain2 harus berasa bersalah dan malu terus membiarkan keadaan egini berulang bukan sekali dua tetapi sudah berapa kali dalam batch ini di bawah regim Wenger. Aku tak pelik Wenger kata batch ini adlaah pasukan terbaik yang pernah dimilikinya kerana kita semua tahu itu semua pembohongan sunat belaka. Tiada cara lain untuk Wenger memberi didikan dan support selain cuba meng'up'ka proejeknya sendiri ketika serangan bertali arus dari setiap penjuru.Malangnya, pujian tersebut diambil serius oleh anak2 buahnya yang tak pernah rasa bersyukur dan tak pernah serik terlalu overkonfiden hingga memakan diri.Anda boleh lihat reaksi Wenger sepanjang separuh masa kedua menceritakan hati yang berkecamuk dan jiwa kacau.

Tiada alasan untuk kekalahan paling menyakitkan hati dalam tempoh 17 tahun tadi. Apa yang perlu adalah muhasabah diri dan pastikan barrier antara dua kelab London ini tidak ditebuk dengan lebih besar. Adakah ini yang mereka mahukan selama ini, dengan kekalahan ini maka difikirkan tiada lagi beban rekod yang perlu dilindungi maka tekanan pasti kurang, seperti mana kita membiarkan rekod tanpa kalah hacur 11 tahun hancur di WHL awal tahun? Jadi jika ini yang mereka mahukan, biarlah ia datang, buang segala badi2, selepas ini tiada lagi alasan jika persembahan semacam itu dipertontotnkan semula lebih2 lagi ketika NLD. Tiada maaf bagimu.. Kita semua tengah stress tapi ini adalah kekalahan bersama .Kita hadapi dan tangkis bersama. Anda tidak akan dapat saksikan perkara2 seumpama itu berlaku pada pasukan2 lain seperti United , Chelsea, Barca  Real Milan Munich Boca Pohang mahupun Kedah Ansell..itulah dramatiknya Arsenal dan sebab itulah ia menjadikan Arsenal sangat istimewa.. Seni Aksi, Seni Emosi.. We Love Arsenal.


0 ulasan: